Tuesday, July 06, 2010

Mari mengeja

TENTANG MENGEJA

Vocab cik adik manis ni kan dah byk. Mmg dia paham apa yg kitorang ckp. So lately, aku dgn hubby banyak mengeja utk memastikan dia tak faham. Antara perkataan yg kena eja (bagi mengelakkan dia excited sgt) ialah:

Makan
Mandi
Nasi
Susu
Roti
Calciyum
Pisang
Ubat (her multivitamin)


Scene 1

Umi: Abang main-main dgn dia dulu tau. Liza nak masak. Nanti dia nak S-U-S-U pulak
Batrisyia: Umi, susu!!!!

Scene 2

Umi: Abang, nak sembahyang dulu ke nak M-A-K-A-N dulu?
Batrisyia: Makan… nak nasi!!! (Terus dia bgn dan pegi dapur nak senduk nasi).

Erk, dah tak boleh mengeja depan dia ke? :p

Tiba-tiba nak kena speaking London kat rumah.


TENTANG PANGGILAN TELEFON

Ewah.. ewah...

Dah 3 (ke 4?) hari berturut-turut dia pandai-pandai ambil my Razr, terkedek-kedek jalan kat aku, pastu dgn innocent nye hulurkan Razr sambil request, "Atok? Nenek?". Hari Sabtu lepas, pukul 7.30 pagi dah minta nak borak dgn tokwan. Sabar je la.

Yer, dah pandai request nak borak dgn tokwan dan nekwan dia.

Pastu bila dgr suara tokwan/nekwan, automatic mulut tak bersuara tp senyum sorang-sorang sambil pandang screen Razr. Isk..

Tp kdg2 dia borak la gak. Setakat tanya khabar.. hahaha..

Yg penting, bila talian dah diputuskan, terus mulut becok nak berckp. Apa daa..


TENTANG BAJU

Nampak mcm tak besar-besar. Tapi baju byk dah singkat.. or should I say, "Dia yg dah besar" mcm yg Weed betulkan ayat aku aritu.

Dah beli her wardrobe. Dia sendiri pilih. Gambar Spongebob Squarepants. Jenuh hubby pasang sendiri sbb dia punya instruction sukar utk difahami. Elok je siap betul2 sblm Weed sampai. Sudahnya ada kat living room lagi.

Next things is to punggah semua baju-baju dia dan minta dia buat catwalk. Tgk mana yg dah tak muat mcm sarung nangka dan mana yg singkat. Yang tu semua akan dibasuh dan disimpan utk adik-adik dia. Wah.. wah.. adik-adik? Bkn nak bersalin 2 kali je ke? Ye la, sbb next time nak bersalin kembar. Hohoho... cuba jaya eh!

Batrisyia ni makin tinggi tapi lemak tak byk. Meh ar ambik lemak Umi yg terlebih-lebih nie! Bagi badan tu debab sikit.

2 scribble(s):

sya_firwan said...

hihi..sgt pandai...nanti kalau english pon batrisyia da pandai..mak ayah nampaknye kena amik kelas bahasa lain..tk pon pakai secret code..=)

Liz Rohaizat said...

sya> setakat nie, dia cam dua perkataan tu je. confirm xleh eje. kena ckp in english. ejaan lain dia x dpt tangkap lg.

kalau english pun dah tau, abi dan umi dia kena la cari bahasa lain pulak

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.