Wednesday, June 02, 2010

Kesemua rakyat Malaysia yg menaiki Mavi Marmara dilaporkan selamat

Rentetan dari entry semalam mengenai Mavi Marmara, sedikit perkembangan terbaru mengenai nasib rakyat Malaysia yg ingin aku kongsi di sini.

Alhamdulillah, kesemua rakyat Malaysia yg berada di atas kapal Mavi Marmara dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Walaupun begitu, kesemua mereka masih dlm tahanan di sebuah penjara sementara yg didirikan di Haifa. Kapal Mavi Marmara telah ditunda ke pelabuhan di Haifa manakala lima buah kapal lagi yg turut serta telah ditunda ke Ashdod.

Dikatakan seramai 48 orang (setakat semalam) telah dihantar ke lapangan terbang utk pulang ke negara masing-masing. Manakala aktivis pro-Palestin dan mereka yg tidak mahu mendedahkan identiti pula masih ditahan utk siasatan dan hukuman.

Menurut tentera rejim Zionis, mereka bertindak utk melepaskan tembakan setelah diserang oleh sukarelawan sejurus mereka mendarat di atas kapal. Siasatan masih dijalankan utk mengetahui situasi sebenar yg telah berlaku.

Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar hari ini dengan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu menyifatkan serangan semalam sebagai pembunuhan yang dilakukan oleh sebuah kerajaan tanpa sebarang justifikasi.

Empat daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan iaitu Britain, Perancis, Rusia dan China menggesa sekatan ke atas Gaza ditarik balik dan siasatan bebas dilancarkan mengenai insiden semalam.

Malah sekutu tradisi Israel, Amerika Syarikat (AS) membayangkan bahawa sekatan itu sekurang-kurangnya patut dilonggarkan - Sumber dari Utusan Malaysia Online.

Dah jadi mcm nie pun, US tidak menggesa agar sekatan ditarik balik. Longgarkan sahaja? Kenapa mereka takut sgt dengan rakyat Palestin tu? Apa sgt la yg mereka ada. Senjata yg mereka ada sungguh tidak dpt menandingi senjata yg rejim Zionis miliki. Kereta kebal, senjata api, bom.. nak lawan dengan senapang dan batu? Buruk betul.. seolah-olah si abang yg gagah perkasa cuba membuli si adik yg kurus kering! Malu la sikit.

Menurut berita semalam, Rachel Corrie masih meneruskan perjalanan ke Gaza. Mereka akan tetap ke sana meskipun Israel telah mengancam akan menghentikan flotila kedua.


Israel ancam halang flotila kedua ke Gaza

BAITULMAQDIS 1 Jun - Israel hari ini memberi amaran akan menghalang semua kapal bantuan kemanusiaan 'Flotila Pembebasan' dari memasuki perairan Genting Gaza.

Aktivis pro-Palestin telah berikrar akan melakukan percubaan lagi untuk melanggar sekatan rejim Zionis untuk memasuki Gaza, sekalipun misi terbaru mereka berakhir dengan pertumpahan darah semalam.

"Kami tidak akan membenarkan mana-mana kapal bantuan untuk sampai ke Gaza dan menghantar bekalan ke wilayah yang sudah menjadi pangkalan pengganas yang mengancam Israel," kata Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Matan Vilnai.
Beliau membuat kenyataan itu ketika penganjur 'Flotila Gaza' mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang menjalankan persiapan untuk menghantar dua lagi kapal bantuan ke Gaza, walaupun sembilan aktivis mereka dibunuh oleh komando Israel dalam serbuan ke atas kapal Turki, Mavi Marmara semalam.

Greta Berlin daripada Gerakan Bebaskan Gaza berkata, percubaan bagi melanggar sekatan untuk memasuki wilayah Palestin itu akan dilakukan dalam masa beberapa hari lagi.

"Kapal kargo Rachel Corrie kini berada di perairan Itali, manakala sebuah bot lagi masih dibaiki," katanya.

Sementara itu seorang komander tentera laut Israel berkata, anggotanya sudah bersedia untuk menghalang kapal Rachel Corrie dari memasuki perairan Gaza dan tidak akan teragak-agak untuk berkonfrontasi dengan aktivis, sekalipun serbuan ke atas kapal Mavi Marmara menyebabkan kematian.

Radio Tentera Israel melaporkan bahawa kapal Rachel Corrie dijangka tiba di perairan Gaza esok.

Seorang leftenan marin memberitahu radio tersebut, dia menjangka kapal itu akan ditawan dengan mudah.

Dalam siaran di Internet dari Ireland pada 20 April lalu, Global Peace Organisation berkata, Rachel Corrie dibeli oleh Gerakan Bebaskan Gaza untuk menyertai flotila bantuan itu. - REUTERS

Angkuh sungguh kenyataan yg mereka keluarkan!

Sebenarnya, Rachel Corrie dijadual utk bergerak bersama-sama Mavi Marmara. Tetapi, jika kita ikut twitter mereka, dari sana kita dpt tahu yg Mavi Marmara mendapat berita yg Rachel Corrie akan lambat sehari. Jadi, Mavi Marmara mengambil keputusan utk bergerak dahulu.

Kini, Rachel Corrie dlm perjalanan ke Gaza dan diiringi oleh kapal Challenger I dan Challenger II. Ia dijadualkan tiba di Gaza esok.

Kita tengok sejauh masa rejim Zionis nak halang mereka. Ketua kapal telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan sama sekali membuat sebarang serangan andaikata tentera Israel bertindak utk menaiki kapal. Jadi, tidak ada sebarang sebab utk rejim Israel menembak mereka.

Mesej Twitter terakhir dari Mavi Marmara sebelum mereka diserang

UPDATE AT 2.31PM

Wartawan, jurukamera Astro Awani dibebaskan

KUALA LUMPUR 2 Jun - ``Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel.’’

Kata wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26, ketika menceritakan mengenai layanan yang diterimanya ketika ditahan tentera Israel selepas kapal Mavi Marmara yang dinaikinya ditahan rejim itu, pagi kelmarin.

Menurut Ashwad, dia dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip, 43, kini berada di Jordan selepas dibebaskan daripada tahanan Israel dan menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air.

"Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan.

"Alhamdulillah, kini kami selamat,’’ katanya ketika menghubungi bilik berita Astro Awani pagi ini. - Utusan

Klik untuk mengetahui apa dihadapi oleh tahanan.

4 scribble(s):

sya_firwan said...

kenapa dlm kapal tuh dia tak letak batalion tentera..utk kselamatan dia org jugak..atau ade kapal pengiring ang terdiri dari askar2 ??

Liz Rohaizat said...

sya> if i'm not mistaken, Mavi Marmara diiringi oleh 5 buah kapal yg lain. (sama mcm Rachel Corrie yg diiringi oleh 2 buah kapal iaitu Challenger I dan Challenger II).

rasanya bkn diorg taknak letak batalion tentera. kalau ada tentera, mesti ada senjata. kalau ada senjata atas kapal, israel boleh tuduh yg diorg nak salurkan senjata pada tentera Hamas. logik x? so mereka dtg in peace without any weapon. kalau ada senjata, nanti dituduh nak serang Israel pulak.

lgpun, tiada sebab utk mereka takut dan tiada sebab utk Israel serang pada awalnya kerana Mavi Marmara ikut perairan antarabangsa yg sepatutnya tidak dimiliki oleh mana-mana negara.

sya_firwan said...

huhu..ye kan..angin je bile tgk israel..moga semuanye selamat..

Liz Rohaizat said...

dah selamat sampai ke m'sia pun. alhamdulillah.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.