Monday, May 03, 2010

Tiara Beach Resort, Port Dickson

Ini entry khas tentang percutian hujung minggu kami di Tiara Beach Resort. Sesuai dibaca utk pembaca yg perlukan lebih maklumat tentang TBR. Utk maklumat penuh tentang TBR, boleh rujuk di sini.

Kami tidak menempah bilik melalui TBR. Sebaliknya, kami menempah 4 studio room melalui PMC Resort. Menjawab kpd komen Na tentang bilik TBR yg sentiasa fully booked. Utk pengetahuan semua, TBR ni ada byk bilik dan blok tetapi bukan semuanya di bawah kelolaan TBR. Kebanyakan bilik telah dibeli dan diuruskan oleh orang persendirian. Jadi, kalau nak tempah melalui TBR, mmg asyik fully booked sebab bilik mereka tak byk. Tapi kalau tempah melalui org perseorangan, ada je kosong.

Kelebihan kalau tempah melalui org perseorangan, anda akan dpt harga bilik yg jauh lebih murah dr yg ditawarkan oleh TBR tetapi susun atur dan hias dlm bilik tu jauh beza sikit la dari TBR. Kalau anda setakat nak ada tmpt utk tidur yg selesa, boleh la sewa melalui orang perseorangan.

Aku pilih PMC Resort sbb dah kenal Fariz. Lama dah. Sejak kat U lagi. So tak ragu-ragu utk pilih PMC Resort sbb yakin tak kena tipu. Lagipun, kalau ada apa-apa hal, senang nak deal dgn Fariz. Ahaks, sorry ye Fariz atas segala soalan aku.

Kami dpt check in awal sekitar jam 1.30 petang. Cuaca panas terik pada hari tu. Jadi, kami berehat di bilik masing-masing sementara menunggu cuaca redup. Tak sanggup nak berpanas. Tapi aku tgk org lain, selamba je main air. Maybe bila dah berendam, dah tak rasa cuaca panas tu.

Pukul 5 petang, baru la kami semua turun ke water park. Utk water park di TBR, satu water park dikhaskan utk kanak-kanak. Ada mcm2 gelongsor air yg disediakan. Mmg penuh dgn kanak-kanak dan ibu bapa. Kolam kedua lebih kepada open space pool. Kanak-kanak perlu memakai pelampung kerana semakin jauh anda berjalan, semakin dalam kolamnya. Kolam ketiga dikhaskan utk orang dewasa. Kolam keempat dikhaskan utk aktiviti sukan air.

Tak dpt nak mencuba apa-apa teknik fotografi sebab pada hari tu, aku menjadi jurukamera + tempat simpan barang! Mentang-mentang aku tak boleh masuk pool, semua org nak simpan barang kat poket seluar aku. Pastu badan aku jadi tempat gantung t-shirts. Takpe korang.. aku bg chance la.

Mari layan gambar. Ada lebih seratus gambar diambil. Utk org yg tak sabar nak tgk kat rumah tu, aku upload sikit je nie. Yg lain, korang 'sedut' bila aku blk Seremban nanti la. (Sedut = download. Ni perkataan budak zaman sekarang)


Pada mulanya, Batrisyia takut nak main air.
Especially kat tmpt air yg mencurah mcm nie.
Maybe sbb bunyi air tu kuat sgt.

By this time, dia dah mula suka

Masa ni dah tak takut kena lambung dgn abi dia dah.

Then, pakcik-pakcik dan sepupu mula turut serta.

Apa motif paksu dia berposing camni?

Danish yg malu-malu


Kalau dtg sini, wajib bergambar dgn sotong kuning ini!

The Hafizs

Woit, mcm dah seminggu tak mandi je :p



Darwisy' menunjukkan skill dia (dgn bantuan Paklang)


Ewah ewah... ber dating kat tepi je ke?

Apa motif?

Budak kecik yg hanya akan senyum bila org sebut pasal 'gigi kapak' dia.

This is my personal comment about Tiara Beach Resort.

What I like?
- Water park yg sesuai utk kanak-kanak. Mmg diorg akan enjoy main kat sini.

What to improve?
- Lift mesti berada dlm keadaan yg baik. Baik bermaksud, berjalan lancar di mana tak perlu nak tunggu sampai 5 minit utk naik lift turun ke tingkat bawah. Puas tunggu, rupanya lift kat ground floor tu tak bergerak langsung! (Bkn semua lift buat perangai mcm nie)
- Keadaan kolam mestilah bersih. Mungkin tak 100% bersih. Tapi sekurang-kurangnya tidaklah hingga kekotoran air tu jelas dan nyata.

Guest, please..
- Sebelum naik lift, make sure korang tak la terlalu basah kuyup. Maybe korang boleh bwk tuala utk lap badan dulu. Or lepas main air, korang jln2 kat luar dulu utk 'tos' diri anda. Jadi, tak la lantai lift tu basah sgt. (Atau maybe TBR patut minta seorang pekerja jaga setiap lift. Boleh mop selalu.
- Sila jgn berkahak sesuka hati dan buang kahak ke dlm pool. Very disgusting, ok! Nasib baik aku tak mandi hari tu. Geli.

2 scribble(s):

CIK NANA said...

Nice pics + nice info!
Suka...........
:)
Sian Liz takleh nak join mandi manda!
Heheh, they look so happy!

Liz Rohaizat said...

budak2 mmg suka main air, kan? tgk anak org lain pun, jerit2 diorg main semua tu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.