Friday, July 23, 2010

In love with kimchi

I promised Dib to make a review about her kimchi. So here is my review.

Sebelum buat review, meh aku beritahu apakah itu KIMCHI.

Kimchi ni jeruk kobis. Sebenarnya, boleh letak mcm-mcm utk buat kimchi. Nak letak carrot pun boleh. Tapi bahan utamanya ialah kobis. Kobis tu akan digaul dengan garam, lepas tu biarkan selama 2 jam, then basuh bersih. Lepas tu akan digaul lagi dengan kuah yg telah disediakan. Kuah ni pun ada mcm-mcm. Penyediaannya sedikit rumit tapi melalui satu blog nie, dia ada ajar mcm mana nak buat easy kimchi. Kalau rajin dan ada masa, boleh buat whole cabbage kimchi.

Dulu selalu tgk cerita korea. So mmg selalu dgr kimchi. Tertanya-tanya juga la mcm mana rasa kimchi. Nampak mcm sedap je. Dah la diorg mmg suka mkn kimchi. Dah jadi mcm ulam setiap kali diorg mkn nasi.

Bila tgk cara buat easy kimchi tu, mmg ada hati nak buat sendiri. Tapi sebab tak pernah rasa, risau juga la kalau dah buat, pastu tak mkn. Membazir kan?

A few weeks ago, Ely ada beritahu yg Dib nak open order utk kimchi. Dib ni mmg suka kimchi. Jadi, tanpa fikir panjang, aku terus order.

2-3 kali juga cuba set masa utk jumpa Dib. Ada je halangan. Akhirnya setelah 2 kali mencuba, dpt la juga jumpa dia kat Pandan Indah. Jumpanya minggu lepas. Ada la mkn sekali. Tapi tu pun sikit je mkn. Tak sempat nak feeling-feeling mkn.

Malam tadi, aku keluarkan semula kimchi tu. Lama dah terperap dlm peti ais. Mkn dengan lauk sambal sotong, ikan cermin goreng rangup dan sayur kacang buncis goreng.

Malam tadi baru nak feeling-feeling mkn kimchi. Ambik ko, 3 kali aku tambah kimchi. Hehe.. bkn tambah nasi eh. Nasi dah abes pun, aku ambil lagi kimchi nak ratah. Ni tinggal suku je nie.

Wallaweih, sedapnya!!! (Walaupun hubby taknak.. hehe..). Rasanya? Masam mesti ada sbb dah namanya jeruk. Pastu pedas. Elok lak keluar dari peti ais. Mkn sejuk-sejuk dengan nasi panas. Ish, bahaya nie kalau aku buat kimchi sendiri. Mesti mkn bertambah-tambah. Kimchi yg Dib buat 'diluluskan' oleh tekak aku.

Kalau korang berminat nak cuba rasa, boleh order kat Dib di sini. Dia jual RM8 utk satu bekas taufufa. Kira ok la harga dia tu. Kalau korang alergi dengan sesame seed, boleh bagitau dia. Dia akan exclude sesame seed. Vegan tak sesuai mkn kimchi sebab ada fish sauce. Kalau nak, boleh buat sendiri dan maybe boleh tambah garam kot. Fish sauce kan masin.

Kimchi mendatangkan kebaikan terhadap kesihatan kita:

- Kimchi menyingkirkan kolestrol
- Kimchi promotes intestinal health
- Kimchi prevents obesity
- Kimchi mengandungi antioxidant (daripada fish sauce, dried chili peppers dan garlic yg digunakan)

Byk la kebaikan kimchi ni. Korang boleh cari kat internet.

Mmm.. malam ni nak mkn kimchi lagi.

