Thursday, July 22, 2010

Lebih setahun berkongsi rumah dengan makhluk halus tanpa disedari

Belajar di sekolah agama berasrama membuatkan aku sedikit peka dengan kisah hantu. Yeah, you can call me “Penakut”. I don’t care! Mmg aku penakut. Deal with it!

Berhadapan dengan student yg kena histeria. Ingat lagi masa Form 2, ramai-ramai baca Yasin kat kelas sebab sorang kwn kitorang kena usik dengan makhluk halus. Kiranya mlm tu, ramai-ramai baca kat kelas. Budak tu kelas lain tapi dia lepak kat kelas aku. Tgh baca, tiba-tiba muka dia semacam. Tak pandang kitorang. Dia pandang ke luar tingkap yg mengadap hutan gelap di belakang blok. Mata terus bulat! Adakah ko takkan takut?

Aku sendiri pernah kena. I mean, hampir terkena. Terbgn tgh mlm sbb terdengar bunyi musical box. Aku pandang ke kanan. Selang 2 kali dari aku, aku nampak lembaga tgh duduk. Besarnya sama dengan besar senior aku yg tidur kat katil tu. Aku tgk dan aku sambung tidur. Esok tu aku tanya akak tu, apsal dia bgn mlm2 main musical box. Dia kata, mana ada dia main. Dia kat bilik study. Aku tanya bebudak lain kot-kot diorg yg main musical box. Semua ckp tak terlibat. Terus aku pucat lesi. Nasib baik aku tak tegur ‘akak’ tu. Sejak kejadian tu la, aku jadi penakut!

Biasa la,sekolah asrama. Memang byk kes mcm nie kan? Kes kejut kawan ajak pegi toilet malam2. Sekali yg ikut ko bkn kawan tetapi sesuatu. Kes dgr bunyi org memberus kain kat bilik basuh tapi takde org pun. Eiii, aku tak nak cerita lagi. Sometimes, tertanya-tanya jugak, sape la kawan-kawan aku kat sana yg pernah kena benda-benda nie?

Lately, Batrisyia selalu sebut “atok”. Tak, dia bukan sebut pasal atok-atok dia. Tapi dia merujuk pada “Atok” yg ada dlm bilik kami, di tingkap! Bila nak masuk tidur, dia akan sebut “Atok” sambil menuding ke tingkap. At first, seram-seram la jugak tapi sebab dia tak nangis ke apa, kitorang biar aje la. “Atok” muka baik kot. Alhamdulillah.

Malam kelmarin, lain kisahnya. Abi dia main-main dgn dia. Batrisyia pun gelak-gelak kena geletek dengan kitorang. Pastu abi dia bawa masuk bilik. Agaknya ingat nak sambung main. Pastu, aku dgr diorg senyap je. Eh, dah tidur ke anak aku? Aku biarkan je la. Selang 5 minit, aku rasa tak puas hati sebab mcm senang je anak aku tidur tanpa aku. Kalau tak, mesti nak susu dulu. So, aku intai ke dlm bilik.

Abi dah tidur. Batrisyia? Dia baring dlm posisi yg pelik. Dia mengiring dan peluk abi dia dgn sebelah tgn. Sebelah tgn lagi tutup muka dia. Mmg tak nampak muka dia langsung. Aku rasa dia belum tidur tapi aku biarkan je.

Dlm pukul 11 malam gitu, aku kejutkan hubby. Hubby pun buka cerita.

Rupanya, masuk je bilik.. hubby baringkan Batrisyia. Batrisyia pandang ke tempat yg aku selalu tidur. Dia jerit “Takut” dan terus palingkan muka, peluk abi dia dan terus tutup muka dengan tgn. Hubby dah cuak kot. So dia peluk Batrisyia dan biarkan je. Mana la tak cuak sebab dah tau yg beberapa hari lepas, Batrisyia nampak “Atok”.

Aku yg dgr cerita tu, dah seram-seram dah. Dah la anak aku takut tgk kat tmpt aku tidur. Camne aku nak tidur kat tempat tu? Serious, mak seram! Malam tadi jugak aku terus fikir nak cari ustaz tlg tgkkan samada ada apa-apa ke. Siap pk tu, jgn la “benda” tu tau aku nak bawak ustaz. Tak pasal-pasal je aku kena kacau mlm tu nanti.

