Tuesday, June 01, 2010

Mavi Marmara diserang, 2 krew Astro Awani gagal dihubungi

Early note: It's going to be a long entry.

Sejak pelancaran misi menghantar bantuan kepada rakyat Gaza melalui jalan laut baru-baru nie, boleh dikatakan aku agak setia mengikuti perkembangan terkini tentang Rachel Corrie tu. Saban malam, aku akan mendengar laporan yg disiarkan di TV3. Laporan sejak 3-4 hari lepas pula agak menggusarkan banyak pihak. Laluan kapal disekat dan tentera zionis semakin banyak meronda di perairan utk memastikan kapal-kapal bantuan tersebut tidak sampai ke Gaza. Alasan tentera Zionis sgt mudah. Kapal-kapal ini telah melanggar peraturan di laut.

Laporan terakhir yg aku tgk kelmarin, kapal Ireland tersebut mendapat lampu hijau utk meneruskan perjalanan setelah berlabuh di Pelabuhan Malta. Mereka akan berkumpul dengan kapal dari Turki dan beberapa negara yg lain sebelum bergerak secara berkumpulan utk menghampiri Gaza.

Sayu melihat seorang sukarelawan dari Turki yg berdoa bersungguh-sungguh di atas kapal, memohon bantuan dari Allah agar niat suci mereka terlaksana. Malah, hati makin sayu melihat rakyat Gaza yg dengan setia menanti dan berharap agar kapal-kapal bantuan ni selamat sampai ke perairan mereka, seterusnya bantuan akan dapat dihulurkan kepada rakyat Gaza yang dikenakan sekatan oleh pihak zionis dan sekutunya.

Seorang rakyat Amerika di Gaza memberi pandangan bahawa, samada kapal-kapal itu selamat sampai atau tidak, usaha sukarelawan-sukarelawan ini menggadai nyawa merentas laut dan berhadapan dengan askar Zionis sudah mencukupi utk membuktikan ada usaha utk menembusi sekatan yg di kenakan ke atas rakyat Palestin.

Berita yg disiarkan ketika Buletin Utama malam tadi sgt memeranjatkan. Terus jadi berita pertama yg disampaikan. Kapal Mavi Marmara diserang Zionis. Malah, rakaman serangan sempat disiarkan. Kelihatan tentera Zionis yg bertopeng menyerang sukarelawan-sukarelawan seolah-olah mereka pengganas antarabangsa!

Apa yg dunia sedang saksikan sekarang? Apa pemimpin dari serata dunia sedang buat? Balil-balik, bawa usul ke PBB! Kuasa veto PBB tu terletak pada negara mana? Masa sekolah dulu pun kita dah belajar kan? Dah tau kan? PBB ni dah jadi boneka. Kewujudannya sekadar simbol kononnya keadilan itu wujud di muka bumi! Adil sgt lah kan?

Petikan dari Utusan Malaysia Online.

REAKSI PEMIMPIN DUNIA KE ATAS TINDAKAN ZIONIS

CHICAGO 31 Mei — Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama kesal dengan tindakan kejam rejim Zionis yang menyerang kapal aktivis keamanan dalam misi bantuan mereka ke Gaza.

Jurucakap Rumah Putih, Bill Burton berkata, Obama yang dijangka akan menerima lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu esok, kecewa kerana serangan itu mengorbankan nyawa selain mencederakan beberapa aktivis yang menyertai konvoi berkenaan.

Sementara itu, di Moscow, Russia mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan itu sambil menganggapnya sebagai satu pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa.

“Moscow mengutuk dan kecewa dengan serangan ini terutama apabila ia melibatkan kematian dan kecederaan konvoi aktivis keamanan."

“Serangan ini jelas telah melanggari undang-undang antarabangsa kerana mereka menyerang orang awam yang tidak bersenjata tanpa sebarang alasan,” kata Kementerian Luar negara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, perantara damai Asia Barat, Tony Blair turut menyatakan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Saya kesal dan kecewa kerana serangan ini melibatkan kehilangan nyawa,” katanya yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Britain.

Dalam perkembangan berkaitan, PBB mengadakan satu mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan tentang serangan yang dilaporkan telah meragut 19 nyawa selain turut mencederakan beberapa aktivis yang menyertai konvoi tersebut.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Lebanon setelah Perdana Menterinya, Saad Hariri menggesa PBB untuk mengadakannya.

