Wednesday, July 14, 2010

Kecil orangnya, besar harapannya

Ini yg berlaku setiap kali kami ke hypermarket utk beli groceries.

Kalau dulu, boleh la suruh duduk dlm trolley. Sekarang ni, dia sendiri nak tolak trolley yg jauh lebih besar, tinggi dan berat dari dia. Hoho, gambar mmg kurang clear sebab nak cepat.

Kalau pegi Carref*ur, kan ada basket yg boleh tarik tu kan? Dulu, tak suka pakai nie. Tapi kalau beli sikit je, takkan nak bwk trolley yg besar tu. So pakai la yg jenis tarik. Bila Batrisyia nampak, dia pun nak jugak! Sejak hari tu, basket tu mmg dikhaskan utk dia.

Bila nampak barang yg dia nak, dia pun ambil dan letak dlm basket tu.

Kami bagi dia Calciyum setelah penat berulang kali keluarkan balik brg-brg yg dia 'nak beli' seperti 3 paket besar Ice Lemon Tea Lipton, sebiji oren dan sebiji epal hijau. Nak buat apa nak oiiii?

Dan dia gigih menarik basket ke hulu ke hilir bersama abi dia.

Tak tau diorg ke mana. Aku ambil basket lain dan continue shopping. Jumpa-jumpa je, Batrisyia tgh sedap mencuba kek. Ala, yg jenis diorg potong kecil-kecil bagi customer rasa tu. Tak tau aa berapa byk budak tu merasa.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.