Monday, June 14, 2010

Engagement ceremony of Siti Khadijah and Wedding Ceremony of Nurul Amalina

Bulan ni ada banyak wedding invitation yang perlu dipenuhi tapi tak semua kami dpt hadiri. Maaf jika kami tidak muncul. Ni entry khas sempena pertunangan rakan; Siti Khadijah Adam dan perkahwinan jiran; Nurul Amalina. Layan gambar la yer. Nak buat full coverage, rasa mcm tak perlu kot. Let the pictures tell the stories.

Ok la, cerita sikit la.

ENGAGEMENT OF KHAIRIL & SITI KHADIJAH

Akhirnya 2 insan ni selamat ditunangkan. I’m happy for Kd sebab dia dah melalui byk kisah duka. No offense ye Kd tp aku mmg betul-betul happy sebab akhirnya ko berjumpa Khairil. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Kali ni, aku pulang bersama Batrisyia sahaja dengan menaiki komuter. What a horrible experience eventhough we sat in pink coach! Sebab byk lelaki yg memekakkan telinga dan buat derk je. Muka tak malu masuk pink coach walaupun telah dihalau oleh kami.

Anyway, Kd telah memilih warna purple sebagai warna tema manakala pelamin mini dihiasi dengan hiasan berwarna pink dan purple. Such a sweet combination! Rakan-rakan rapat pula telah sepakat utk memakai baju warna biru. (Supposed to be baby blue tapi semua org dtg dgn warna biru yg berbeza-beza).

Batrisyia pula dipakaikan baju kurung berwarna biru. Ni baju raya eh!! Tapi sebab dia excited masa sesi mencuba dan nampak comel pulak, terus pakai je time pegi rumah Kd. Tak kesah la sebab tu baju raya utk hari kedua.

Tak sempat nak snap byk gambar sebab kena keep an eye on my daughter. Dia berjalan sesuka hati dia. Risau dia turun naik tangga.

Urm, katanya adik beradik angkat Batrisyia dijemput hadir tapi tak pulak nampak. Kalau tak, boleh bergambar dengan mak angkat diorg; Siti Khadijah Adam nie.


Mini pelamin yg sgt cantik dan sweet

Ketika sesi menyarung cincin. Tak dpt nak snap lagi.

Semua sporting mengenakan baju biru. Anak-anak pun turut serta

Anak angkat bersama mak angkat

Nota kaki: Kd, kalau nak mana-maa gambar, sila beritahu. Nanti aku send.


WEDDING OF NURUL AMALINA & FAIZAL

Ni pulak wedding jiran depan rumah. Warna tema kali ni, purple jugak. Skrg mmg ramai guna purple kan? Tgh musim. Seperti kenduri-kenduri lain, mereka merewang juga. Alhamdulillah, lauk sedap-sedap belaka. Tuan rumah risau sebab selama ni, pakcik Said jadi ketua tukang masak di kenduri kendara orang lain. Ni bila sampai turn anak sulung dia, dia agak risau sbb org lain yg jadi ketua tukang masak. Hehe..

Layan gambar saja la ye.



Burung di bunga pahar

Ibu bapa pengantin

Adik lelakiku yg selalu di booked ketika kenduri kahwin.. :p

Anak dan bapak yg memakai baju warna sedondon!
(Bapaknya.. knp tak belikan baju saya warna sedondon jugak?)

Maknye yg off-theme dgn bapak dan anak tp
warna tudung sama warna dgn theme pengantin

Batrisyia dpt 3 lolipops tapi satu pun dia tak mkn.
Tunggu besar sikit ye.

Batrisyia: Umi, kenapa rasa mcm dejavu eh?
Batrisyia pernah duduk dlm pouch nie ke?

Umi: Isk, masa tu Batrisyia kecik lagi la. Kenapa boleh ingat?

Nicely decorated cake!

Shrimp salad?

Tiba-tiba 2 org budak pangkal ni kena bawa bunga manggar.. hehee.
Redha je la eh..

Terpaksa arahkan pengantin berhenti berjalan sebab nak ambil gambar diorg.
Tak sabar-sabar nak duduk kat pelamin eh?


I LOVE THIS PHOTO. Ala-ala dlm taman!

2 scribble(s):

Farah said...

banyak tema purple yer..yang mini pelamin tunang tu memang cantik la!

ska said...

tq liz for the entry. gambar aku nak semua. hahaha.. nnt email kt aku ye. thanx!!

aa thanx jugak bwk kuih apam tu.. :D

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.