Tuesday, July 20, 2010

Pregnant again?

Bila bercakap tentang anak, cerita tu takkan abes.

Baru je kahwin, orang akan tanya, “Nak berapa orang anak?”
Baru 4 bulan kahwin dan masih belum pregnant, orang akan tanya, “Ni bila nak pregnant nie? Dah lama kahwin!”
Bila dah ada seorang anak, orang akan tanya, “Bila nak tambah lagi sorang?”
Bila dah berderet anak perempuan, orang akan tanya, “Bila nak dapat anak lelaki?
Bila dah berderet anak lelaki, orang akan tanya, “Bila nak dapat anak perempuan?

Aku rasa, soalan tu akan sentiasa ditanya oleh orang di sekeliling kita. Betul?

2 bulan setengah lagi, Batrisyia genap berumur 2 tahun. Usually, bila anak masuk umur 2 tahun, secara automatik orang sekeliling akan anggap yg kita dah bersedia utk tambah anak lagi.

Bila nak tambah lagi?” . Hohoho… soalan dah terbiasa sgt telinga aku dgr.

Honestly speaking, aku belum fikir nak tambah lagi. Nak jaga Batrisyia puas-puas. Bila tgk dia membesar, rasa banyak lagi perkara baru yg dia akan buat. Aku taknak terlepas semua perkara tu. Tapi ye la, dia akan sentiasa buat dan belajar perkara baru sampai dia dewasa. Bermakna aku taknak tambah anak langsung ke? :p

Tidak la sampai begitu.

Kadang-kala, mmg aku rasa mcm tu. Aku nak ada seorang je anak. Cukup la ada Batrisyia sorang. Biar dia jadi anak tunggal. Biar dia dpt 100% kasih sayang dari parents dia.

Biarlah dia sorang je yg sepahkan rumah.
Biarlah dia sorang je yg menangis berguling-guling.
Biarlah dia sorang je menyanyi kat rumah tu.

Biarlah dia sorang je.

But this little girl semakin menunjukkan perangai dia sebagai seorang sulung. Sometimes, aku akan ckp “Dia ni sesuai jadi Ketua Darjah”. Hehe..

Aku dgn hubby mmg suka berpura-pura menangis depan dia. Cuma baru-baru ni, Batrisyia menunjukkan sikap terbaru. Kitorang pura-pura menangis depan dia. Dia datang kat depan kami dan ckp, “Aipp.. diam!”. Terus tak jadi nangis sebab tergelak tgk perangai dia yg mcm mak-mak. Dari mana la dia belajar sedangkan kitorang takde pulak ckp camtu.

Masa main kat playground, sedap-sedap je dia tegur anak orang. Budak tu berdiri kat atas kerusi. Ada ke patut dia ckp, “Abang.. duduk. Jatuh”.

Talking about “abang”, Batrisyia dah semakin kerap panggil Abi dia “Abang” (dan Abi dia dengan perasannya menjawab, “Ye”. Nak perasan mudakah?).

Mcm mlm tadi, aku minta hubby penuhkan balik air dlm periuk. Like 30 seconds later, Batrisyia pergi ke arah pintu dapur dan jerit, “Abang… *&^%%$ air”. Seriously, dia nak sebut “penuhkan” but it ended up apentah. Bunyinya berbelit. She kept on giving the order to his abi sampai la dia nampak abi dia isikan air ke dalam periuk. Lepas tu, dia kembali kepada aku dan ckp, “Umi.. abang *&^%%$ air”.

Aku dah kata, dia mmg seorang sulung dan sgt Ketua Darjah!

Malam tadi, dia ajak kitorang main block dgn dia.

Batrisyia: Abi… duduk (sambil tepuk-tepuk lantai. Abi buat taktau)… Abi.. duduk.. main.
Abi: Yer la.. yer la..
Batrisyia: Umi.. duduk (aku mmg dah duduk sblh dia pun)

Kitorang main dgn happy. Bila dah habis main, senang-senang bagi arahan kat abi dia.. suruh kemas block.

Kitorang la kawan dia. Nak menulis pun, kena tulis sama-sama. Nak mewarna pun, kena mewarna sama-sama. Nak main masak-masak pun, kitorang kena jadi tester dia. Ok, tokwan dia pun kerap jadi tester dia. Terpaksa la jadi pelakon terbaik.. pura-pura mkn sedap-sedap.

Bukan taknak tambah anak tapi aku nak tunggu apartment aku siap,boleh? Tu je alasan kukuh yg aku ada. Aku nak duduk kat rumah sendiri. Nak rasa berpantang kat rumah sendiri. Nak biar hubby jaga newborn sama-sama dlm 2 bulan yg pertama. Biar sama-sama tak cukup tidur. Hehehe…

Lagipun, my confinement lady telah meninggal dunia beberapa bulan lepas. Yes, alasan kukuh utk pospone. Nak kumpul duit bawak confinement lady tinggal kat rumah dlm minggu pertama. Pasal tu kena tunggu rumah sendiri tu siap.

Meanwhile, I just want to enjoy my parenthood with my cheeky daughter.

8 scribble(s):

Shikhin Ishak said...

Lah ingatkan sapa..rupa2 nya member satu fac kat MMU eh..

Liz Rohaizat said...

laa.. setelah sekian lama, baru sedar ke kita MMUian? sabar je la.

Ely Hasrul said...

hahaha bleh sgt nih jadik ketua darjah hahaha

boleh aje tunggu umah siap hihihi

*∽ IZAN ∽* said...

Ohoho... memang betul tu soalan2 lazim dari semasa ke semasa... tapi cuma kita sendiri je yg tau bila masa sesuwai nak tambah ahli keluarga base pada family nye overall planning. so abaikan je lahh komen orang keliling.. anggap je lahh tu mmg modal standar org nak beramah mesra ngan kita.. he he.

Memang tak puas tengok anak2 membesar especially kena pulak mommy yg bekerja kann.. so takpe la slow slow hu hu

WanYgBest said...

bru je bbrp hr lepas aku ngan kwn aku ckp psl soklan2 org yg x penah putus nih...time single, tnya bile nak kwin, dah kwin, bila nak ada anak, dah ada anak, bila nak tmbah, dah tmbah, tny bila anak nak skolah, dh hbs skolah, bila nak keje, dah keje bila nak bemenantu, dah menantu, bila nak ada cucu....arrgghhh....xde keje lain ke? ingat kaunter petanyaan ker? hohoho *emo tak pasal*

Liz Rohaizat said...

ely> tu la. rasanya nak tunggu rumah siap. baby baru di rumah baru. hehe.. ala, rumah tu pun rasanya tahun depan siap la. x lama je lagi

kak izan> wah, pendapat dari org yg berpengalaman nie. hehehe... saya x rush pun.

wan> hehe..kelakar la ayat ko. tp mmg betul pun. biasa la. kita kan concern dengan orang sekeliling. aku tunggu je nie. rasanya elok batrisyia 2 tahun, mesti aku asyik kena jwb soalan tu

Faizah said...

tgk org mengandung, rasa nak menambah..tp tgk amir, rasa tak puas nak manjakan dia hehehe

Liz Rohaizat said...

faiz> haha.. tu la yg aku rasakan!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.