Sunday, June 06, 2010

Entry hari Ahad

Entry telah di set utk di publish pada hari Ahad. Yer, korang je tak tau. Kebanyakan entries kat blog ni telah di auto-publish mengikut tarikh yg ditetapkan. Jadi jangan la ingat aku 'mengular' kat blog je di waktu kerja. Hehe.. *Mode defensive*

Owh, berbalik pada cerita. Di waktu entry ni tersiar, aku ada kat Seremban. Balik berdua dengan Batrisyia utk menghadiri majlis pertunangan rakan sekolah merangkap mak angkat Batrisyia iaitu Cik Siti Khadijah Adam atau boleh saja panggil dia Kd atau panggil je mcm Weed suka panggil; Kedirosa.

Hubby? Dia kena attend his primary school reunion. Takpe la, bagi chance dia jadi bujang sekejap.

Kami pulang menaiki pink coach. Will talk about that later.

Dlm 4 org gadis Seremban (perkataan 'gadis' hanya merujuk pada kami 8 tahun lepas), hanya Kd sahaja yg belum berkahwin. Seorang sedang dlm pertimbangan utk menambah anak manakala 2 org lagi sedang menghitung hari utk melahirkan anak masing-masing.

Ini gambar kami semasa semua orang belum berkahwin! Hohoho.

Kami melepak di McD dari pukul 8 sampai erk, pukul 11 kot.. lupa dah

Best! Maksud aku, melepak tu best. Borak-borak kosong sampai buka rahsia masing-masing sambil mkn benda-benda yg berkalori tinggi! Wohoho.. lama tak buat camtu. Lama tak mkn tanpa perlu memikirkan kalori.

Hari ni, kami berkumpul atas sebab lain. Kd nak bertunang kan? Wajib pergi. Even mama sendiri ckp, "Mesti pergi! Mana boleh tak pergi! Nanti mama tempah kuih. Along bawa pegi sana". Yes, madam!

Ye, kuih dari makcik yg pandai buat segala mcm jenis kuih tu (Dilla tau la nie sbb dekat dengan rumah dia). Talam suji makcik tu mmg terbaik! Paling sedap aku pernah mkn seumur hidup! Yum yum..

Alamak, entry aku dah mula ke laut!

Nama pun auto-publish. Sah-sah la takde gambar. Kemudian eh, aku cerita psl majlis dia.

4 scribble(s):

ska said...

liz!!

ko bwk kuih talam suji??!! aku langsung tatau psl kuih tu. huhu

anyway, THANX BYK2 sbb sanggup balik naik pink coach utk attend kenduri aku. huhu.. terharu lah kt korang baby blues sume. i lap u all!! hehe

Liz Rohaizat said...

pembetulan, aku x bwk kuih talam suji. aku ckp, kuih talam suji makcik tu paling sedap aku penah mkn. ko pun ken amkn kuih makcik tu kan? ala, kuih yg ada time akikah batrisyia tu. yg ko mkn n kata sedap tu.

aku bawakan apam manis (yg kaler coklat) utk ko. sedap gak! tp x nmpk family ko keluarkan. so xtau la abg ko bg kat sape sbb aku bg kat dia kotak besar tu.

naik pink coach x best ok! horror experience. will share about that later.

ska said...

owhhhhhh... apam coklat tu ko ke yg bwk. letak dlm kotak kek kan? kitaorg buat minum ptg smlm. family aku ckp, pihak KH yg bwk. tula, dtg lg serentak dgn pihak lelaki. :p

anyway, thanx byk2... :D

Liz Rohaizat said...

aku dah agak dah! mesti abg ko ingat aku dtg dgn pihak KH!!! sbb time tu diorg kelam kabut nak sambut bakal besan. hahaha.. ape la abg ko nie. kalau pihak KH yg bwk, mesti la letak kat dulang ke.. jgn dikata tu hantaran sudah!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.