Sunday, July 04, 2010

2 gelas susu sehari

Dah lama tak masuk SI. Hari ni masuk kejap dan check threads. Ada satu thread yg aku ingin kongsi.

Click di sini.

Aku ingin kongsi jawapan yg Mama berikan.


Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu 'terpesong' dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak 'sangat perlu minum susu' dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan. Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang - bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.

2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

Perkara ini akan saya kupas lanjut di dalam Majalah Pa&Ma pada bulan Ogos ini. Sila dapatkan naskah anda masing-masing.

Tahukah anda bahawa kanak-kanak dan orang dewasa hanya memerlukan 2 gelas susu sehari?

3 scribble(s):

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

i have always been sceptical about high calcium intake & parents yg fanatical & sibuk nak sombat anak dgn susu eventho dia dah pass 12months. cth "hush anak i kuat minum susu. sebulan habis rm400 beli susu formula".

kalau over calcium intake boleh menyebabkan iron deficiency pulak sebab calcium kurangkan iron absorbtion. ;) kalau kurang iron, senang la pulak nak dpt penyakit.

ramai aje i tried to share pendapat i, tp ramai masih fikir sumbat susu byk2 is not a bad thing.

tak tau dah camne nak cerita.

MarDiah said...

me dulu minum susu fernleaf tetiap hari.. tapi dengan syarat campur nescafe... adik punyer campur milo... tapi segelas jek sehari.. sampai hr nie xleh telan susu tepung.

Liz Rohaizat said...

mama miya> plus, calcium bukan hy terdapat pada susu kan? byk lg sumber kalsium yg boleh dimakan. rasanya ramai yg tak tau tentang fakta nie: susu hanya makanan pelengkap selepas anak berumur setahun, bkn makanan utama lg.

nadia> haha, same with me. fernleaf. b4 nak keluar main, my mom akan buatkan fernleaf sorang segelas. minum dulu, then baru boleh keluar main. i love plain milk. sedap la.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.