Wednesday, July 21, 2010

My Wedding Day: What would I change?

Inspired by a discussion that I read recently. Read it here.

Don't get me wrong. Tiada apa yg aku kesalkan kerana semuanya berjalan dengan lancar. Ia menjadi satu kenangan manis dlm hidup kami. Aku takkan cakap, "If only I could turn back time..". Tak perlu. Bukan ada mesin masa pun. Kita cuma boleh mengenangnya.

Semoga ia menjadi panduan kepada kawan-kawan yg nak kahwin supaya betul-betul prepare dengan apa yg bakal terjadi.

WHAT WOULD I CHANGE?

-Wedding Band-
Hubby tiada wedding band. Kenapa? Kerana dia tak mahu memakai cincin. Dia kata, dia rasa rimas. Ada la juga minta dia cuba. Baru sarung, dia terus taknak. Kalau dia nak, boleh gak aku belikan utk dia. Kenapa lelaki susah sgt nak pakai cincin?

-Baju Melayu Nikah-
Ni yg aku paling rasa kecewa (dan sedikit marah.. ok, nak hamun sebenarnya). Tailor adalah kawan dia. Biasa buat baju utk Dato’ la kekdahnya. Volunteer utk jahitkan baju nikah dia. Hubby tak perlu cari kain sebab dia akan tlg carikan. Tinggal bayar je.

Malam sebelum nak nikah, BAJU TAK SIAP LAGI! Let me rephrase it. BAJU BARU NAK JAHIT. Aku taknak tau alasan dia sebab aku marah. Tailor tu ambik kain mana entah.

Sudahnya baju tu jadi baju pakai buang. Pakai time nikah dan kena buang sebab kain kurang berkualiti.

Kenapa aku marah? Patutnya baju nikah boleh disimpan buat kenangan dan pakai di kemudian hari. Ada kes lagi dgn tailor ni.. 2 kali terkena. Sampai skrg aku pangkah!

See.. warna pun tak ngam!

-Time Nikah-
Ni taknak cerita la. Ada kaitan dengan pakcik aku. Tutup kes. Cuma aku harap dia tak masuk campur lagi.

-DJ-
Aku ckp jgn pasang lagu Mawi tapi kau pasang jugak. Ko ke aku yg kahwin? Hehe..

-Hubby on Rayband-
Kalau yer pun malu nak pandang orang, tak perlu la pakai Rayband. Bila tanya, dia sengih-sengih je. Gambar semua jadi tak lawa.

-Photographer at Seremban-
Recommended by jurusolek. Silap aku juga la sbb tak tgk portfolio dia. Aku minat gambar candid. Dia kata dia pun tau ambil candid. Hasilnya? Aku rasa aku ambil gambar pakai kamera cikai aku ni pun lagi lawa tau! Ewah... tiba-tiba je. Haha.. betul la! Pastu candid dia mmg x cantik. Pasal tu aku hired Akaz utk majlis bertandang. Puas hati!

WHAT I LOVE...

-Pengantin Lelaki-
Hahaha...at the top of my list!

-Baju Nikah-
Suka sampai skrg dan aku akan pastikan aku akan muat sampai tua. Hahaha…berangan!

-Aksesori Kepala Time Nikah-
Butterfly…Ni mmg ramai yg suka tgk


-Wedding Cake-
Yummylicious!!! Highly recommended. Adik aku kahwin nanti, aku nak tempah kat tempat yg sama. Korang bertiga jangan risau. Aku sponsor cutting cake korang! Tapi berapa tingkat tu akan bergantung kepada harga semasa.. muahaha.

-Lauk Kenduri-
Ramai yg ckp sedap. Ada kawan aku siap sms utk beritahu yg dia terbayang-bayang lauk kenduri tu sampaikan rasa menyesal tak ambil lauk daging berempah tu banyak-banyak. Ketua tukang masak kitorang mmg terbaik! Hujung bulan ni dia masakkan utk anak jiran yg kahwin. Tak sabar nak mkn!

Macam mana dengan korang?

21 scribble(s):

Faizah said...

paling aku tak suka time kenduri aku, guest tak dpt telur rebus, kesian btul ler, ada dpt, ada tak dpt

yg lain mcm semua ok, mekap, baju, tetamu, caterer, time nikah, sedara mara hehehe

tp biasa la, bajet pon ciput time kawin, kena la terima seadanya

Ely Hasrul said...

aku nih kire pakar jugak part 'drama semasa' time kenduri hahaha.. aku byk kali tgk plan yg di plan secara terperinci sure ade aje bende sebalik yg berlaku hihi. comel ok pengantin lelaki pakai rayband hihi

Liz Rohaizat said...

faizah> hehe.. pengantin mmg xtau ape jd kat luar kan? psl tu bila dpt tahu, rasa mcm kecewa je.

ely> ko pakar buat drama atau pakar tgk drama? hehehe... kalau yg buat drama tu si pengantin xpe lak gak. kalau org luar yg sibuk berdrama, kecoh je

MarDiah said...

