Wednesday, June 16, 2010

Baju kurung Pahang utk anakku hanya berharga RM15

Utk hari raya tahun lepas, Batrisyia takde baju kurung. Kami tak tempahkan utk dia kerana merasakan ianya tidak perlu. Masa tu Batrisyia sgt lasak. Jadi kalau berbaju kurung, takut tersadung ke, dia rimas ke. Mmg tak belikan langsung la.

Utk tahun nie, dia dpt 3 pasang baju kurung berwarna orange, biru dan pink. Orange dan biru masih belum siap dijahit. Kos menempah hanyalah RM15 sepasang. Kain pulak boleh dikatakan FREE sebab hanya guna kain lebihan baju kurung aku.

Ni saat masa dia mengenakan baju kurung buat pertama kali. Ni baju kurung Pahang warna biru. Sepatutnya dipakai pada hari raya kedua tp telah selamat dipakai masa majlis pertunangan Kd.

Aku pun tak pernah tempah baju kurung Pahang. Tiba-tiba dia pulak dah pakai dulu. Takpe sebab aku tak minat baju kurung Pahang.

First time cuba, terus taknak tanggalkan semula.

Kepala dia dlm gambar ni nampak mcm besar.. hehe..
Tapi suka gambar nie!


Masa cuba baju ni, mmg dia berkeras taknak tanggalkan baju nie. Last-last terpaksa ckp yg aku nak mandikan dia. Automatically, terus dia angkat baju minta tlg bukakan!

Aku rasa baju kurung Pahang mmg sesuai dengan dia sbb cutting tu besar sikit kan. Jadi utk Batrisyia yg lasak nie, mmg sesuai sgt la. Kalau baju kurung biasa, mcm muat-muat la pulak. Kalau buat besar, nampak baggy pulak dengan dia yg cheeky nie. Sudahnya baju dia yg lain pun dibuat baju kurung Pahang.

Tailor nie adik kepada kwn adik aku. Tak sure pulak dia tinggal kat mana. Dia mmg ambil tempahan. Hanya perlu beri dia baju contoh, dia akan jahitkan utk korang. Setakat nie, aku puas hati dengan jahitan dia. Mmg kemas. Upah jahit pun sgt berpatutan.

4 scribble(s):

rozila said...

comelnyer batrisya pki baju kurung...tp memang pun at this age lasak sangat..pki bj kurung pun leh sekejap jer...My Iris ada gak sepasang, pki time bgambar ry ptama jer...pas2 nk jln trs tukar...

Liz Rohaizat said...

setakat nie, batrisyia suka je pakai baju kurung. taknak buka melainkan sampai waktu mandi

ska said...

haha aku suka gambar dia yg 2nd n 3rd. hehehe

Liz Rohaizat said...

kd> ye la, yg 1st tu kurang sopan sikit sbb ternganga. hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.