“Perdana Menteri telah mengarahkan delegasi Lebanon di PBB untuk mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan tentang apa yang telah berlaku hari ini,” kata seorang pegawai kepada pemberita. - AFP/AP

Itu je la keje PBB. Mesyuarat yg tidak berkesudahan tetapi jalan penyelesaiannya tiada. Zionis tetap jadi raja perang. Raja yg tidak boleh dibawa ke muka mengadilan!

Menurut laporan, 2 org krew dari Astro Awani berada di atas kapal Mavi Marmara. Setakat nie, mereka masih gagal dihubungi. Entah macam mana nasib mereka. Terdengar juga berita yg sekurang-kurangnya 19 orang telah terbunuh dalam serangan tu. Semoga mereka terselamat. Mavi Marmara ialah kapal dari Turki. teringat sukarelawan yg berdoa bersungguh-sungguh tu. Sedih rasanya.

WARTAWAN, JURUKAMERA ASTRO AWANI GAGAL DIHUBUNGI

KUALA LUMPUR 31 Mei - Wartawan dan jurukamera Astro Awani yang membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan menaiki kapal Mavi Marmara masih gagal dihubungi sebaik kapal tersebut diserang tentera Israel pagi ini.

Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz berkata, dua wakil Astro Awani berkenaan adalah Ashwad Ismail, 26, dan jurukamera, Samsulkamal Abdul Latip, 43.

Menurutnya, kedua-dua mereka berlepas ke Istanbul, Turki dari ibu negara pada 23 Mei lalu untuk mengikuti misi bantuan kemanusiaan itu.

''Mereka menaiki kapal Mavi Marmara dari Pelabuhan Antalya, Turki dan berlepas ke Gaza, semalam.

''Namun kami dimaklumkan kapal tersebut telah diserang tentera Israel sekitar pukul 10.30 pagi tadi (waktu Malaysia).

''Sejak itu, Ashwad dan Samsulkamal gagal dihubungi sehingga kini,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut laporan agensi berita asing, kira-kira 19 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Enam lagi rakyat Malaysia berada dalam sebuah lagi kapal, Rachel Corrie yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.

Mereka terdiri daripada tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu.

Tiga lagi ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd. Nizar Zakaria serta wartawan dan jurukamera TV3 iaitu Halim Mohamed dan jurukamera Mohd. Jufri Judin.

Mengulas lanjut, Rozina berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan berita daripada penganjur misi dan pihak berkuasa mengenai nasib dua staf Astro Awani berkenaan.

Bagaimana pula dengan Rachel Corrie? Masa berita semalam, aku ingat Rachel Corrie yg diserang. Berdebar jantung masa tu.

DELEGASI MALAYSIA SAMPAI DI GAZA LUSA

KUALA LUMPUR 31 Mei - Delegasi Malaysia daripada Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menyertai 'Flotila Pembebasan' menaiki kapal kargo Rachel Corrie dijadual tiba di perairan Gaza lusa.

Seorang wakil delegasi Malaysia daripada Perdana PGPO, Shamsul Akmar Musa Kamal berkata, kapal Rachel Corrie dijadual tiba di perairan Gaza bersama-sama dua buah kapal penumpang lain Challenger 1 dan Challenger yang membawa ahli-ahli Parlimen Eropah, aktivis dan pejuang kemanusiaan.

''Kapal kami (Rachel Corrie) berlepas dari pelabuhan Malta pada pukul 4 petang semalam waktu tempatan (pukul 10 malam waktu Malaysia),'' katanya dalam e-melnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, kapal Rachel Corrie telah mula berlayar dari Dundalk, Ireland pada 14 Mei lalu dan berlayar sejauh 2200 batu nautika sebelum sampai di Pulau Malta.

''Kini kami berada 800 batu nautika dari perairan Gaza,'' katanya.

Menurutnya, kapal Rachel Corrie merupakan satu daripada tiga buah kapal yang dibiayai oleh PGPO hasil sumbangan derma rakyat Malaysia yang disokong oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga Wisma Putra.

Dua lagi kapal tajaan rakyat Malaysia ialah kapal penumpang Challenger 1 dan Challenger 2. Kedua-dua kapal ini sekarang berada di perairan Cyprus dan dijangka dapat berlayar lewat hari ini, katanya.

Shamsul Akmar berkata, Rachel Corrie telah menghadapi pelbagai halangan sejak berlepas dari Ireland yang mana terdapat usaha yang dipercayai didalangi oleh sekutu pro- Zionis untuk menggagalkan pelayarannya ke Gaza.