Nothing except... aku tak dpt rasa telur pindang... mak aku kata sedap.... n hb pi pakai sampin tak match dgn baju... tension sungguh lah haku tgk dia sampai dgn sampin kuning lwn bj putih ittew...

Liz Rohaizat said...

nadia> camne leh pakai sampin x match dengan baju? cerita la. hehe.

rasanya kita akan sentiasa ckp tentang hal tu sebab kita kahwin hanya sekali. ye tak?

selalu ckp dgn my hubby psl baju melayu nikah dia tu. mmg ralat sgt. sudahnya dia ckp, "ok la. kita tempah baju baru. kita kahwin lagi sekali". iskkk

jannahrais said...

haaa part tak dapat simpan baju nikah memang sakit jiwa kan...kita dah la ala ala nak peturunkn baju tu kat anak anak kita, sekali tak dapat nak simpan buat kenangan...hampeh gak la tailor yg kamu makudkan tuh :D

akak tensen ngan photog yang sekali dlm pakej mak andam kitorang hambek nih.agak gatal, pastu bossy,pastu album pun macam hampeh eeeeee...tensen!

Liz Rohaizat said...

kak jannah> benda lain sy x la ungkit. tp bab baju nikah tu, mmg selalu jugak la sy ungkit. hahaha... dia x kesah tp sy yg kesah. kalau la one day x muat pun, at least simpan la. boleh tunjuk kat anak kan? x pun feeling2 ambil gambar outdoor dengan baju nikah masa anniversary ke 10 ke? hehe.. skrg camano? kono ar den tompah baju melayu nikah baru. sob.. sob..

IHSAN KHAIRIR said...

aku lom kawin lagi liz... hahaha takleh nak kata apaper.

Liz Rohaizat said...

ihsan> eh, xpe. ko jwb my next question: BILA NAK KAHWIN? hehe..

hujung bln aku blk sban. ko kat mane time tu? kalau kat sana, leh jumpa. dah lama x jumpa ko

IHSAN KHAIRIR said...

Bila nak kawin... huhuhu... rasanya paling awal pun tahun 2012 kot... itu pun kalau takde aral melintang...

alamak, ujung bulan ni aku gi kedah. ada program silat yg aku jadi urusetia.

biasa kalau ujung minggu tak bz aku mmg balik seremban. almost every week. sound la bila ko nak balik lagi.

weed said...

hahahaha....tetibe rase cam byk mende nak kene pk...lalala...shud i say...the legacy of 13, lrg 2, jln d1 taman dahlia will end soon? hahaha

Liz Rohaizat said...

ihsan> okie dokie

Liz Rohaizat said...

weed> mmg byk nak kena pk la. aku leh tlg ko buatkan list kalau ko nak sbb aku mmg suka benda2 nie. hahaha.. kalau ko nak aku belikan bunga pahar muah2 kat sini pun leh. nanti aku bawakkan. tinggal letak telur je. ke kat sana x pakai bunga pahar.

jgn lupa arr.. aku nak jd pengapit.

ska said...

eh eh eh.. weed??? ada gossip hangat kah yg aku ketinggalan nih? haha

Liz Rohaizat said...

ska> biarlah rahsia.. *mati ak.. aku lawan tokei* haha.. ala, rileks. sampai masa, ko dpt la kad weed. pastu kita ramai2 booking flight tickets

Anonymous said...

hi, im interested on the butterfly head accessories, may i know where you bought it from , please? thank you.
BR
Kacte

Liz Rohaizat said...

Anonymous> Hi. Sorry, I didn't buy it. I rent it from a bridal shop.

Anonymous said...

Thanks for the reply. may i know where is the bridal shop? i actually look into it for my wedding as well :)

Liz Rohaizat said...

where do you live? the bridal shop named Cindai Bridal at Seremban Jaya, Seremban.

Anonymous said...

im living in KL.. thanks for the info, may have to drop by there then.. great day ya

Liz Rohaizat said...

you don't have to go all the way to seremban. you'll find the similar accessories at bridal shop in KL. you just have to hunt for it :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.