Thursday, July 29, 2010

Orang yg membazirkan recycle paper

Disebabkan pagi-pagi dah berlaku kejadian yg buat aku bad mood, maka hari nie nak bercerita tentang kejadian lain yg berlaku di office.

I have an issue with one supervisor. Dulu dia ok. Cuma sejak 2-3 bulan lepas, perangai dia dah besar kepala mcm la dia boss. Bukan aku sorang yg terasa yer. Supervisor lain pun ada yg bengang dan perasan tentang hal nie. Even my boss pun selalu ingatkan aku utk monitor this supervisor. Sebab apa? Sebab supervisor nie suka bagi alasan dan suka mengelak buat kerja.

Kalau ikut pangkat, supervisor lagi tinggi pangkatnya dari aku. Tapi sebab aku report directly to the big boss, maka kami dikira sama pangkat. Gaji pun lain yer. Jgn pandang aku sebelah mata ok.

Mungkin dia rasa pangkat aku bwh kaki dia je. Yer la, nama pun supervisor. Maka dia ingat dia besar dan boleh mengarah aku. Tolong sikit yer. Ko hanya boleh arah orang bawah ko je. Bkn aku. Hanya big boss yg boleh bg arahan kat aku. Ni bkn aku ckp tp big boss yg ckp kat aku.

Keje yg sepatutnya dia buat, dia boleh ngelat. Kdg-kdg, pagi-pagi dia telefon aku. Suruh aku siapkan keje dia dan dia akan dtg office utk collect barang dia. Jgn harap la kan.. aku buat tatau je.

Byk komplen dari clients tentang dia. Awal bln nie, satu company called dan lodged complaint. Katanya, takde orang dtg buat service selama sebulan. Bkn sehari ye tapi sebulan. This supervisor tak tahu menahu tentang hal ni sedangkan client tu di bawah jagaan dia. Dan-dan tu jugak dia kena marah dgn big boss.

Semalam ada client lain telefon. Pun lodged complaint. Our client nak jumpa supervisor utk discuss about KPI. Supervisor tu boleh bagi alasan yg dia tak boleh pegi sebab kat tempat tu susah nak park kereta. What the heck? It's your job. Peduli la ada parking ke tak kan? Sudahnya that client terus call big boss. Aku taktau la apa jadi. Yang pasti, our big boss pergi jumpa client tu semalam.

Dgn aku pun dia byk bagi masalah. Selalu ingkar arahan. Selalu bg alasan. Selalu mengelat buat kerja. Dan selalu kacau barang atas meja aku. Ni aku pantang sebab aku sentiasa pastikan barag-barang atas meja ni dlm keadaan kemas. Masa aku mula-mula masuk keje dulu, bos minta meja sentiasa kemas dan kerusi mesti dirapatkan ke meja. My boss sgt teliti orangnya. Supervisor lain pun tau hal nie. Tapi yg sorang nie, asal duduk kat meja aku.. bila nak bgn, tak reti nak rapatkan balik kerusi. Takkan tiap-tiap kali aku nak tegur? Pastu kalau pinjam barang, suka tak letak balik kat tempat asal. Dan dia juga suka guna kertas aku. Ala, actually.. aku suka ambil recycle paper. Pastu koyakkan kecil2 dan boleh la dibuat utk tulis note. Yang supervisor nie pulak, suka menghabiskan kertas aku utk benda-benda tak berfaedah. Mcm pagi nie. Dia nak beritahu nama 2 orang baru di bawah jagaan dia. Dia ambil kertas. Dia tulis nama dua org tu DAN DALAM MASA YANG SAMA, dia sendiri bagitau nama 2 org tu kat aku. Apa motif ko tulis kat kertas sedangkan ko dah bgtau aku? Pastu, depan aku jugak dia renyukkan kertas yg dia tulis tu. Pastu dia ambil kertas lain pulak dan buat benda yg lebih kurang camtu. Pun dia renyuk kertas yg kedua. MOTIF????

Aku guna recycle paper sebab nak kurangkan penggunaan kertas. Dia pulak senang-senang je membuang kertas. Aku tegur la. Aku ckp, guna la kertas utk perkara penting je. Ni tak, tulis sikit, lepas tu buang. Nak tau dia ckp apa?

"Ala.. sikit je maa. You potong la lagi!".

Sedap nye ckp kan?

"Yer la, pasal I potong sendiri la you jgn senang-senang nak guna. Senang je you suruh I potong kan?"

I don't mind kalau sesapa nak guna kertas tu. Ramai je yg rajin ambil tapi tolong la guna dengan betul. Baru la tercapai maksud gunakan recycle paper tu.

Ok la, nak pergi cari ilham buat karangan.

2 scribble(s):

jannahrais said...

hahahaha tak jumpe client sebab susah nak parking ek...

okla...supervisor....next month takde gaji untuk you sebab boss lupe macam mane nak eja name you :P
HR department lupe nak key in name you...atau....data you semua dah hilang dlm komputer hihihih eh you keje sini ka?

Liz Rohaizat said...

kak jannah> hahaha. kalau la saya bahagian HR, boleh la saya tiru alasan akak tu. ala kak, tu alasan dia je. padahal dia mmg dasar pemalas dan suka ngelat.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.