Di beberapa pelabuhan yang disinggahi Rachel Corrie, pihak berkuasa pelabuhan mengenakan pelbagai syarat dan peraturan yang tidak dikenakan kepada kapal lain sebelum ia boleh mengisi minyak untuk meneruskan perjalanan.

"Delegasi Malaysia dan Ireland yang dicadangkan untuk menyertai kapal Challenger supaya dapat ke Gaza dengan lebih awal bersama-sama kapal-kapal lain dalam 'Flotila Kebebasan' telah memilih untuk menunggu Rachel Corrie kerana ia adalah kapal utama Malaysia dan juga rakan sekutu Free Gaza Movement," katanya.

Setelah menunggu lebih daripada seminggu untuk Rachel Corrie sampai ke Malta, kapal itu akhirnya berjaya memasuki perairan pulau Malta pada 30 Mei pada kira-kira pukul 4 pagi waktu Malaysia.

Apabila ia berlepas dari Malta pada kira-kira pukul 10 malam tadi waktu Malaysia, Rachel Corrie dijangka memasuki Gaza lusa jika tidak dihalang oleh pihak Tel Aviv.

Shamsul Akmar berkata, selain tiga kapal yang dibiayai Malaysia, terdapat lima lagi kapal lain dalam 'Freedom Flotilla' yang dibiayai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Turki, Greece, Sweden serta beberapa pertubuhan NGO Eropah.

Menurutnya, peserta Malaysia yang menyertai flotila itu ialah tiga wakil PGPO terdiri daripada Shamsul Akmar, Matthias Chang, Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Parit, Drs. Mohd Nizar Zakaria; seorang wartawan TV3, Halim Mohamed dan seorang jurukamera TV3, MohdJufri Judin.

Lima peserta dari Ireland pula ialah Derek Graham dan isteri Jenny Graham, kedua-dua mereka adalah wakil Free Gaza Movement), bekas Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Denis J. Halliday yang juga ahli panel penasihat PGPO, pemenang Anugerah Nobel Keamanan Mairead Maguire dan penerbit dokumentari, Fiona Thompson. - Utusan

Mavi Marmara ialah kapal terawal yg menghampiri Gaza. Ia telah diserang dan nasib mereka masih belum diketahui. Bagaimana dengan kapal-kapal lain yg sedang menghampiri Gaza? Adakah mereka juga akan diserang?

Alasan tentera Zionis sgt mudah. Mereka melanggar undang-undang di laut. Sebarang bantuan kepada rakyat Palestin hanya boleh melalui jalan darat.

Come on, kalau lalu jalan darat, bila nak sampai? Itu pun kalau sampai. Belum sempat sampai, diorang dah serang. Lepas tu bg la alasan mereka mendapat maklumat kononnya bantuan diberikan dlm bentuk senjata api.

Eiii, tolong la pemimpin-pemimpin dunia. Korang nie buta ke?

Antara video yg aku jumpa kat Youtube. Utk korang yg tak sempat tgk berita malam tadi. Rasanya malam ni mesti ada perkembangan terbaru. Dengarnya Mavi Marmara dibawa ke perairan Israel dan semua krew kapal ditahan. Setakat ni, jumlah sebenar mangsa yg terkorban dan tercedera masih belum ditentukan.





UPDATE AT 12.15PM

Masih belum ada berita tentang Mavi Marmara. Senarai nama aktivis yg terbunuh dan tercedera juga belum keluar. Kalau tgk my NN analytic, byk keywords berkaitan tentang Mavi Marmara.

Setiap sejam, aku jenguk segala laman web utk cari berita terkini. Dunno why.. busy body kah aku?

And I found their Twitter site : http://twitter.com/lifeline4gaza.

Lagi stress bila baca twitter. Apa yg disampaikan melalui berita yg aku tgk tiap-tiap malam, tidak kedengaran stress seperti apa yg mereka laporkan di twitter.

UPDATE AT 4.10PM

NEW BOATS HEADED TO GAZA TO CHALLENGE BLOCKADE

JERUSALEM – Organizers of the Gaza aid flotilla that was the target of a deadly Israeli naval raid say they're sending two more ships to the area within the next few days.

Greta Berlin of the Free Gaza Movement says a cargo boat is already on the way to challenge Israel's blockade of the Gaza Strip. She says a second boat carrying about three dozen passengers is expected to join it.

