Friday, June 04, 2010

Review: Killers

Tgh bosan ni, so meh la aku buat review tentang Killers.

Thanks to Nuffnang, kami dpt 2 free tickets dan dpt tgk sehari awal sebelum tayangan di Malaysia.

Dah lama tak jejak OU.. jejak jugak semalam semata-mata nak tgk Killers.

Sinopsis: Jen (Katherine Heigl) baru lepas putus cinta. Then, her parents bawa dia pegi bercuti ke France. Hari pertama dia jumpa Spencer (Ashton Kutcher) semasa dlm lif. Dia terus ala-ala minat la kat Spencer ni. Dah la dgn hanya berpakaian utk berenang aje (sila imagine sendiri). Spencer ajak dia keluar malam tu. Sejak tu, diorg makin rapat dan akhirnya berkahwin.



Apa yg Jen tak tahu ialah Spencer ni sebenarnya seorang bekas pembunuh upahan. Dia berhenti daripada membunuh setelah jatuh cinta dengan Jen. Sejak itu, dia menjalani hidup seperti orang lain. Dia bekerja di sebuah syarikat pembinaan.

Semuanya elok sehinggalah satu hari, Spencer mendapat satu pesanan dari his former boss. Boss dia pernah ckp, dia tak boleh berhenti. Kalau tak, nasib dia akan jadi seperti kwn2 dia yg lain. Berhenti dan dibunuh! Sejak dia dpt pesanan tu, dia semakin berhati-hati kerana dia tau dia pun akan dibunuh.



Keadaan semakin kelam kabut apabila jiran-jiran mereka sebenarnya telah diupah oleh seseorang utk membunuh Spencer. Plan telah dibuat sejak 3 tahun yang lalu. Mereka tidak tahu siapa yg patut mereka percaya.

Dia cuba menjejaki his former boss tapi akhirnya pencarian tu sampai ke jalan buntu kerana boss dia mati ditembak. Lebih memeranjatkan, dia dpt tahu dari agensi dia bahawa boss dia tu bkn lagi active agent dan dia takde diberikan sasaran utk dibunuh.

Jadi siapakah yg mengupah pembunuh-pembunuh utk membunuh Spencer?

Haaa.. pegi la tgk ye. Dah mula ditayangkan hari nie.

Movie ni boleh dikategorikan sebagai romantic comedy. Tak perlu pening kepala nak tgk. Gelak-gelak je la walaupun ada part yg tak masuk akal sikit-sikit. Just leave it behind. Hahaha.. Enjoy je la tgk kecomelan Jen dan Spencer.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.