Wednesday, June 30, 2010

Cross stitch, anyone?

Setiap orang mesti pernah ada hobi. Hobi akan berubah seiring dengan umur dan status diri kita.

Kalau masa kecil-kecil dulu, hobi aku ialah mengumpul badge dan bermain. Mcm-mcm permainan yg kitorang main sampai ke skate board pun aku pernah cuba. Tapi tu dulu la eh!

Bila dah besar sikit, dah mula jadikan membaca sebagai hobi dan alhamdulillah, hobi tu melekat sampai sekarang. Daripada tawaf satu shopping complex utk check segala diskaun dan barang-barang on sale, aku lagi suka terperap kat kedai buku berjam-jam. That's me.

Salah satu hobi yg aku pernah ada ialah jahit cross stitch. Boleh tak dulu ada sorang mamat nie ckp, dia tak sangka aku pandai jahit cross stitch sebab dia tgk aku rock2 aje. Ceh!


Ianya bermula dengan mama sebenarnya. Dulu mak aku rajin la buat cross stitch. Cross stitch pertama yg aku nampak mama buat ialah gambar pasu bunga dengan bunga-bunga di dalamnya. Ralit kitorang menengok mama buat. Dgn benang yang bermacam warna, cantik-cantik. Mcm senang aje la kan?

Entah camne, mama ajar aku cara-cara nak jahit cross stitch tu. Last-last, bila dia tgh sibuk buat kerja lain, aku sambung pattern yg dia tgh jahit. Selamat siap dan now masih tergantung di ruang tamu rumah.

Sejak dari tu, rajin jugak la mencari pattern yg cantik utk dicuba. Bila masuk high school, terpaksa lupakan hobi ni sebab dah takde masa nak duduk menyiapkan pattern.

Pernah juga la terfikir nak buat cross stitch semula. Tapi mmg takde masa la nak buat. Urm, fikir-fikir balik, benda ni mmg ambil masa nak buat. Bukan boleh siap dlm masa sehari. Buat la slow-slow kan?


Cantik kan 3 patterns yg aku google ni? Rindu lak nak buat cross stitch. Setakat nie tak jumpa lagi pattern yg berkenan di hati. Aritu ada pegi kedai alatan menjahit. Boleh tak budak tu tak tau apa itu cross stitch? Bila tanya boss dia, baru boss dia keluarkan pattern. Apa daa! Tapi pattern yg dia tunjukkan tak cantik.

Mane eh nak cari pattern yg cantik-cantik? Ada sesapa tau tak kat kedai mana aku boleh cari? Teringin nak cari pattern berbentuk pemandangan. Dah 3 kali buat bentuk bunga. I had enough.

17 scribble(s):

ska said...

haha aku pon dulu ada satu time rajin buat cross stitch. tapi satu pon takde yg siap. ahhahha

jannahrais said...

liz...siyes skang takde pattern yang cantik la!!

akak rase kalo pattern dalam buku ade kot yang menarik.
akak penah gak gi kedai jahit kat town tu...huk alaaa..sedih tul tengok pattern yang ade.naik berabuk pun iye gak ketas pattern tuh.

amoi tu cakap orang banyak google je pattern skang..hahahah

Liz Rohaizat said...

kd> aah, aku ada ingat ko penah buat cross stitch.satu pun x siap? xde masa eh?

kak jannah> ahaks, betul kak! yg saya tgk pun byk yg berhabuk. nmpk sgt dah lama terperap kat kedai.

mmg boleh google tp kalau dpt ala2 kertas pattern yg warna merah mcm dodulu pun, rasa syok je. boleh selalu pegang.

kat buku mmg cantik2 tp kalau nak beli satu buku, mcm tak sesuai je. uhuks, sempat ke nak buat semua? hehehe

MarDiah said...

Pernah beli pattern.. tapi terperap sampai laa nie tak mula lagi... kena beli kain n benang nie... mak kite pun dulu rajin menjahit cross stitch nie..

liz, beli jek bukunya.. bila2 senang buat sikit2x.. tisya dah bsr leh laa menjahit. kite bdk tgh galak mengacau takleh nak wat pape..

Liz Rohaizat said...

nadia> mak awak pun cikgu kan? mak sy ckp, mmg ramai cikgu yg suka buat cross stitch lebih2 lg time musim exam.

adLedash said...

hobi saye jugee!! waaaaaa! rindu jugak nak cross stitch!! kain ade..benang ade..jarum ade...rajen je belom..huuuu!!

Liz Rohaizat said...

adledash> oh, ye ke? x sangka awak pun minat cross stitch. haha xpe, bkn boleh siap dlm masa sehari pun kan? kalau sehari siapkan dlm 10 baris, lama2 siap jugak

MarDiah said...

mak kite mmg suka menjahit. dia kalau dah mula menjahit, fana dunia... ikut arwah atuk dulu kot.. dulu baju kurung semua buat sendiri (cikgu dulu sempatlah... fokus ngajar jek) sekarang nie x dapek.. byk unnecessary burden kena bawak balik)..

Liz Rohaizat said...

nadia> betul tu. mak saya pun tahu jahit baju kurung, mengait, buat sarung bantal la, langsir la. even skirt masa kecik2 pun mak sy jahit.

tp tu dulu. pelik gak la. dlm pada kitorang masih kecil, patutnya dia byk keje sampai xde masa nak menjahit. tp skrg pulak yg xde masa. sibuk hal sek. meeting la, kegiatan luar la. mmg byk unnecessary burden!

Azni said...

dah lame tak buat cross stitch! salah satu hobby aku dl2. dah tak igt dah mane aku letak jarum and benang2 tu smua. a bit costly kan.

entry ko ni buat aku rindu nk ber-cross stitch balik :)

Liz Rohaizat said...

azni> oh oh.. bkn ko sorang sj yg rindu. aku pun tiba2 terasa nak pegi beli kit dia dan buat blk.

dah jd mak org ni, mcm dah xde hobi. mcm dah jd org lain. terlupa diri aku yg sbnr.

adLedash said...

kalo concentrate gile, mmg best ar...dulu suke sgt...xpe..nnti nak start balek..huuu!

Liz Rohaizat said...

adledash> betul, kalau concetrate, mmg x jd keje lain. dok ngadap tu je kan? dgn benang warna cantik2 tu.. isk, dah kronik ni. akak nak gi cari ar kit dia this weekend

nizacraft said...

Hi dear,
Nak cross stitch yg cantik-cantik..... singgah ler kat blog kak niza..... Bukan pattern sahaja, malah siap dgn kit lagi.... harga sungguh cantik....

http://nizacraft.blogspot.com

kalau nk full catalog, boleh request trough email...

nizacraft@gmail.com...

Glad if you can be my follower...

regards,
niza

Idah said...

dulu masa belum kahwin byk juga SL dpt siapkan, last2 semua tu ada tergantung di rumah mak mertua...sampai skrg masih ada...yg plg besar SL buat gambar masjid shah alam tu....

Liz Rohaizat said...

Idah> nak buat ni, kena rajin kan?

misz ixora said...



kat mana erk nak cari pattern cross stitch ni kalau dkt internet.. anyone tahu x? cari dkt kedai lgsung x menarik

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.