Friday, July 02, 2010

Kalau korang di tempat aku, apa korang buat?

Bila dah jadi isteri, masa diperuntukkan utk suami. Kdg-kala masih juga boleh mencuri masa utk diri sendiri. Orang kata, me time.

Bila dah jadi mak, masa diperuntukkan utk suami dan anak. Ketika nie, dah susah nak curi masa utk me time.

Kdg-kala kita teringin nak keluar dgn kawan. Kdg-kala kita teringin nak pergi joging. Kdg-kala kita pergi nak pegi buat facial. Kdg-kala kita teringin nak tgk wayang sorang-sorang.

Tapi susah nak buat kan?

Cuba tgk iklan horlick (kalau tak silap) di TV. Si ibu buat checklist utk family dia. Tapi utk dia, tiada? (Yg ada hanyalah secawan horlick.. wth!).

Bukan nak kata aku bosan jaga anak. Don't get me wrong. Aku suka habiskan masa dgn anak. Kalau boleh, semuanya aku nak libatkan dia. Ke mana-mana nak bawak dia.

Fikir-fikir balik, aku mmg berdikari dengan anak sejak dia dlm rahim lagi. Orang lain check up kat satu tempat. Aku kena check up kat klinik DAN hospital sbb kes yg sblm tu. Utk 6 bulan pertama, paling kurang 10 check ups aku kena pegi. Tapi selamba je pegi sorang-sorang. Drive sorang-sorang, tunggu sorang-sorang. Ye la, org lain pun mcm aku gak. Faham. No big deal. Aku faham la hubby susah nak teman. Tak la sedih sbb aku tgk ramai je mak-mak yg dtg tanpa suami. Tapi bila nampak suami org dtg temankan wife dia, terasa nak ckp terima kasih kat dia sbb temankan wife dia. Hubby dpt temankan aku sebanyak 2 kali pun aku dah ucapkan terima kasih.

Hubby tak dpt ikut pegi kenduri kawan aku? Takpe, aku tetap bawak anak biarpun kena ulang alik naik komuter dan bersesak dgn orang sambil kedua-dua bahu membawa beg.

Hubby kena kerja overtime dari pagi sampai tgh malam? Takpe, aku jaga je la anak mcm biasa. Bukannya anak orang lain kan?

Esok, aku nak bawa guest jalan-jalan. Hubby tak ikut. Anak? Ikutkan hati aku nak bawa dia sekali tapi kitorang nak pergi tempat sesak. Aku takut tak larat nak dukung dia je. Minah ni pun bknnya nak berdukung, ber babywearing lagi. Dia nak jalan. Nak pegang tu, nak pegang nie.

Minta hubby tlg jaga, dia risau. Dia risau anak cari aku. Risau anak nak direct bf. Benda lain dia x risau. Dia risau susu je. Nursery mmg buka esok cuma for me, it's not an option sbb abi dia ada. Sesekali jaga anak, apa salahnya kan?

Sepanjang hari nie, aku rasa tak sedap hati nak tinggalkan Batrisyia kat nursery. Pagi tadi ok lagi, ptg ni hati dup dap je. Tak tau la kenapa.

Kalau korang, mcm mana? Bawa anak sekali ke? Ke aku yg over sgt sampai tak sanggup letakkan anak kat nursery pd hari Sabtu? Ye la, aku kesian kat dia. Dah la 5 hari seminggu duduk nursery. Sabtu pun nak anta jugak ke?

Aku tak suka rasa mcm ni. Tapi kalau hubby jaga pun, aku rasa semcm. 2 kali hubby pernah jaga anak, asyik sms je. Buat aku tak enjoy buat hal aku. Rasa bersalah. I don't like that feeling. Eh, ni bkn condemn hubby atau salahkan dia. Aku faham. Dia lelaki. Kdg-kdg ada benda yg dia kurang reti.

9 scribble(s):

fiza said...

Liz, aku pernah letak anak kat nursery masa hari sabtu, tapi asik teringat2 jer. kesian sangat. Mcm ko cakap Mon-Fri kat nursery, weekend jer masa ngan kita.

Terpulang lah liz. Klo ko rasa semacam, ko bawak jer, dari ko keluar rasa tak tenteram (^_^)

MommaArmand said...

liza,seigt aku kan..tak penah letak armand kt nusery/tinggalkan ngn maid di hari minggu/amik lewat sebab gi psr mlm dulu ke gi shopping dulu time ari keje pun tak penah..both of us(me&husband)mmg ade 1 perasaan aneh tiap kali niat nk tinggalkan die..so far,ape2 aktiviti yg kiteorg nk buat..mesti melibatkan sume org..gi checkup pun bwk armand :p

TAPI..kalo ko rase tade option lain..keadaan yg mmg terdesak..boleh je tinggalkan batrisyia sekejap :)

p!nkerton said...

