Friday, July 30, 2010

The New You! Giveaway by TheHoneybunch

Today is the last day to submit my entry for Hanz contest. Hehe… punya la Hanz bagi masa utk buat entry. Hari terakhir baru la ada masa nak buat.Sorry Hanz.



Jom tengok syarat dan hadiah dulu.

When it starts & ends?
Starts on the 21st of June & ends on 30th of July by 12 noon.

What are the prizes?

* Blog Makeover by Jiji of Triple Colour Life worth RM250
* RM120 worth of Makeup Voucher from Loving Minerals.com
* 10 bottles of Perfume For All + 10 Vouchers by Nabila House
* Green Pocket Laundry Ball worth RM 189 from The Green Pocket
* 3 Shopping Vouchers worth RM 45 each from Khazis Boutique
* 5 Shawls from Zara Shoppe
* 4 sets of Quilling Accessories & Jewelleries from HoneyB Quilling Creations
* Beauty items & Ladies Accessories by Hanz

Byk kan hadiah? Rugi kalau tak mencuba nasib.

What you must do?

Blog about the NEW THING that has happened to you.
Blog posting can be either in ENGLISH or MALAY languages.
In example you just landed a dream job, a birth of a baby, the new clothing style, the new fitness programme you just join or a new skills you just acquired.
JUST ANYTHING!! AS LONG IT MEANS SO MUCH TO YOU AND
YOU WANT TO SHARE YOUR STORY WITH OTHERS.
THE NEW THING MUST HAVE AN IMPACT IN YOUR LIFE AND
CHANGE YOUR LIFESTYLE TO A POSITIVE WAY.

So here is my entry.


Sebenarnya, tiada perkara baru yg berlaku dlm hidup aku. Anak? Huh, dah nak masuk 2 tahun dah pun. Tidaklah baru pun kan? Job pun, kekal di company yg sama. Jadi bila Hanz minta share story tentang perkara baru yg memberi impak besar dlm kehidupan dan berjaya menukarkan ur lifestyle to a positive way, aku hanya terfikirkan sesuatu.

ANAK.

Anak mmg boleh menjadikan kita lebih matang dan berilmu. I won’t talk about our relationship. Tapi kehadiran cik adik manis ni sememangnya berjaya mengubah hidup kami.

Apa yg berjaya diubah?

Pemakanan kami!

Kalau masa berdua, tak kesah la kalau sesekali mkn kat luar. Nak masak pun mcm buang karan je. Huhuhu. Walaupun kami bukan peminat junk food tapi sesekali, mkn la jugak. Mana boleh tahan tgk Twisties. Hehe..

Tapi sejak dah ada anak, mkn minum mmg kami jaga betul-betul. Dari nak introduce dia kepada solid food sampai la sekarang. Kami tak pernah beri dia mkn nestum segera sebab kami lebih yakin dengan makanan berkhasiat yg kami prepare di rumah. Kalau ada masa terluang, apa salahnya masak makanan anak sendiri kan? Bukan nak kata kami terlalu protect anak kami tapi kalau masak sendiri, sekurang-kurangnya kami tahu apa yg terkandung dlm makanan dia.

Ketika umur dia 6 bulan hingga setahun, setiap hari Ahad akan dihabiskan dengan menyediakan homemade baby food utk dia. Memang penat sebab selalunya, hujung minggu la nak kemas rumah dan siapkan semua kerja. Nak masak lagi. Lepas semua kerja selesai, baru la boleh masakkan baby food dia. Sudahnya, mlm tu mesti sakit kaki, sakit pinggang.. hehe..

What we have here?
1. Green Combo Chicken Cereal
2. Carrot Puree
3. Pear Puree
4. Chicken Peas Puree

Her homemade babyfood ketika berumur setahun kot

Green Combo Chicken Cereal yg menjadi kegemaran dia satu masa dahulu

Tapi bila tgk dia mkn dengan berselera, hilang penat!



Bagaimana Batrisyia mengubah pemakanan kami?