13 scribble(s):

Ely Hasrul said...

alamak sedapnye entry nih!! nih nk suh debi antar kimchi nih! napa dia xantar kat aku? ini pilih kasih! hahaha.. aku mmg suka mende masam n pedas.. nnti nk mintak kt dia laa

Liz Rohaizat said...

ely> aku rasa debi tak anta kat ko sebab ko "minta". mcm aku, aku "beli". customer comes first. hahahah. xtau la tekak ko, tekak aku rasa sedap je. ke sbb combination lauk mlm td mmg mengena? xtau la aku

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

we all kat sini mmg la rajin makan kimchi, especially tgh winter ni. skali beli 2-3 kilo. kalau beli sikit2 seminggu habis.

y? sebab tu la the nearest to sambal belacan subsitute. so kalau tgh malas tu mmg la nasi, kimchi, telo goreng & kicap dah cukup mengancam dah.

kimchi ni pun memacam leh buat, masuk dlm nasi goreng or letak dlm soup or maggi. ni bagus kalau kita tgh takde stock fresh vege, kan?

ikut org korea, kimchi ni bg elemen masin & masam sebab slalu lauk dia yg lain ayam/daging dia akan masak manis letak cornsyrup.

anyway, mmg macam2 khasiat dia. cuma its not good for ppl yg ada HBP. itu aje la pesanan pakcik kat kedai korea tu.

Liz Rohaizat said...

sana senang ye cari kimchi? sini nak cari yg halal susah la (patutnya lg senang kan?). kena buat sendiri.

aah, ramai jugak yg suka kimchi sbb ala2 sambal belacan. x la sepedas belacan tp mmg boleh dibuat sampingan time mkn. sedapnya.

saya pernah baca kat mana ntah, kimchi bagus sebab vege akan tetap fresh walaupun dah dijerukkan. dib tu siap guna kimchi buat tom yam lagik! ingat nak buat tom yam gak tp tinggal suku bekas je. kena buat sendiri la lps nie.

dibitz said...

thank you for the review! i risau je u tak suka kimchi tu, ye la sbb masam2 kan. cili tu bleh cari kat giant beb.. selamat mencuba!

bukan tanak hantar kat ely, baju i kat dia pun tak amik2... sedih la bz ngan keje 2-3 minggu ni :( uwaaa..

Liz Rohaizat said...

dib> oh, cari kat giant eh? baru ingat nak cari kat sana. i mmg gemar try makanan baru. so jgn risau la. mmg suka mkn benda pelik2.

MarDiah said...

My mum letak dlm asam pedas... tp sedap...

Liz Rohaizat said...

nadia> asam pedas? wah, kena try nie. tp kimchi dah nak abes

farae al-farafisya said...

kak liz,saya dari dl teringin nak tau rasa kimchi ni camane...
resepi dah lama dpt dari sorg kawan,cuma takut rasa dia tak sesedap yg disangka..
bila dah baca review akak ni,rasanya macam jadi la nak cuba buat kimchi sendiri..

Liz Rohaizat said...

farea> Urm, rasa dia masam dan pedas sikit. x jamin tau org lain suka. hehe.. kalau nak, cuba rasa sikit. kalau rasa ok, baru buat sendiri byk2

Ling Irene said...

Kak liz,sy nak tanya lps je buat kimchi ni kan blh terus letak kat peti sejuk ke atau mcmana?sy dah buat 2 ari lalu tapi x masam plak...kenapa ye???

Liz said...

ling irene > nak simpan dalam peti ais pun boleh. cuma lambatlah ia nak masam. yg akak selalu buat ialah bahagikan kepada 2 bekas. satu akan straight masuk peti ais. satu lagi peram kat suhu bilik (bila dah cukup peram, baru masukkan ke dalam peti ais). once kimchi peram dah habis dimakan, keluarkankan kimchi yang belum peram dan letak dalam suhu bilik. ikut la nak peram byk mana.

kalau rasa leceh dan kalau jenis suka mkn kimchi hari-hari, boleh la peram semua sekaligus

Liz said...

dah 2 hari tapi tak masam? maybe :

1) tak peram dalam suhu bilik
2) kobis tak digaul dengan garam yang banyak
3) bahan2 resipi tak lengkap

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.