Friday, July 09, 2010

Alahai badan... nasib.. nasib..

Hari Raya kan tak lama lagi. Eh, silap. Bulan puasa kan tak lama lagi. Maka aku kena la mula isi borang cuti sebab kitorang kena apply sebulan awal.

Jadi tergerak hati nak check my annual leave. Disebabkan aku baru 2 tahun setengah keje kat sini, aku hanya layak menerima 12 hari cuti tahunan utk tahun 2010. Sapa yg bernasib baik, dpt la company yg terus bg 14 hari annual leave. Kalau company yg betul-betul ikut undang-undang buruh, diorg akan tgk dah berapa lama kita berkhidmat dlm company tu. Ada kira-kira tau.

Setiap pekerja berhak mendapat cuti tahunan. Sungguhpun begitu, jangka masa cuti tahunan tidaklah tetap; ia berubah mengikut jangka masa perkhidmatan seseorang pekerja itu berkhidmat dengan majikannya.

Mengikut seksyen 60(E), pekerja berhak mendapat cuti tahunan bergaji bagi setiap dua belas bulan perkhidmatan yang berterusan di bawah majikan yang sama:

1. 8 hari jika jangka masa perkhidmatannya kurang dari 2 tahun;

2. 12 hari jika jangka masa perkhidmatannya ialah antara 2 hingga 5 tahun;

3. 16 hari jika jangka masa perkhidmatannya lebih dari 5 tahun

Cuti tahunan hendaklah diberikan oleh majikan dan diambil oleh pekerja dalam masa dua belas bulan setelah tamatnya tempoh dua belas bulan perkhidmatan berterusan. Pekerja yang gagal mengambil cuti tahunan dalam tempoh yang ditetapkan akan kehilangan cuti tersebut. Walau bagaimanapun, pindaan dibuat pada tahun 1989; pekerja berhak kepada bayaran sebagai ganti cuti tahunan itu, jika atas permintaan majikannya, dia bersetuju secara bertulis untuk tidak mengambil cuti tahunannya.

Setakat ni baru ambil annual leave sebanyak 2 hari setengah. Ada balance 9 hari setengah. Banyak lagi kan?

Tapi..

Utk tahun 2010, pihak taska Batrisyia telah menyusun waktu cuti mereka dengan jayanya. Semua tolak nak cuti masa raya puasa dan raya haji. Tgk eh..

Cuti Hari Raya Aidilfitri : 08/09/2010 hingga 13/09/2010 (total 3 hari)
Cuti Hari Raya Aidiladha : 13/11/2010 hingga 18/11/2010 (total 3 hari)

Tu je dah 6 hari. December nanti nak kena standby 2 hari utk special occassion.

Tolak.. tinggal extra sehari je annual leave. Sob.. sob.

Tang mana lagi aku nak korek cuti? Aku tak suka pura-pura sakit. Sebab mana la tau tiba-tiba betul-betul sakit dan perlukan cuti panjang, tak ke susah.

Selagi bekerja dengan orang lain, hari berkerja anda itu adalah hak bos anda. Kena ingat tu.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.