Luckily, masa aku contact ustaz yg mak aku pernah jumpa kat Seremban, ustaz tu bagi phone no anak dia kat Ampang. Katanya, anaknya boleh tgkkan sbb anak dia arif bab tu. We fixed an appointment with his son.

Actually, rumah tu dah kena pagar. Pernah terjadi kat kwn hubby yg duduk rumah yg sama. Ada “benda” ikut dia balik. Abang tu lak jenis suka duduk ambil angin kat depan rumah. Masa tu dia masuk rumah pukul 11 lebih. Sejak hari tu, badan dia rasa lemah2 sampai nak sujud pun sakit. Pergi berubat. Rupanya ada “benda” menumpang. Terus ustaz ubatkan dia dan pagar rumah yg kami duduk sekarang. Mungkin pendinding tu dah lemah. Benda tu pun dah bertahun-tahun berlaku. Tak tau la nak komen apa sbb kurang arif bab-bab nie. Tapi jiran aku selalu ingatkan. Hulu Langat tu tempatnya hulu. Dulu bukit berhutan. Jadi faham-faham la.

Korang percaya tak akan kewujudan makhluk halus? Aku percaya sebab dlm Al-Quran pun dah sebut. Siapa yg ckp hantu tu tak wujud? Hantu sebenarnya jelmaan syaitan yg ingin menyesatkan manusia. Bukanlah jelmaan dari roh yg tidak tenteram. Itu baru salah. Itu ialah syaitan.

Berbalik kepada anak ustaz tu tadi. Kitorang tak kesah la samada ada makhluk halus kat dlm bilik tu atau tak. Kalau ada, at least kita tau. Kalau takde pun, dah boleh lapang dada. Harapnya takde la.

Makhluk halus tu perkara biasa. Ada di mana-mana. Kitorang pun tak fikir apa sgt. Tapi kalau dah sampai anak kami asyik takut je, tak elok jugak la kan? Sebab tu kami cari jalan utk keluarkan makhluk halus tu dari rumah.

Ptg semalam, saja je bawak Batrisyia masuk bilik tu dan tanya dia, “Batrisyia takut apa?”

Atok
Mana atok?”
"Tuuu” sambil tunjuk ke arah tingkap.

Jadi, rasanya mmg patut jemput En. Faizal tu.

Kitorang jemput En. Faizal tu around 8.15pm. Sampai je di rumah, dia duduk di sofa. Kitorang tunjuk bilik mana yg ada “atok”. Dia angguk je. Pastu dia senyap pandang ke lantai. Mcm termenung tp aku rasa dia mcm tgh “scan” rumah tu. Kitorang pun biarkan je la dia buat keje dia. Tiba-tiba dia ckp, “Bawak anak masuk bilik

Aku yg blur boleh lak tanya, “Bilik? Yg mana?” Ngok betul. Mesti la bilik yg takde “Atok”. Haha..

So aku bawak Batrisyia masuk bilik lg satu. Tinggal hubby dgn dia kat luar. Aku cuma perasan En. Faizal tu bersila kat atas lantai. Pastu aku x dgr ape dah sebab sibuk lekakan Batrisyia kat dlm bilik. Tau-tau je hubby suruh keluarkan buatkan air teh.

Aku tak tanya apa-apa. Rasa mcm x patut lak nak tanya time tu. Takpe la kan. Tunggu dia balik, nanti boleh tanya hubby.

Kami hantar En. Faizal pulang dlm 9.30 malam. Turun je dia dari kereta, aku terus tanya hubby, “Ada ke takde?”

Ada. Dah lama dah!”

Terkejut bila dia ckp dah lama dah. Gulp!

Menurut En. Faizal, makhluk halus tu (tak dinyatakan berapa) dah lama tinggal kat rumah tu. Setelah cerita diselidik, En. Faizal merasakan makhluk halus tu dpt menembusi pendinding yg jiran kami buat bertahun lepas setelah jiran kami berpindah. Lepas dia pindah tu, ada la dlm seminggu rumah tu kosong tak berpenghuni. Masa tu la pendinding tu “runtuh”. Mungkin sebab takde orang solat. Takde orang mengaji. Kiranya masa kami masuk ke rumah tu, makhluk tu dah tinggal situ dulu. Jadi malam tadi, En. Faizal dah “pagar” balik rumah tu.