NO JUNK FOOD

Bila dia dah pandai mkn, semestinya kitorang dah tak boleh nak mkn junk food. Kalau dia nampak, mesti dia nak mkn jugak. Batrisyia akan cuba mkn apa saja yg kami mkn. Karipap pedas? Dia mkn juga. Lepas tu minta air sebab kepedasan. Kimchi masam? Dia mkn jugak sbb dia tgk umi dia mkn kimchi bertambah-tambah. She loves food very much. Mungkin one day boleh jadi chef. Hahaha..

Bab junk food memang kami jaga. Cekedis mmg kami tak belikan. Kalau dia nak beli sesuatu kat kedai, dia hanya boleh pilih antara roti, biskut, yogurt dan air soya. Her fave? Roti!

Kami rasa, amat penting utk tekankan pada dia akan kepentingan memilih makanan yg berkhasiat. Kami nak dia terbiasa mkn makanan yg mcm tu. Kami taknak dia bergantung pada junk food kerana ianya tidak berkhasiat.

Jadi, kami sendiri kena menjadi model yg ‘cakap serupa bikin’ di depan anak sendiri. Kalau teringin sgt nak mkn, mkn la kat office.


REDUCE THE SALT INTAKE

Walaupun dia kecil, dia mkn apa yg kami mkn. Siapkan makan mlm mmg tak susah. Tak perlu masak khas utk dia. Cuma apa yg aku perlu pastikan ialah kurangkan garam proses dlm makanan terutamanya sayur. Cik adik manis ni boleh dikatakan ‘hantu sayur’. Kalau takde sayur, dia kurang berselera. Kita dah terbiasa dengan amaun garam yg kita guna selama ni. Sebenarnya, kalau dikurangkan sedikit, makanan tu still sedap. Kena la pandai cari jalan nak sedapkan.

Bekalan ke nursery

FRESH FOOD

Tahukah anda barang basah yg tersimpan lama di dlm tempak beku peti ais akan kehilangan nutrien sedikit demi sedikit? Seeloknya korang beli bahan di kedai dan terus masak especially seafood seperti ikan, udang dan sotong. Kalau nak simpan beku pun, jgn la terlalu lama sampai seminggu dua. Disebabkan masa dulu tempat beku kami penuh dgn EBM dan baby food Batrisyia, jadi kami dah terbiasa beli bahan basah hanya bila nak masak. Walaupun sekarang tempat beku tu dah ada space, jarang sgt la kami simpan bahan basah kat situ.

Pisang adalah salah satu fresh food yg paling senang didapati

WAKTU MAKAN ADALAH TERATUR

Anak dah mkn apa yg parents dia mkn. Jadi mmg tak boleh delay waktu masak dan wajib masak. Kalau tak, nanti anak yg kelaparan. Waktu makan menjadi semakin teratur hinggakan hubby takut nak mkn sbb dia rasa dia dah mkn byk. It’s good, actually. You don’t skip breakfast, lunch and dinner because your daughter has to eat! Just don’t blame your daughter apabila perut semakin maju ke hadapan *Wink wink*

Kehadiran Batrisyia mengubah hidup kami dlm pelbagai cara. Kami lebih concern dengan pemakanan dan kesihatan badan kami sekeluarga. Ianya sesuatu yang bagus bukan? Jika kita menjaga kesihatan sejak kecil, insya Allah kuranglah penyakit berbahaya yg akan hadir di kemudian hari

Keluarga yang semakin membesar :)

4 scribble(s):

CHeeSYaNa said...

Bab makan/masak dan sebagainyer.. aku mmg tabik spring kat ko!! Kalau boleh vote utk contest ni.. I'll vote for u.. definately!

Liz Rohaizat said...

yana> takde maknanya nak tabik kat aku. ramai lg org yg lebih pro dari aku. hehehe..

Hanz said...

Salam Liz. Noted with thanks! Good Luck! :)

Liz Rohaizat said...

hanz. salam.thanks.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.