Meanwhile, criticism inside Israel was spreading Tuesday about the botched raid, which killed at least nine activists.

Israeli officials say about 50 of the 671 activists aboard the flotilla have been taken to Israel's international airport for deportation. They say others have refused to identify themselves and will remain in detention - Yahoo News

Begitulah semangat semua aktivis dan sukarelawan dlm menghantar bantuan ke Gaza. Semangat mereka begitu berkobar-kobar hinggakan mereka tidak gentar walaupun kapal yg mendahului mereka; Mavi Marmara telah diserang oleh tentera Zionis.

Jelek bila baca keratan berita dari The Star. Ketua tentera Zionis mengeluarkan ayat yg menyatakan bahawa tiada arahan tembakan yg telah dikeluarkan dari pihak atasan. Jadi, tentera Zionis sgt alert dan faham yg sebarang tembakan tidak boleh dilepaskan. Mereka hanya melepaskan tembakan setelah mereka diserang oleh aktivis dan sukarelawan yg bersenjatakan pisau dan besi.

Pandai ko auta eh? Ingat semua org buta ke? Dah terang-terang video yg sempat dirakamkan tu menunjukkan tentera Zionis turun dari helikopter dan terus menembak! Bila masa pulak orang lain yg serang diorg dulu.

Ahli keluarga kesemua rakyat Malaysia yg mengikuti misi bantuan ke Gaza sudah sedia maklum bahawa ianya misi berani mati. Apa yg mereka harapkan adalah bantuan berjaya disalurkan ke Gaza dan semua sukarelawan kembali dalam keadaan selamat. Tetapi jika ajal telah ditetapkan oleh Allah ketika percubaan menghantar bantuan, mereka redha. Kuat sungguh mental ahli keluarga sukarelawan yg terlibat.

6 scribble(s):

Syafiera said...

OMG, abes tu sian 2 org tuh.

IHSAN KHAIRIR said...

semoga krew-krew kapal-kapal yang lain selamat dan bekalan bantuan dapat disampaikan ke penduduk Gaza...

thanks for sharing info Liz. Aku share post kau ni kat FB aku ya.

Liz Rohaizat said...

Syafiera> bkn 2 org, rakyat malaysia kesemuanya berjumlah 11 orang.

Ihsan> amin! kapal-kapal lain masih meneruskan perjalanan. Dr. M selaku penasihat ada keluarkan arahan: Jika mereka diberi amaran oleh tentera Israel, kapal perlu berpatah semula.

Tapi sukarelawan2 ni dah redha sebenarnya. Mereka tau ia misi berani mati. Mereka sanggup berhadapan dengan tentera Zionis. Malah, ada sukarelawan dah pesan pada keluarga awal2 agar jenazah tidak dibawa pulang ke Malaysia andaikata dia terkorban dlm membawa bekalan ke Gaza.

Ya Allah, selamatkan semua aktivis dan sukarelawan ke Gaza!

p!nkerton said...

aku terketap2 gigi bila dgr berita ni mlm tadi, tak terkata! israel laknatullah!
sedih sbb tak dpt nak tolong apa2 cuma mampu berdoa utk saudara2 islam kita yg sgt berani berjihad mcm ni! subhanallah! semoga Allah lindungi drg semua, amin..

jannahrais said...

liz! akak memang sebak bile tengok berita skang ni...buruk bebeno pernagai israel laknatullah ni!

akak bangga dengan famili aktivis msia kita yang pegi ke sane.mungkin dorang pun berat hati untuk lepaskan suami/anak dorang pegi, tapi, redha untuk ape aje yang berlaku, insya allah, Allah permudahkan, selamatkan perjalanan dorang ek.

Liz Rohaizat said...

fatih> aku rasa ramai yg terkejut tgk berita mlm td. ye la. kapal bantuan pun nak diserang tentera Israel. punyalah busuk hati diorg tu!

itulah, marilah kita berdoa beramai-ramai agar semua yg ditangkap tu selamat. dgr2, 48 orang telah dihantar ke airport utk pulang ke negara masing2. yg lain enggan mendedahkan identiti, jadi mereka ditahan.

kak jannah> betul kak. sy pun kagum dgn ketabahan mereka melepaskan ahli keluarga mereka ke sana. sy follow twitter tu. sy tgk, sblm mereka dibenarkan naik ke kapal, mereka kena isi borang yg menunjukkan mereka sedar bahaya yg bakal mereka hadapi.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.