Wednesday, June 16, 2010

Diskaun dan barang percuma ada di mana-mana jika...


Ketika subjek ape ntah, lecturer ajar kami tentang KEPERLUAN dan KEHENDAK. 2 perkara yg memberikan definisi berbeza.

Secara amnya, keperluan boleh dilabel sebagai “ko mesti ada/beli benda nie utk meneruskan hidup. Kalau takde, susah!” seperti barang dapur, rumah, kasut, baju, dan sebagainya.

Kehendak pula dilabel sebagai “ala, kalau benda ni takde pun takpe. Kalau nak, lain kali pun boleh beli” seperti iPhone (sedangkan anda ada Nokia phone), PS2 (tak main takpe kan?), kasut (sedangkan anda dah ada kasut satu almari), bercuti ke luar negara dan sebagainya.

Dengan keadaan ekonomi yg tidak memihak kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kita mesti cuba mencari jalan terbaik utk mengurangkan perbelanjaan demi memenuhi keperluan dan kehendak.

Kita dah terbiasa menunggu masa Mega Sales, Promotion, Buy One Free One. Dah terbiasa compare prices. Dah terbiasa menawar harga di pasar. Bukan selalu boleh dpt diskaun.

Sebenarnya, diskaun dan barang percuma ada di mana-mana jika anda tahu di mana nak mencarinya.

Masa kat MMU dulu, rajin jugak la mengambil tahu tentang benda-benda nie. Why? Because I love free stuff. Barang free, sayang la kalau taknak rembat kan?

Selain daripada diskaun yg sedia ada ketika Mega Sales, ada banyak diskaun lain yg menanti anda jika anda tau mana nak cari.

Hari nie aku nak share dengan korang semua. Semoga boleh mengurangkan perbelanjaan anda. Ada yg korang mmg dah tau tapi ye la, ada je orang yg tak tau.

TIKET WAYANG PERCUMA DAN DISKAUN 20% UTK POPCORN ANDA

Kalau korang sign up dengan Golden Screen Cinema, anda akan dpt FREE MOVIE TREAT ON YOUR BIRTHDAY dan 20% discount utk makanan dan minuman yg anda beli di sana pada hari itu. Sekeping tiket wayang utk korang. Boleh pilih apa-apa movie yg korang nak tgk asalkan ia bertanda asterisk (*).

BELI BUKU DENGAN HARGA YG LEBIH MURAH SECARA ONLINE

Di Malaysia, kita ada banyak kedai buku seperti Kinokuniya, MPH, Times dan Popular. Korang mungkin tidak tahu dan tidak sedar bahawa:

1) Korang akan diberi diskaun hampir 30% jika anda pre-order buku tertentu.
2) Korang boleh beli buku dengan harga yg jauh lebih murah jika korang beli di talian berbanding apabila korang beli buku yg sama di kedai buku tersebut. Online lebih mudah kerana buku tersebut dihantar terus kepada anda.
3) Utk MPH, mereka ada organize CLICK AND SAVE UP TO 50% ON SELECTED BESTSELLER EVERY MONTH. Sure happy kalau dpt beli buku dengan separuh harga!

Sometimes, diskaun ni tidak terdapat jika anda beli di kedai. Jadi rajin-rajin la masuk ke website diorg. Mcm aku yg suka baca buku, aku suka pergi Kinokuniya tapi kalau online, aku suka ke MPH sebab diorg ada bagi banyak discounts. Layari http://www.mphonline.com/welcome/welcome.aspx

KIDS EAT FOR FREE

Dulu keluar mkn berdua. Bila dah ada anak, kena la keluar mkn bertiga, berempat, berlima, bersepuluh! Ahaks. Sometimes, anak kita nak mkn byk. Tapi ada masanya, dia bukan nak mkn sgt tp masih nak kena order makanan utk dia sekali kan?