Sebenarnya, aku mmg dah was-was dengan pendinding yg sebelum nie. Kejadian pertama, sebulan lps kami tinggal, ular tedung hampir-hampir dpt masuk ke rumah. Sepatutnya, kalau rumah dah dipagar dari makhluk halus dan binatang berbahaya, ular tak masuk. Selama jiran duduk situ, mmg ada ular tapi ular tak masuk. Lalu luar je.

Kejadian kedua yg berlaku beberapa kali. Masa Batrisyia baby, banyak kali dia terbangun masa malam dan terus menangis kuat mcm takutkan sesuatu. Hinggakan berlaku di beberapa malam, salah sorang dari kami kena dukung tenangkan dia dan seorang lagi bacakan Yasin hingga dia tertidur. Pernah juga jadi masa aku tinggal berdua dgn Batrisyia. Hubby pulak kena keje sampai 3 pagi. Masa tu aku dah tak tau nak buat apa sbb kuat sgt dia menangis sampai aku selamba bagi warning kat “benda” tu agar jgn kacau anak aku. Yang membezakannya, time tu Batrisyia tak reti bercakap so dia tak tau camne nak bgtau kami. Skrg baru dia nak bgtau.

Lepas balik dari hantar En. Faizal, Batrisyia tertidur kat dlm kereta. Tapi sampai di rumah, dia terjaga. Kami bawa dia masuk ke rumah. Saja je aku turunkan dia betul-betul kat depan bilik sebab nak tgk reaksi dia. Batrisyia tak ckp apa-apa. Takde lagi dia nak sebut “atok” atau “takut”. Ajak dia masuk bilik utk tidur pun, dia tak ckp apa-apa. Terus baring dan lelap. Alhamdulillah.

14 scribble(s):

Faizah said...

wowwwww, tp sib baik atok tu tak buat jahat, cool la atok, ce tny batrisyia, muka atok tu camne, pakai baju ape uhuhuhu

IHSAN KHAIRIR said...

huih seram gak... macam cerita hantu... budak kecik je boleh nampak, kita takleh nampak... huhuhu

Liz Rohaizat said...

faizah> tidak la aku nak tanya camne rupa atok tu, dia pakai baju ape ke. kang aku lak yg takut. hahahah..

ihsan> ye la. aku tau mmg ada sbb dia je yg nampak. budak kecil mmg leh nampak kan? aku risau dia kacau batrisyia je. anak aku nak ambil bantal kat dlm bilik pun, nak kena kitorang teman.

CuppyCakeMommy said...

alamak..seramnyaaaa...hopefully makhluk durjana tu takde lagi la pasni kan..
btw salam kenal ye..

Liz Rohaizat said...

cuppycakemommy> sebenarnya, tidak la seram mana sbb kejadian baru2 nie, anak x menangis mcm masa dia baby dulu. mak dia je yg ter over-seram. hehehe.. salam kenal.

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

sebab kita tak nampak la jd seram kan. kalau nampak, mau dah jd sedara lama dah tu. hihihihii..

Liz Rohaizat said...

ija> ye la kot. sbb x nampak so kita terbayang2 camne la rupa dia. uish, kalau jd sedara, mau dia taknak keluar rumah.

Ely Hasrul said...

alhamdulillah dh xtakut dah batrisyia.. harap pasnih sume nye kembali tenang .. sian tul dia tido smbil takut2..

Liz Rohaizat said...

ely> tu la. hmm, hulu langat tu mmg mcm2 ada. even keliling kawasan rumah tu banyak makhluk halus. cuma jenis yg x buat kacau. dia x kacau kita, so kita takyah la kacau dia

Nina Nurziana said...

mak ai... seram!

weed said...

kesah aku....dekat setahun kot benda tu dok dlm badan aku..hehe...alhamdulillah dh takde....

Liz Rohaizat said...

nina> dah x seram dah. hehe

weed> aa.. ko sebab benda tu suka kat ko. ahaks

ChiKaTui. said...

adehhh.....aku rs cuak...sbb kakk ak slalu ckp pasl atuk.. rse seram sjuk lak.... dahlah sebelum ni dia dah mngamuk.. taknak la jadi 2 kali... kalau jadi tak bleh tidur la ak.. kalau x keberatan.. apa no. fon ustaz tu?

Liz Rohaizat said...

chikatui> awak duduk mana? sebab dia hanya boleh pergi certain area. dan kalau perlu dtg ke rumah, kena ambil dia.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.