Monday, June 21, 2010

Father's Day at Italiannies

Ni kali kedua kami menyambut Father’s Day bersama hubby. Father’s Day utk papa telah disambut awal sebab nak sambut dgn Mother’s Day sekali. Entry nye di sini.

Disebabkan kekurangan masa utk carikan hadiah for hubby, aku belanja dia mkn. Lagi senang sebab hanya perlu bawa dia ke restaurant.

Survey.. survey.. survey.. tak tanya dia pun tekak dia nak mkn apa. Nanti tak surprise pulak. (Invitation dihantar pada hari Khamis. Boleh pulak dia ingat Nuffnang yg hantar. Kecik hati I).

Fikir-fikir, aku dpt idea utk bawa dia ke restoran pertama yg kami pergi bersama Batrisyia.


www.italiannies.com.my

Itulah restoran pertama yg kami pergi selepas Batrisyia lahir. Masa tu, Batrisyia baru berumur 3 bulan. Kami sambut our wedding anniversary yg ke-2. Masa tu pun dah lewat beberapa minggu =)

Ni gambar masa tu. Batrisyia sgt.. urm, kecik dan bulat (walaupun tak la bulat sgt kan) dan muka mcm baby boy berbaju pink! Hehe..



Ni pulak muka kanak-kanak yg sama tetapi sudah besar.


Wah.. sgt nostalgik! Dia sudah besar.. sob.. sob.



Hingga perlu order Kid’s Meal utk diri dia sendiri dan wajib letak napkin di leher. Alolo… serious mcm dah besar.

Utk Father’s Day yg lepas, Italiannies ada promo khas.

FATHER CAN EAT FOR FREE!! Jadi, sesuai nak utk terjah utk memastikan bajet tidak lari. Kitorang mmg suka Italiannies sebab makanan kat sana mmg sedap!

At first, hubby mcm malu-malu je bila aku suruh dia pilih main course. Dah la Italiannies bagi dia special menu tanpa harga. So dlm hati, agaknya dia main teka main course mana yg tak berapa mahal demi memastikan my wallet tak rabak. Aku gelak dlm hati je la. Dia pilih main course yg paling simple tu. Then..

Me: Pilih je la. Hari nie fathers boleh mkn free la.
Hubby: Ye ke? (sambil pandang kiri kanan). Patut la hari ni ramai semcm je. Ok la, nak salmon!


Grilled Salmon Oreganato. Serious sedap!

For me? Shrimp Linguine. Sama je seperti our main course 2 tahun lepas. Saja nak mengimbau memori.

I think gambar yg ni lagi ok dari gambar yg aku ambil 2 thn lps.

Batrisyia? Ahaks, Batrisyia boleh dpt free kid’s meal sebab aku order satu main course. Jimat kan?

Strawberry Fruit Shake dan Strawberry Splash! *ahaks.. mode cinta di awang-awangan ke hape. Tiba-tiba ter sama pulak!*


Ni first time Batrisyia mkn strawberry.. duh!

Seperti yg aku pernah tulis sebelum ni, kena la pandai cari diskaun. Pada hari tu kami ordered:

Strawberry Fruit Shake
Strawberry Splash
Grilled Salmon Oreganato
Shrimp Linguine
Spaghetti Marinara

Tetapi kami hanya perlu bayar utk makanan yg telah di ‘bold’. Alhamdulillah.

We always come back to this restaurant kalau nak makan Italian food. Setakat yg kami cuba, mmg semuanya sedap. Service pun bagus. Waiter akan memastikan kita berada dalam keadaan selesa.

We had a great time yesterday. Seronok kembali ke tempat lama dengan Batrisyia yg dah makin besar. Sambutan Father's Day kami tak terhenti di situ. Will update next time.

Nota kaki: Ni bkn entry menunjuk. Dari entry nie, korang boleh tahu yg makanan di Italiannies mmg sedap dan mmg berbaloi jika memilih restoran yg menawarkan penjimatan! Skrg harus buat nota mcm ni utk memastikan tiada siapa yg salah faham.

7 scribble(s):

jfook said...

Happy Father's Day! Yummms food there!

fiza said...

Liz, terliur plak aku nengok gambo makanan nih (^_^). Pandai ko cari diskaun, nak kena buat mcm ni gak lah ☺☺☺

Marwa said...

Assalamualaikum..
Salam singgah..
Nampak menyelerakan je makanan tu..
mintak maaf tanya,halal ke restoran ni?
sebab bila tengok menunya ada yg guna wain...

adLedash said...

waaaa! sangat sedap! dan saye mmg sgt suke Italian food! waaaaa!!

Hayatie said...

huwaa..await tak habaq ni..hubby kompon suka pape yg bersangkut paut dgn italy ni..kdg2 perasan italian pun dah!..tambah2 klu free..hahhaha!

Min said...

tq dik for stopping by kat blog kak min. pohon doakan anak kak min ye... terima kasih. by the way, salam kenal...

kak min, UK

Liz Rohaizat said...

jfook> thanks for dropping by again! hehe..

fiza> ahaks, bab2 diskaun ni, kena rajin cari kot. baru tau promo sana sini

marwa> waalaikumsalam. masa awal pembukaan beberapa tahun lps, mmg xde status halal. tp skrg nie, dah ada. sebab dah ada la kami jejakkan kaki semula ke sana. malah, kat menu pun dah letak status halal tu. mmg ada menu khas yg guna wain tp dia separate kan. dan setiap makanan yg dicampur wain, akan diberitahu di dlm menu. so kita kena baca dan tanya before order. thanks for your concern.

adledash> suka italian food? boleh la cuba! sana ada byk jenis pasta dan pizza.

hayatie> alamak, xtau pulak hubby ko suka italian food. bkn dia penah demam korean food ke? hehe.. xpe, tunggu la thn depan

min> insya Allah kak. Semoga Mawaddah dipelihara oleh Allah dengan sebaik-baiknya

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.