Walaupun kita selalu masak kat rumah, sesekali mahu juga makan kat luar. Kalau nak jimat, boleh la cari restoran yg menawarkan “Kids Eat For Free”.

Setakat penemuan aku, ni antara restoran yg menawarkan hidangan percuma utk anak. Jumlah bilangan anak yg boleh mkn percuma tertakluk pada restoran tersebut. Jadi tanya dulu ye. Jgn expect ko bwk 10 org anak, ko nak semua mkn free. Berpada-pada la weih.

IZZI Lifestyle

The Apartment ~ Ni orang cakap tapi tak berapa pasti akan kesahihannya. Ada sesapa yg boleh sahihkan?

TGI Friday – Kalau dine-in dan order adult main course, anda boleh dpt satu kid’s main course from STARS MENu secara percuma (Grill Cheese, Kid’s Fish and Fries, Nachos, Chicken Fingers dan Spaghetti Marinara)

Chili’s – Kids eat for free kalau parents ambil main course. Sama mcm kat TGIF.

Italiannies - Same with TGIF and Chili's.

Kalau pergi jalan-jalan kat shopping complex tu,rajin-rajin jenguk restoran kat sana. Usually, pihak restoran akan letak small promo banner di tepi pintu masuk. Kalau mereka offer “Kids Eat for Free”, korang boleh nampak kat depan pintu. So ingat je la. Maybe next time korang nak cuba mkn kat sane pulak.

Nak lagi jimat, masak je kat rumah =)

DISCOUNT AND REFILL FOR YOUR FOOD

1901 Hot Dog – Beli Chicago Beef/New York Chicken hot dog berharga RM 5.90 dengan harga hanya RM2.99 pada setiap 19hb di setiap bulan. Selalunya by lunch hour, dah habis!

Baskin Robin:
1) 31% discount only on 31st.
2) Wednesday is a pink day! Hanya perlu tunjuk apa-apa barang anda yg berwarna pink. Anda akan dpt Double Jr. Scoop utk price Single Scoop

Chili’s – Kalau terasa nak melepak dan menghabiskan masa berborak dengan kawan, boleh pegi sini. Order makanan dan make sure anda include “bottomless” soft drinks/fruit juice and potato chips!

PURCHASE WITH PURCHASE

Ni selalunya applicable kat groceries list. Go for barang-barang yg harga tidak tetap dan mahal. Walaupun korang belum nak pakai sgt, beli je la sebab ada kemungkinan harga tu akan naik. Nanti bila dah mahal, tak boleh jimat dah.

Let say org kat rumah mmg suka minum fresh milk dan seminggu akan habis 2 kotak. Daripada beli 2 kotak dengan harga utk 2 kotak, baik korang beli twin packing. Anda dpt 2 kotak dengan harga yg murah sedikit.

SIGN UP FOR LOYALTY PROGRAM/REDEMPTION REWARD

Just name a few.. BonusLink, Jcard, Kad Mesra.. malah kedai gunting rambut dan cuci kereta pun dah ada loyalty program tau!

Mcm BonusLink, Jcard dan Kad Mesra, korang kena kumpul point. Dan kemudian point boleh redeem barang atau mereka ada beri Cash Voucher. Mcm kedai gunting rambut yg aku selalu pergi, dia akan beri mata setiap kali aku datang, bergantung pada servis apa yg aku pilih. Bila cukup, boleh dpt free hair treatment. Kalau kedai cuci kereta yg hubby selalu pergi, cuci 7 kali.. yg ke 8 boleh dpt free. Free is good!

GO FOR ONLINE CONTEST

.. di mana korang tak perlu nak berhempas pulas sgt dan menawarkan hadiah dan diskaun. Sometimes, ada contest yg beri satu hadiah utama dan peserta lain akan dpt consolation prize berupa diskaun utk brg-brg yg ditawarkan oleh pihak penganjur.

SIGN UP WITH NUFFNANG

Should I say more?

