Friday, June 18, 2010

Cuti setengah hari

I'm on half day leave today! Nasib baik la boss approved borang cuti yg dihantar last minute tu! Kalau ikut rule, kena hantar sebulan awal ye.

Kenapa cuti setengah hari?

Petang nie nak ke JB utk menghadiri kenduri kahwin yg berlangsung esok. Jadi kena la pergi hari nie. Hubby nak gerak di waktu siang utk mengelakkan dia daripada mengantuk di waktu malam. Dia kata, tiap-tiap hari bawa kereta, mata dia pun penat jugak. Tau nak boring bawa kereta ke sana sini. Aku faham.

Bkn senang nak pergi JB sbb takde apa nak dibuat di sana. Kalau sempat, insya Allah nak la jalan-jalan.

Batrisyia pulak mcm nak demam sejak ptg semalam. Badan panas. Dah 2 kali bg dia ubat demam. Harapnya dia sihat la ptg nie. Nak berjalan jauh, susah jugak kalau dia crancky dlm kereta nanti.

Orait, nak sambung buat kerja. Ahad nie Father's Day. Apa perancangan korang? Ahaks, sesapa yg nampak kitorang kat The Gardens dan Mid Valley hari Ahad nanti, tegur-tegur la ye.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.