Friday, June 25, 2010

Maut selepas diarah tekan tubi

MAUT SELEPAS DIARAH TEKAN TUBI

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Jun – Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini, mati setelah tidak sedarkan diri selepas dikenakan hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakannya di dalam sebuah bilik di sekolah itu, awal pagi ini.

Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam tadi.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke PPAT dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa sebelum tidak sedarkan diri iaitu pada pukul 10.45 malam tadi telah dikenakan hukuman tekan tubi.

“Semasa sedang melakukan tekan tubi itu, seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil.

“Pelajar itu kemudian terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Chin Wah berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.

Katanya, kematian pelajar terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Seksyen Perhubungan Media, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam kenyataan di sini hari ini memberitahu, kejadian itu telah dilaporkan di Balai Polis Sungai Besi pada pukul 2 pagi ini.

Menurutnya, satu Lembaga Siasatan turut ditubuhkan oleh MTD untuk mengenal pasti punca dan motif kejadian ini.

Sementara itu di Baling, mangsa, Mohammad Naim Mustaqim pernah menghubungi keluarganya tiga hari lalu untuk memohon maaf sebelum dia meninggal dunia awal pagi ini.

Bapa saudaranya, Mohd. Zaidi Mohd. Sofian, 28, berkata kali terakhir Allahyarham menelefon bapanya, Mohamad Sobri Mohd. Sofian tiga hari lalu sejak dia memasuki maktab tersebut awal Februari ini.

Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong di sini malam ini.

Hmm, ape ye nak dikata?Kes buli mmg sesuatu yg biasa lebih-lebih lagi di sekolah berasrama. Ada yg buli ringan-ringan, ada yg sampai kena sepak terajang, ada yg kena bantai dengan kayu kriket. Dtg sekolah dgn muka lebam-lebam. Bila cikgu tanya, mula la reka cerita merepek sebab takut org yg membuli dia dpt tahu dia beritahu cikgu. Tak pasal-pasal kena sepak terajang lagi kan?

Apa yg si pembuli dapat bila membuli mangsa? Kepuasan? Puas hati nampak mangsa merayu, kesakitan.

Kalau mangsa dah mati mcm kes di atas, apa yg pembuli dpt? Masih puas hati lagikah? Kalau menyesal dlm hati pun, si mangsa takkan hidup kembali. Pada siapa ko nak minta maaf? Pada keluarga mangsa? Minta maaf pada Allah. Keluarga mangsa mungkin maafkan ko tapi Allah tu tempat utk ko merayu agar diampunkan dosa membunuh tu.

Kesian.. belajar kat MTD tp otak ntah tinggal kat mana. Sorry la ye menggunakan harsh word di sini. Tp tu la, otak ko tertinggal kat mana?

5 scribble(s):

Kimizo said...

kerajaan sekarang pun kerajaan pembuli.. pembuli rakyat

camne tak jadi ikutan orang...

p!nkerton said...

aku mmg bengang gila dgr bab2 buli sampai mati ni sumer. marah, kesian sumer ade. imagine their parents feeling- ko jaga anak ko elok2, hantar pi skolah sumer, kena belasah sampai mati?!! sedih ok. tak tau la apa pembuli2 tu sumer pikir, takde otak & perasaan ke? dpt dosa membunuh tau tak! grr!
smlm hubby aku ckp ada berita pasal budak skolah 16yo kot, boifren dia bawak pi hotel, sampai2 je dpn pintu hotel meninggal sbb keguguran! astagfirullahalazim.. drg macam nak stay situ few days sbb nak try gugurkan kndungan. agaknya budak prmpuan tu dah try mkn or buat mcm2, tu yg meninggal terus. can u imagine her parents feeling? & oh, tu budak skolah agama. tskk!

Liz Rohaizat said...

kimizo> owh, tak perlu la bercerita tentang politik di sini eh. thanks.

fatih> tu la. dah tu, arwah nie form 4 ok. jd aku rasa yg buli dia pun maybe budak f5 atau f5. takkan junior nak buli senior kan? so umur si pembuli ada la dlm 16 atau 17 tahun. tak ke bangang. ntah mana otak. penat je masuk MTD yg gah tu. erk, gah ke?

yg keguguran tu, aku tau gak. tp xtau la dia budak sek agama. isk. berani nak gugurkan anak senyap2. Tuhan nak tunjuk. dah buat dosa, ditambah lg dosa gugurkan anak.

kiamat dah dekat.

imee said...

dlm family aku ni ramai ex-MTD, including bapak aku. and dari kecik aku tau dkt MTD ni ragging tu mcm tradition. TAPI style ragging zaman dulu jauh beza dgn skrg. bapak aku dulu citer, diorg kena kejut tgh2 mlm, pastu ramai2 kena simbah air sejuk, pastu kena pumping ke apa2 ke.. motif mmg utk nk bg budak2 tu tough sikit. nama pun maktab tentera kan. tapi diorg MEMANG TAK PERNAH PUKUL/SEPAK/TENDANG junior. diorg takkan sengaja belasah budak2 tu.

bapak aku mmg still close dgn kengkawan MTD dia. and diorg sumer stress dgr style ragging zaman skrg. sbb masa diorg kena dulu, it was all in fun. sampai bla dah ada anak sendiri diorg sonok citer pasal diorg kena ragging, sbb kelakar. but now, it's not funny anymore.

Liz Rohaizat said...

imee> betul. it's not funny anymore bila sampai melibatkan kematian.

ragging tu mmg dah jd tradisi terutamanya kat sek berasrama kan? biasa la tu. tp mmg diakui, ragging zaman dulu dan skrg lain. dulu, teruk2 pun, lebam2 je la. skrg nie, sampai mati. dah byk kes yg melibatkan kematian. sampai parents risau nak anta anak ke sek asrama.

sayang aa.. budak MTD. tmpt bagus, patutnya x jd hal mcm nie. belum jd tentera, masa depan budak2 tu dah gelap.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.