Monday, July 26, 2010

Persaingan itu adalah sesuatu yang sihat

Kalau tgk sesetengah kawasan perniagaan, adakah anda perasan yang terdapat 2-3 kedai yg menawarkan khidmat yang sama dan kedai mereka terletak berhampiran antara satu sama lain?

Tak payah pergi jauh. Tgk je kat Cheras Business Center ataupun kat area Leisure Mall. Kalau tgk kat satu jalan tu, ada 3-4 slimming centres. Selang sebaris.. bertentangan, ada yg sebelah menyebelah.

Hubby ckp, orang Cina tak takut persaingan. Tak mcm orang Melayu. Tak semuanya, jgn la cepat melatah. Segelintir sahaja. Kalau tak ingat dosa, cepat je nak disihirkan pesaing tu. Mcm kes yg kawan aku kena. Disihir oleh pekedai depan kedai dia yg selama ni berpura-pura buat baik dengan dia. Kesian kat kawan aku.

"So many times people are afraid of competition, when it should bring out the best in us. We all have talents and abilities, so why be intimidated by other people's skills? "~ Lou Holtz

Anggap je persaingan yg datang ni sebagai satu latihan utk kami menghadapi persaingan yang lebih besar di masa akan datang :)

8 scribble(s):

Fid said...

lama tak p leisure mall

Liz Rohaizat said...

aik,camne akak leh sesat sampai ke leisure mall? ingat suka ronda area shah alam je

Fid said...

liz
bukan laaaa
akak dolu2 study dok kat taman suria jaya sana nun belah sana plaza pheonix tuh
tak jauh la pi leisure mall naik bas mini dik non

Liz Rohaizat said...

oh, itu kisahnya. tidak tahu la

jannahrais said...

betul3...orang cina tak kisah besaing.kat s2 nih...kedai potostat cina 3 pintu selang sebelah...powerkan..ok je dorang.kot orang kita..dah lame perasapkan kedai orang lain dengan kemayan....:P

Liz Rohaizat said...

kak jannah> itu yg bagusnya. bersaing secara sihat. sape yg beri service lebih bagus, mesti perniagaan dia lebih maju kan? kwn saya, sampaikan competitor dia bg sihir, masukkan air mayat ke dlm tangki air kedai dia. jahat tak?

Fid said...

jahat nyaa
lebih dr setan
setan pun tak kenakan sesama setan

Liz Rohaizat said...

kak fid> mmg jahat. dia minta tlg setan, mmg la jahat jadinya. kwn sy x sedar sampai org ckp, muka dia nampak mcm mayat. bila dah ramai customers ckp camtu, terus dia pegi berubat.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.