Monday, June 21, 2010

Cili Jeruk

Hari nie aku nak share satu gerai yg menjual Nasi Lemak Ayam Goreng, Char Kuew Tiau dan pelbagai jenis burger yg sedap!

Lokasi terletak di Taman Saraya,Cheras. Ia dikenal sebagai Det Station. Betul-betul terletak di tepi jalan dan berhampiran dengan Stesen Minyak Shell. Gerai nie baru buka selama beberapa bulan tapi mmg full house di setiap petang. Nasib la nak dpt meja. Kalau nak jugak mkn, kena la take away.

Gerai nie menawarkan nasi lemak yg sgt sedap. Sedap sbb sambal dia mmg kick! Hubby selalu ckp, kalau nak tau nasi lemak tu sedap atau tak, tgk ramai tak Cina yg mkn kat situ. Kalau ramai, maknanya mmg sedap sbb Cina hanya suka mkn nasi lemak yg sambal dia sedap. Wallahualam. Tapi kami pernah bwk seorang kwn Cina ke kedai tu. At first, dia taknak mkn. Jual mahal tau. Pastu hubby bagi rasa. Terus order Nasi Lemak sambal lebih. Hehehe..

Dulu kitorang curious jugak sebab tgk ramai je org yg mkn kat situ setiap kali kami balik ke rumah. Jadi singgah la. Mmg sedap! Sejak dari hari tu, kalau dah terdesak malas nak masak, pegi tapau saja di sana.

Selain dari Nasi Lemak, gerai ni ada jual Char Kuew Tiau dan burger. Kalau nak puas hati mkn char kuew tiau, sila order pinggan besar atau Char Kuew Tiau Special. Kalau order pinggan kecik, gerenti tak puas mkn. Utk burger, aku pernah cuba sekali je. Not bad.

Utk pengetahuan, gerai ni dibuka dari 4 petang hingga 3 pagi dan tutup setiap hari Jumaat.

Tempat tu memang selalu penuh. Kalau mkn kuew tiau yg ditapau, rasa tak puas mkn kat rumah sbb tak dpt menikmatinya dengan cili hijau jeruk!

Sudahnya, aku gunakan resipi cili jeruk yg dikongsi oleh kak Lemongrass nun jauh di Perth. Selamat dijeruk pada awal minggu lepas. Sekarang tersimpan dlm balang kaca mayonnaise di dlm peti ais. Mmm.. sedapnya dpt mkn dgn cili jeruk!

CILI JERUK

Bahan-bahan:
6-7 batang cili hijau ~ dihiris ikut tebal yg anda suka (aku suka tebal2)
Secawan air
Secawan cuka
1 sudu besar gula

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dlm periuk. Masak atas api hingga warna cili bertukar.
2. Simpan dlm bekas dan simpan dlm peti sejuk. (Lagi lama, lagi sedap!)

5 scribble(s):

faizah said...

tang mana exact location tmpt mkn nih?

Liz Rohaizat said...

hehe.. Tmn Saraya.

faizah said...

pulak, tang mana tmn saraya tu, kekeke

Liz Rohaizat said...

alamak, urm.. camne nak bg direction nie. haa.. ko penah pegi kenduri kahwin Nani-Wan MMU x? kot2 ko penah pegi la kan. dekat la dgn rumah parents Nani.

kalau xtau jugak, urm..

haa, gigih aku tlg carikan map utk ko. kebetulan ada blogger blogged about the same thing dan dia letak map. sila tengok:

http://www.buurps.com/2008/09/det-station-burger-nasi-lemak-ayam-goreng/

faizah said...

tau tau, ckp la area ceras baru tu :P

mekaseyy

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.