Monday, July 19, 2010

Aku takut doktor gigi

"Aku takut doktor gigi". Kdg-kdg, kita dgr alasan ni keluar dari mulut kawan-kawan kita kan? Kalau tak pun, kanak-kanak. Kepada org takut doktor gigi? Kesian doktor gigi. Yg aku tgk, kebanyakan doktor gigi yg aku jumpa, manis-manis je mukanya. Kesian sbb orang takut kat diorg.

Jika diimbas kembali, aku mmg tak takut doktor gigi. Seingat aku, kali pertama aku jumpa doktor gigi ialah ketika berumur 7 tahun. Urm, ye la.. darjah satu rasanya. Ke bukan? Tak sure la pulak.

Gigi susu di hadapan (bawah) mcm sakit. Tapi tak goyang kot sebab kalau goyang, mesti mama dah cabutkan. Maybe sebab masa tu aku dok sebut “Sakit.. sakit”, maka mama bawak aku pegi Klinik Negeri kat Seremban tu. Ada lagi ke klinik tu skrg?

Masa tu aku tak takut tp aku sibuk tanya sakit ke tak. Doktor tu ckp, tak sakit. Nanti dia bagi ubat tak sakit. Padahal dia bg injection kat gusi. Tau-tau je, gigi dah kena cabut dan aku berjalan pulang dengan kain/tisu di mulut. Kuatnya memori aku.

Memori-memori selepas tu lebih kepada memori mencangkung beramai-ramai di tepi longkang sambil gosok gigi dengan tangan terpegang kole. Apa lagi kalau bukan kat sekolah. Ala, hari special di mana korang kena bawa berus gigi ke sekolah.

Masuk sekolah menengah, pernah sekali je kot dihantar ke klinik gigi utk buat scaling. Buat kat klinik kerajaan. Horror. Bkn ape, tempat tu mcm menggerunkan. Tu la first tima buat scaling kot. Doktor buat cincai je. Sakit? Tak la. Ngilu je dgr benda tu.

Sejak dari tu, suka jugak la buat scaling. Bekas doktor kegemaran ialah Dr. Helmy kat Senawang. Bagus doktor nie. Aku mmg suka. Plus, dia ada my dental record. Memang tak terfikir nak tukar doktor lain. Cuma kali terakhir aku buat scaling dgn dia, dia buat agak cincai sebab ramai patient kot. Pastu terus rasa kecewa dengan dia. Terus taknak jumpa dia lagi. Bunyi mcm putus cinta je.. uhuks.

Sejak dah putus dengan Dr. Helmy nie, mencari juga doktor gigi kat KL. Bukan takde, bersepah. Cuma aku mcm ragu-ragu. Ye la, doktor baru. Ok tak service dia. Taknak la so-so je. Bayar mahal-mahal kan?

Bukan taknak pegi klinik kerajaan tapi leceh sebab nak kena buat appointment. Pastu kdg2 ditunda lagi. Gigi yg tak sakit pun leh jadi sakit :p

I googled tau! Hahaha.. nak cari doktor gigi pun nak kena google. Sabar je la. At last, jumpa la satu klinik. Selang 2 blok je dari my office.

I went there last Friday. Tu la pertama kali aku rasa gerun jumpa doktor gigi. Lebih kepada cuak! Berdebar-debar. Apehal ntah. Nervous giler padahal bukan first time pegi klinik gigi kan?

Utk hilangkan nervous, aku sempat la tanya beberapa soalan dgn doktor tu. Adakah korang tau yg korang hanya soft bristle toothbrush yg sesuai utk semua orang? Walaupun kat pasaran ada toothbrush jenis “Medium” dan “Hard”, hanya “Soft” yg boleh dipakai. Ini kerana bristle jenis “Medium” dan “Hard” berupaya utk menipiskan gigi anda dengan cepat.

Then, kalau tak boleh, kenapa ada jenis “Medium” dan “Hard”?” tanyaku.
Marketing strategy!” pendek je doktor tu jawab.

Sakit ke scaling? Bagi aku, tak la sakit. Cuma tak suka dgr bunyi benda tu. Dan kalau dia scaling gigi depan, aku rasa mcm ngilu sikit. Kalau gigi tepi, tak rasa apa-apa. Yang paling best, rasa sedap selepas menjalani scaling. Rasa mcm ko taknak mkn selama setahun sebab nak gigi tu rasa best camtu. (Tapi tak mampu der, balik ke terus mkn sebab lapar).

Aku suka la klinik tu. Gerenti akan ke sana lagi 6 bulan dari sekarang.

Korang takut tak kalau jumpa doktor gigi? Aku belum pernah kena tampal gigi sebab berlubang. Orang kata, sakit kalau kena tampal gigi. Mintak-minta la takkan kena tampal seumur hidup. Sebab tu aku agak menjaga juga la dlm bab mkn benda manis-manis ni. Kalau teringin nak mkn coklat ke, lepas mkn, mesti terus gosok gigi. Kalau kat luar, pergi kumur-kumur dan terus minum air kosong. Takut sgt kalau berlubang. Tak sanggup nak biarkan gigi digerudi.

Balik, minum Pineapple Punch

Nota: Telah bertukar kepada soft bristle!

4 scribble(s):

nieda said...

masa kecil2 dulu takut betul jumoa doc gigi..skrg ni dah ok..owh baru tahu kena guna berus gigi yg soft..tq for the info

Liz Rohaizat said...

nieza> tu la. sy pun xtau yg kita kena guna soft bristle. selama ni rasa soft tu mcm lembut sgt je, tu yg beli medium. apa lagi, jgn lupa beli berus gigi baru

p!nkerton said...

huhu aku pun selalu beli yg medium, sbb ingat soft tu mcm tak 'efek' je sbb lembut sgt kan ;p hehe.. so pas ni kena beli soft la ;) thx 4 the info

Liz Rohaizat said...

fatih> tu la. soft kan mcm xde efek. hehee.. aku baru tau bila doktor tu ckp la. keluar klinik, terus beli berus gigi baru

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.