Tuesday, June 29, 2010

Kecoh gambar Mat Gebu kena cilok dengan Majalah Saji!

I'm a big fan of food blog. Bermula dgn food blog dari luar negara, lama-lama suka jenguk food blog dari Malaysia pulak.

Dan Mat Gebu adalah salah satu kaki masak yg aku layan.

Sape tak kenal Mat Gebu? Rata-rata ramai yg kenal sebab hasil kerja dia mmg kelasss, you! Pandai masak, ambil gambar pun cantik. Ada koleksi pinggan-pinggan antik yg menawan. I loike!

Tapi baru-baru ni kecoh la psl Majalah Saji cilok gambar kek Mat Gebu. Gambar tersiar dlm edisi terbaru Saji. Bak kata Mat Gebu, sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina. Kalau ko yg snap gambar tu, mesti la ko perasan walaupun sekilas pandang kan?

Apa la Majalah Saji. Dah la tak minta izin, tak bagi credit. Buat malu je. Jatuh reputasi!

Dlm hal nie, dah byk kali berlaku kan? Orang ambil gambar anak kita, dia claim tu anak dia. Orang ambil gambar kucing kita, dia claim tu kucing dia. Setakat ni aku belum dgr la org ambil gambar suami kita, pastu claim tu suami dia. Harus hukum pancung kalau jadi mcm tu!

Kita dah buat watermark, pun org boleh hilangkan. Sebenarnya watermark pun tak selamat sebab kalau kita boleh masukkan watermark, org pun boleh keluarkan semula watermark tu. Tu yg aku belajar dari Digital Photography School eh. Jadi, tak la selamat mana pun.

Then, apa yg selamat? Jgn la jaja gambar sesuka hati.

Tapi kalau blog tanpa gambar, mcm tak best pulak kan? Hihihi.

Minta dijauhkan.

6 scribble(s):

nieda said...

isu plagiat ni x habis2..kt oversea dorang jaga benda2 mcm ni

Liz Rohaizat said...

nieda> kalau sesama blogger, lain cerita la sbb ada blogger yg selamba plagiat hasil org lain. ni MAJALAH SAJI. sepatutnya diorg tahu tentang isu HAK CIPTA kan?

Fid said...

saya kenal mat gebu dr myresipi.com

saya x faham awat wartawan malas kerja la ni ahhaa
ke sbb blogger lebih vogue????

Liz Rohaizat said...

kak fid> awat ayat akak skema je dgn sy nie? hehe..

kak, sy rasa sbb blogger bernama Mat Gebu lebih vogue. ye la, gambar cantik, resipi menarik. sah2 la wartawan tu malas nak kerja. terus cilok aje. senang.

*∽ IZAN ∽* said...

Bagus betul entry Liz kali ni.. memang betul tuu.. rasanya pernah terbaca law cyber kata tak salah amek hasil karya/gambar dari internet asalkan letak credit dah memadai supaya orang tau originality karya yg di ambil tu..

tapi kalau SAJI yang buat.. malu lah wehh.. memang jatuh standard la cam tuu hu hu hu.

kalau hasil blogger pun majalah dah amek.. apa maksudnyer tuh..? jeng jeng jeng

Liz Rohaizat said...

kak Izan> mmg x salah asalkan minta la kebenaran. kalau ye pun letak credit, kena minta kebenaran dulu.

apatah lg jenis yg x letak credit dan x minta kebenaran. lg melampau la kan?

walaupun setakat gmbr mcm tu yg diambil oleh kamera biasa, tetap ia hak milik tuan punya.

wartawan tu mmg patut malu la. mcm dah x reti nak buat keje pulak. mana etika kewartawanan yg dia belajar?

sian Mat.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.