Thursday, July 15, 2010

Sape nak free rambutan?

Masa cuti sakit 2 hari lepas, keje tetap berjalan di rumah. Mana boleh nak duduk diam. Dpt cuti, mesti la kalau boleh semua kerja nak dibereskan.

Proses pemindahan baju-baju Batrisyia ke wardrobe baru dia telah berjalan dengan lancar. Hehe.. buat time dia tidur. Kalau time dia jaga, jenuh pulak la nak larang dia mengemas.

Ni baju-baju yg Batrisyia dah tak muat lagi. Rompers, baju tidur, jeans, t shirt dan gown. Paling sayang tgk her white gown. Memang dah tak muat la kan?

Her napkin, barut dan seangkatan dengannya yg dipakai masa bergelar newborn, dah selamat dibasuh. Lama dah. Now, tersimpan elok dlm cabinet. Yang baju-baju ni, belum basuh. Bkn malas tapi tak tau bila nak jemur. Kena tunggu weekend la kot, baru boleh jemur bawah mentari terik.

Isk, sape nak pakai baju-baju nie? Kalau adik dia boy, baju-baju ni akan disedekahkan kepada org yg memerlukan.

Anyway, musim buah-buahan dan hampir tiba kat Hulu Langat nie. Jagung yg walaupun tidak la bermusim mcm durian ke, dah mula dijual di sana sini. Manis tau jagung kat Hulu Langat. Pokok rambutan pun dah mula berbuah. Ada yg masih hijau, ada yg dah berwarna merah dan kuning.

Pokok-pokok rambutan kat keliling rumah kami pun dah mula berbuah. Yang paling depan, dah masak buahnya. Yang dekat-dekat parking lot, rasanya tunggu beberapa minggu lagi kot baru nak masak.

Dah masak nanti, jemput la datang mengait rambutan ye. Sila kait sendiri. Aku sediakan batang kait je. Hehe.. guni bawak sendiri. Kalau tak silap aku, dulu Piun penah ckp nak dtg kait rambutan. Apa lagi, meh dtg ramai-ramai.

Ewah, mengalahkan tuan tanah nampak. Tapi tuan tanah aku sporting je. Dia pun tak kesah kalau kwn-kwn kitorang dtg mengait sebab dia pun tak boleh nak makan semua rambutan tu. Bukan satu dua pokok tapi berpokok-pokok.

Tak lama lepas tu nanti, langsat pulak muncul. Setakat nie, yg dah boleh dikait ialah...

yes, MANGGIS!

Tapi kitorang belum kait lagi sebab tak nampak manggis yg nak dikait. Dok intai-intai gak la tapi tak nampak. Yang ada hanyalah manggis yg gugur. Kalau gugur depan mata, boleh la dimakan terus. Tapi kalau nampak mcm dah lama je, rasa pun dah tak sedap.

Nota: Dapatkan resipi Kung Pao Chicken di sini.

4 scribble(s):

p!nkerton said...

hehe aku pun sama, time dapat MC bukannya nak berehat, tapi sibuk nak kemas rumah sbb tu je masa yg ada (without si kecik) utk mengemas, mengemop everything la. sudahnye lagi penat dari hari kerja haha!

Liz Rohaizat said...

fatih> betul3. sakit2 pun, rasanya mcm wajib kemas rumah sebab time lain mmg susah sikit kan?

lg penat? haaa, sape ckp housewife senang, mcm xde keje? sila bayangkan.

WanYgBest said...

baju2 tuh, leh je simpan dulu, mane tau kot2 dpt girl lgi..nmpk msih elok, kat mesia ade vacum storage bag x? yg msuk baju dlm tu and suck the air out, so baju tu akan tahan lama sket x, org tua kata x makan dek hari esp yg kaler putih tuh..

btw...bile org dok ckp psl durian, aku x heran sgt..tp bile org dah start ckp psl rambutan & manggis...Arrrgghhhh...terliurrrr ;p

Liz Rohaizat said...

wan> bila ko ckp psl vacum storage bag tu, aku teringat scene dlm confession of the shopaholic. hahaha.. aku rasa ada tp aku yg x pegi cari.

oo, x heran durian eh? aku lak x heran rambutan. psl tu tuan tanah jenuh suruh aku kait tp aku x kait2 gak.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.