Tuesday, May 18, 2010

Pisah tempat tidur

Dah lama aku perasan yg Batrisyia akan lena tidur selagi abi dan umi dia tak masuk tidur. Batrisyia masih tidur sekatil dengan kami. Kenapa?

1) Senang nak bagi dia susu. Kalau dia terbangun nak susu, boleh bagi susu sambil baring.
2) Dia sgt lasak. Kalau bagi dia tidur sorang-sorang, rasa mcm tak selamat pulak.
3) Semuanya sebab bonding.. ececece..

Okay la. Dipendekkan cerita, mmg Batrisyia susah nak terbangun dari tidur lepas dia ditidurkan sekitar jam 9 malam. Bila dia dah tidur tu, mmg rasa lega sgt sbb boleh selesaikan kerja-kerja yg lain. Kalau kitorang masuk tidur pukul 12 malam, maksudnya dari pukul 9 sampai 12 malam tu, dia takkan terbangun.

Tapi once kitorang masuk tidur, aku bg masa setengah jam je la. Mesti lepas tu dia nangis. Cari susu la, cari air la, cari roti la, cari bantal la. Kalau dia terbgn dan tgk aku tidur tak mengadap dia, pun dia boleh nangis. Ada je bendanya. Ia akan berlaku sampai la kitorang bgn pagi.

Kenapa la agaknya.

Sebab tu la, walaupun kerja rumah dah selesai sekitar 11pm dan patutnya boleh masuk tidur, aku akan lepak atau lelap sekejap kat ruang tamu. Pukul 12 malam, baru masuk bilik sbb nak bagi Batrisyia tidur puas-puas tanpa perlu terbangun.

Hubby cadangkan agar Batrisyia mula ditidurkan di bilik sendiri. Excited juga dgr cadangan dia. Tapi boleh berjaya ke? ;-) Ala, tak puas la nak berkepit dgn dia time tidur. Dia baru umur setahun 7 bulan.

Apa pendapat anda?

6 scribble(s):

Syigim said...

hi liz! alaaa....baru 1yr 7mths da pikir2 nk asing bilik? ciannnn dia hihi

i suggest buat transition tu pelan2. mcm i mmg my kids xpenah tido sekatil with us. tp we have a single bed yg sambung ke katil kitorang n diorang tido situ. now katil tu dah pisah plak, our bed hujung sini, diorang hujung sana. so far so good, wlaupun my 2nd boy 1yr 5mths kadang2 ngade2 nk menyendeng kat main bed. hihi.

soon, br nk pindahkan ke bilik diorang sendiri.

so i suggest, u pindahkan batrisyia ke katil dia sendiri first, but in d same room. then slowly br letak kat bilik dia sendiri. good luck! :)

Liz Rohaizat said...

syigim> haaaa, tu la.. cian kan? dah ler kecik lagi. (wah, ni mak je yg terlebih kesian, taknak pisah)

mmg rasa mcm mendadak pulak kalau terus pindah bilik. ada terfikir nak buat mcm syigim. letak lg satu single beg in the same room. akan diusahakan dlm masa terdekat.

thanks for your opinion!

anyway, ur latest post kat mombloggersplanet mmg best la. hahah, terkena kat batang hidup sendiri

p!nkerton said...

liz, aku pun setuju dgn syigim. mebbe boleh try tidurkan batrisyia kat katil dia sendiri dulu, nnt dah besar2 sket baru letak kat bilik sendiri ;)

Liz Rohaizat said...

fatih> dlm perancangan

Drama Mama said...

hahhhh my hubby pun dok suggest nak letak my boy in his own room tapi i tak setuju. macam takut dia jaga nanti and tengok kitorang takdak sure takut, sedih bla bla bla. hahaha. tunggu lah besar sikit kot. :-D

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Liz Rohaizat said...

drama mama> i rasa orang lelaki dan org perempuan ni, pemikiran x sama. si bapa x kesah kalau anak tidur asing. si ibu pulak kalau boleh nak berkepit dgn anak lagi. hahaa..

btul. selama ni bila anak terbgn mlm, dia nampak kita tido sebelah dia. kalau lain2 bilik, nanti terkejut pulak dia.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.