mmndgkan aku baru sebulan je hantar nursery, aku tak penah lagi tinggalkan on wknd, so tatau lagi cmne la kan (belum pikir lagi ;p) penah jugak beberapa kali tinggalkan dgn hubby, tp perasaan 'tak brapa tenteram' mmg ada. tapi lama2 aku pikir, bapak dia jugak, kena blaja2 tinggalkan. so far alhmdulillah dia handle ok je. kalau tak brapa pandai pun, insyaAllah lama2 pandai la. apa kata ko try je tinggal kat dia kali ni? :D
*tempat sesak tu jln tar ke? hihi

Liz Rohaizat said...

fiza> mmg x tenteram la weih. tu yg aku tgh pk

wati> kalau tinggalkan semata-mata nak gi shopping ke, mmg xde. cuma sekali tinggalkan sbb aku amek MUET test. sekali lg tinggalkan dgn abi nya.

fatih> aku mmg x kesah kalau dia ditinggalkan kat abi dia. hahaha.. tp abi dia suh anta gi nursery. nursery yg aku x setuju. huhuhu.

yaaa.. tepat sekali. jalan tar. sila bayangkan aku dgn mengendong anak. dia lg rambang mata tgk kain byk2 tu.

tp aku rasa aku nak redah aje

farr said...

salam. liza, bg aku.. tak salah kalau kali ni ko send batrisyia g nursery..

u cant be labelled as a bad mom by doing so..

sabtu ni... u can hv ur own time.. hubby has his..

aku percaya, with this 'away' time ko & hubby akan feel refreshed & of course akan rasa rindu pd batrisyia..& u'll love her even more..

pendapat aku la... ;p

CHeeSYaNa said...

If nak g jalan Tar, rasanyer agak kurang sesuai bawak batrisya.. if hubby ada skali, takperla jugaks.. takde any close relative yg tinggal dekat2 ker? aku sebelum ni,tiap2 sabtu g kelas.. while anak aku tinggalkan kat MIL aku sbb hubby cuak nak jaga anak aku sowang2.. hihiih..

sya_firwan said...

its ok to have me time...as penghargaan utk diri..dan penting juga utk keluar dating berdua..utk 'memperbaharui' cinta..walaupun nampak simple..it is important..mcm jugak kereta..sekali sekala perlukan maintenance..in the end, bukan utk diri sendiri..tapi utk keluarga..bile diri bahagia, pasangan bahagia..anak2 insyaAllah akan membesar dgn sempurna dan bahagia..=) its ok utk tinggalkan anak2 pada papa dia..threat it as time utk papa dia belajar handle anak dan insyaAllah..dia akan lebih mengerti dan menghargai susah payah isteri menghandle anak bersendirian..it take time and effort to learn..

adLedash said...

salam..

dulu lect saya ada pesan. kalau dh kawen nnti, allocate masa dlm sekali atau dua dlm sbulan utk diri kita sendiri...

take one day for yourself..sbb we all need it...pasal jaga baby tu, kdg2 kne blaja letak kepercayaan kat hubby so dat dia pun rasa confident...dia pun buley blaja..nnti masuk anak kedua, insyaAllah dia dh bese...huu!

memandai lak nasihat. tp ni pengalaman org lain la. saya pun dh prepare mind setting sume..and determine yg sy akan ada sehari dua masa utk diri sndiri...

xpe..akak kene brani..sume tu saikologi..

new things need new exploration...and bravery...insyaAllah...benda2 yg akak risau tu sume Allah jaga...huu...

sorry kalau tersalah ckp ke ape...huu..just sharing tips2 yg sy share dari org jugak..huu! bestnye kan kalau dh ada family..

Liz Rohaizat said...

korang, thanks kerana beri pendapat walaupun aku baca lps aku dah bergembira sabtu lepas. haha..

farr> tidak la sampai terasa aku ni bad mom. cuma aku sendiri rasa x suka. huhuh..

aku xtau la aku yg rindu kat dia atau dia yg rindu kat aku. aku masuk keta je, terus jerit2 panggil aku. haha..

yana> jalan TAR mmg x sesuai bawak budak. patah pinggang nanti sbb nak bwk budak dan kain2 yg diborong. hehe..

sya> sya, thanks for ur opinion. dating berdua mmg bagus. suka! dpt la jugak buat sekali sekala.

abi dia mmg nak jaga anak tp dia risau anak cari umi dia. haha.. tp bila dah jaga, siap pesan "balik lambat pun takpe". haa, baru tau seronok jaga anak :p

adledash> mmg betul kata lecturer awak tu. itu utk elakkan kita rasa boring dan tensen dgn rutin yg sama. tp akak so far x lepas la sekali dua dlm sebulan. rasanya sekali dua dlm 2-3 bln kot. haha.. sbb takde kwn la. tp bila ada kwn, baru la best.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.