Friday, July 02, 2010

Hulurkan bantuan kepada Rumah Titian Kasih

Siapa yg tgk Buletin Utama malam tadi mesti sebak melihat klip tentang penghuni Rumah Titian Kasih yang terpaksa akur dengan perintah mahkamah yang mengarahkan agar mereka mengosongkan rumah kebajikan tersebut.

Penghuni terdiri daripada warga kurang upaya, kanak-kanak dan warga tua. Ada yg berkerusi roda, ada yg bertongkat. Kanak-kanak pula berbaju sekolah. Paling sebak bila seorang perempuan kurang upaya (dan barangkali kurang upaya dari segi mental) tak henti-henti menyapu air mata pengasas RTK tersebut.

Damn, aku tak suka benda-benda camni. Rasa nak nangis.

Tuan rumah ingin menjual rumah tersebut bagi tujuan komersil. Dia membuat tawaran penjualan kepada pengasas RTK tetapi harga yg diletakkan sgt mahal dan jauh dari kemampuan mereka. Mereka cuba mengumpul wang tetapi setakat nie, hanya RM270,000.00 yg berjaya dikumpul sedangkan jumlah yg diletak oleh tuan rumah menjangkau jutaan ringgit.

Sudahnya, mereka terpaksa keluar dari rumah yg meninggalkan 1001 kenangan kepada penghuni-penghuni RTK.

Sekarang, mereka menumpang teduh di sebuah lagi rumah RTK, selang 2 kilometer dari rumah yg sblm nie. Ruman RTK yg lagi satu ni dikhaskan utk penghuni lelaki. Apabila keadaan susah sesak seperti sekarang, penghuni lelaki terpaksa tinggal di bawah khemah di kawasan rumah sementara penghuni perempuan ditempatkan di dlm rumah.

Dah berapa lama yer kes ni berlaku? Kenapa badan berwajib tidak menghulurkan bantuan yg sewajarnya? Dah kena halau baru la kita nampak kementerian sibuk nak carikan kuarters kerajaan la.. rumah baru la.. utk penghuni RTK. Sebelum dihalau, kenapa tak siapkan sebuah rumah besar yg selesa utk mereka ni.

Mungkin terlepas pandang. Maklumlah.. lebih sibuk buat proposal nak bina Bangunan Parlimen yg baru. Nasib baik tak jadi. Buat habis duit je.

Mahu menghulurkan bantuan? Mereka yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, boleh berbuat demikian di akaun Maybank bernombor 5640-6100-2172 atas nama Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kasih.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.