Thursday, June 24, 2010

Salah ke kalau sokong England team?

Ha.. salah ke? Ni Frank Lampard yg tanya.. hehe

Ahaks, bkn ape ye.

Walaupun Germany merupakan pilihan aku utk ke Final, aku sokong England jugak. Mungkin sebab dari dulu dah terbiasa layan EPL, jadi pemain England lebih dekat di hati. Walaupun aku tak tau mereka memakai jersey no berapa, aku ingat nama mereka walaupun mereka tidak memakai jersey (top player only.. hehehe).

Ok la, aku suka tgk pemain-pemain England di atas padang. Cuma diorg nie sometimes tidak berapa luck bila bermain mewakili negara. Bila main mewakili kelab, handal semcm pulak.

Ala, aku tau. Korang yg tak sokong England tu pun sibuk nak tgk perlawanan yg ada England kan? Kalau tak tgk pun, sibuk nak tau berapa diorg score kan?

Psst.. ada org tu kan, mlm tadi dia tinggalkan anak bini pegi nonton England vs Slovenia dgn jiran. Ceh, cakap tak suka England, suka Brazil. Heheh..

Malam tadi, England main.. Germany pun main. Weed ada satu teori. Dia ckp, kalau kitorang si peminat tegar Germany ni tak tgk diorg main, gerenti Germany menang. Hohoho.. apa punya teori daa!

Tapi malam tadi, kami (aku, Weed dan Wan) tak tgk Germany. Dan Germany menang! Weed ckp, dah masuk kalah mati nanti, jgn tgk!

Tapi cik Weed oii, tahukah anda lepas nie Germany bertemu siapa? Tahukah? (Erk, tau la ko dah tau sbb pagi-pagi tadi aku dah sms ko!)

Yes, masuk kalah mati nanti, Germany akan bertemu England!!!

Haiya, taknak tgk Germany main tapi nak tgk England main. Konflik.. konflik.

Owh, sedikit fakta tentang perlawanan England mlm td. Bukan la fakta penting pun. Selain daripada menurunkan beberapa pemain baru, England team buat keputusan utk memakai jersey merah mereka. My reaction? I LIKE!

Sungguh. Their white jersey is DULL! I love red color. That’s why I like Liverpool (perlukah state benda nie?). Mereka nampak garang dan bertenaga bila pakai red jersey. Ramai jugak yg mengutuk bila diorg ckp nak pakai red jersey. Konon, tak lawa la.. design lapuk la. Pehal lak? Lawa je di mata aku! Putih tu lagi tak cun.

Stat of the day
Football followers in Germany and England will already be turning their minds to the pair’s fifth meeting in FIFA World Cup finals action, set to take place on 27 June in Bloemfontein. Of the four prior matches, three went to extra time, including England's 1966 Final win, and the last of the four was decided by penalties at Italy 1990.

Urghh, I hate penalties. Tapi kalau match sampai ke penalty, kalah la England sbb diorg suck sikit bab penalty nie.

Germany vs England.. nak sokong 2-2 boleh?

Nota: Ada la org tanya kenapa aku tak blog tentang World Cup sedangkan pong pang pong pang kata minat layan WC. Meh aku jwb. Aku mengambil kira sensitiviti pembaca blog ni. Chewah. Kebanyakannya terdiri daripada girls yg tak minat bola. Jadi, tak perlu la aku bercerita dgn sungguh-sungguh tentang WC di sini. Kesian diorg.

8 scribble(s):

MarDiah said...

ok gak pee.. citer psl bola musim bola nie....

cik panadol said...

GO ENGLAND!!

WanYgBest said...

aku pun blog psl benda lain gak slain bola...sbb x tgk semua match pun...huhu

aku suke gak tgk EPL, sbb tu liga plg glamour, then bru liga2 eropah...tp pemain2 english clubs tu byk gak import...tu sbb club diorg hebat kot, leh beli top players around d world..

Liz Rohaizat said...

nadia> kang cite tiap2 hari, org tensen lak

cik panadol> hahaha. xtau nak sokong sape

wan> EPL mmg best. aku pun suka.

p!nkerton said...

aku tak minat MU or liverpool jadi england adalah tidak relevan bagi aku hihihi (jgn marah ha) :D

Liz Rohaizat said...

fatih> bes tu ko minat ape?

p!nkerton said...

arsenal yeahaaa! kihkih
WC ni aku sokong porto & brazil. tapi dua2 satu group pulak.jenuh nak tunggu cycle group hihi

Liz Rohaizat said...

fatih> owh, ingat tak layan ELP langsung! hehe.. wah, mlm nie ar porto vs brazil. haaa, mane ko nak sokong??

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.