NAK KE WATER PARK TP HARGA TIKET MAHAL?

Kalau nak free, boleh ke jeram-jeram yg banyak kat Malaysia nie. Sambil-sambil tu leh bawak bekal dari rumah atau buat barbeque aje. Kalau kat water park, tak boleh bawa masuk makanan luar.

FREE WRAPPING

Dpt mcm bulan nie yg ada byk kenduri kahwin, mesti la nak kena sediakan hadiah utk kawan-kawan rapat yg kahwin kan? Kalau yg tak berapa rapat tu, leh hulur sampul je.

Kalau beli hadiah, aku akan beli di Jusco sebab aku ada JCard. Melalui JCard, boleh dpt free parking for the first 2 hours, boleh dpt diskaun ketika membeli, boleh kumpul point dan paling best, boleh minta service counter balutkan hadiah kita. Nak jimat, guna saja free wrapper dan mini card yg ditawarkan oleh counter. Kalau ada stok, diorg akan tampalkan sekali ribbon yg cute!

Mcm baru-baru nie, I bought 2 gifts for my parents and friend. Perlukan 4 wrappers dan 2 mini cards utk balut kedua-dua hadiah sebab hadiah utk my parents tu sgt la besar gedabak. (I'm glad they like it very much).

Kalau la beli sendiri, sekeping wrapper berharga RM2 dan sekeping mini card berharga RM 1. Kos kalau beli sendiri berjumlah RM10.

Tapi bila service counter yg tolong balutkan, jimat RM10!


Kita belum tentu kaya jika berjimat tapi sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan perbelanjaan kita, betul tak?

Anyway, kalau ada sesapa nak beritahu tempat-tempat yg menawarkan diskaun dan Kids Eat for Free, sila tinggalkan komen. Aku akan terus update komen korang ke dlm list. Boleh jadi rujukan di masa depan.

Thanks!

10 scribble(s):

llizam said...

thanx for sharing this wonderful infos!

tak kawen lg, tak dpt amalkan kids eat for free tue. ngeh3 ;p xper2, belajar dr yg berpngalaman kan. hihih

http://llizam85.blogspot.com/2010/06/adikku-si-leftenan-muda.html

Liz Rohaizat said...

llizam> yg lain boleh guna kan? hehe

IHSAN KHAIRIR said...

eh ye ke free wrapper? aku pakai jusco card still kena bayar rasanya... tapi mmg dia wrapkan cantik2 lah...

maybe aku tak cakap nak free wrapper kot... sebab aku tak tau... so dia senyap je.

Nina Nurziana said...

best best ;)

Liz Rohaizat said...

ihsan> kalau ko pilih wrapper dan mini card yg cantik2 diorg jual kat tepi tu, mmg ko kena bayar sendiri.

kalau ko bwk brg tu dan minta dia balutkan tanpa bg dia wrapper, dia akan tanya samada ko nak guna wrapper from Jusco atau nak beli. kalau ko perasan la kan, wrapper from Jusco nie warna hijau, kuning dan merah. takde corak. cuma ada tertulis "Jusco" byk2.

mini card dia pun simple je. tp ok la.. kalau beli pun, org koyak dan buang kan?

nina> ye. ada apa nak tambah?

nieda said...

thanks for sharing info..

IHSAN KHAIRIR said...

oooo... baru aku paham... thanks for the info liz

p/s: lama tak jumpa ko... sejak depan farmasi kat ttj tuh

Liz Rohaizat said...

nieda> welcome

ihsan> mcm la jauh sgt kan? hehe.. jom la jumpa. tunggu aku blk sban. ko stay sban atau tmpt lain?

MarDiah said...

get friends to share big bulk items... currently beli cd online. ada member dok pasir gudang, dia dah biasa beli dgn this supplier, so byk dpt benefits... free postage, more discount.

Liz Rohaizat said...

nadi> mak-mak ken apandai jimat kan?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.