Tuesday, July 27, 2010

Tolong longgarkan prosedur mendapatkan sijil halal

Kopitiam PapaRich cawangan Kepong ditutup? Bagus la. Jgn bagi muka kat pengusaha restoran yg memandang remeh akan perkara-perkara yg halal nie. Please jgn tunduk dengan desakan beberapa pengusaha kopitiam yang meminta agar Jakim melonggarkan prosedur mendapatkan sijil halal.

"Permohonan yang ditetapkan pihak Jakim melecehkan, pengusaha terpaksa mengisi butir-butir yang tidak munasabah di samping menyenaraikan setiap bahan yang digunakan."

"Contoh mudah adalah seperti gula dan juga belacan, sudah tentu pengusaha kopitiam mengambil bahan tersebut daripada pembekal yang diakui halal," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. ~Pemilik kopitiam Uncle Lim's Cafe, Datuk Goh Seng Toh.

Mmg la diorg rasa leceh dan memandang rendah akan proses nie sebab dia bukan beragama Islam. Ah, kalau betul la pengusaha kopitiam mengambil bahan daripada pembekal yg diakui halal, kenapa terjadi kes seperti di PapaRich Kepong yg mengambil jalan mudah membeli ayam dari pembekal yg tidak mendapat status halal hanya kerana ayam dari pembekal utama telah habis? Senang je alasan yg diberikan oleh HQ PapaRich. Mereka tidak tahu menahu akan tindakan PapaRich Kepong.

Apakah yg dimaksudkan halal? Halal bukan setakat bebas dari babi dan alkohol. Terkejut bila ada berita sahih yang menyatakan sesetengah kopitiam mendapat sijil halal mereka hanya melalui perbualan telefon!

Disebabkan pengusaha kopitiam merasakan Jakim terlalu tegas dlm soal halal, maka pengusaha-penguasaha ini mencari jalan mendapatkan status halal melalui badan swasta. Perlu diingatkan bahawa, hanya sijil halal dari Jakim diterima pakai di negara ini walaupun terdapat 6 buah badan swasta yang turut mengeluarkan sijil halal.

6 buah badan swasta ini juga mempunyai logo halal masing-masing. Jika badan swasta ni melakukan prosedur secara sambil lewa (interview dlm telefon je), sudah tentu status halal dari mereka boleh diragui.

Logo Halal dari Jakim mengandungi:

1. Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan
2. Perkataan Arab - Halal- di tengah bintang
3. Diikuti tulisan rumi "Halal"
4. Bulatan logo tertulis perkataan "Malaysia" di dalam rumi dan Arab
5. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut

Apakah definisi halal bagi Jakim?

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

a)bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;

b)tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;

c)tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan

d)tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Aku akui yg aku mmg mencari makanan yg terdapat logo Halal. Tapi aku tak meneliti logo Halal yg ada. Entah-entah, bukan logo dari Jakim.

Aku juga akui yg satu masa dulu, aku tak berapa ambil pusing tentang restoran. Asalkan kat food court dan tgk makanan takde yg haram, halal la bagi aku. Ilmu sgt cetek. Akhirnya kita dikejutkan dengan penangkapan pekerja-pekerja di food court sebuah pasaraya terkemuka. Status halal di situ juga diragui.

Tu kesilapan lalu. Elok dikenang sebagai peringatan.

Kita mmg perlu menjaga apa yg kita makan sebab ia akan menjadi daging. Skrg kalau masuk mana-mana restoran, aku cari sijil halal dulu.

Tak pun, masak je kat rumah. Dengan sumber bahan yg halal, semesti makanan yg kita masak tu boleh dilabel sebagai halal :)

9 scribble(s):

CIK NANA said...

Kita kena jaga makanan keluarga kita betul2..
Tak boleh bayangkan kalau termasuk benda haram..
Macam mana nak bahagia/blessed?
Sebelum nak makan, kena fikir masak2..
Insya Allah.

Liz Rohaizat said...

na> masak sendiri lebih terjamin kan?

IHSAN KHAIRIR said...

untuk mendapat kelulusan mempamer logo halal Jakik di premis restoran, mereka juga perlu lulus piawaian kebersihan premis dan peralatan oleh pemeriksa Jakim. So kalau ada logo Halal Jakim dekat restoran tu, yakin sikit kebersihan dapur dan peralatannya ;)

jannahrais said...

setakat ni akak lum terjejak kaki dekat memane kopitiam lagi..

Liz Rohaizat said...

ihsan> betul. cara diorg handle makanan pun nak kena tgk.

kak jannah> kopitiam biasa saya x penah jejak. kalau starbucks tu ada la.

MarDiah said...

Malaysian nie negara Islam. Tapi pensijilan halal macam senang jek.. siap francaiskan lagik...

kat seberang tambak tu kafir, tp pensijilan halal cuma MUIS jek yang leh keluarkan... apa kes... semua nak untung jek... tak kira dah kat akhirat nanti kena tanya amanah yang dah diambil tu.... mode geram...

Liz Rohaizat said...

nadia> mereka lebih fikirkan duit. biasa la. serba serbi dah mahal.

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site www.blogger.com
Is this possible?

Liz Rohaizat said...

anonymous> ok. but may I know who are you and what is ur blog address so that we can exchange links?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.