Wednesday, May 19, 2010

Pernah ada masalah penyusuan?

Alhamdulillah, masih ada kurang 5 bulan lagi utk menamatkan misi jangka panjang dlm penyusuan susu ibu. Sebetulnya, aku sentiasa ingatkan diri sendiri agar tidak terlalu stress dlm mencapai misi2 penyusuan. Kenapa misi-misi? Kerana aku bahagikan misi penyusuanku kepada 4 bahagian.

Misi 6 bulan, misi setahun, misi setahun 6 bulan dan misi 2 tahun.

3 misi sudah tercapai. Harapnya misi terakhir akan mampu dipenuhi. Bila aku bahagikan mcm nie, kurang stress dlm diri. Aku hanya buat yg terbaik utk capai semua misi tersebut.

Lepas habis keempat-empat misi ni, aku akan terus bf Batrisyia hingga ke saat dia berkata, "Taknak susu lagi".

Jgn sesekali kecewa kalau tak dpt menyusukan anak seperti org lain. Mungkin anda tak dpt menyusukan anak hingga ke umur 2 tahun tapi rasanya anda berjaya susukan anak selama tempoh berpantang kan? 2 bulan tu pun dah kira cukup bagus. Kalau tak berjaya utk anak pertama dek kerana kekurangan ilmu penyusuan, mungkin anda boleh mula mencari ilmu dan menghadiri kelas penyusuan agar ilmu tu lengkap ketika anda menghadapi anak yg seterusnya pula.

Tidak ada istilah gagal jika anda telah mencuba. Orang yg gagal tu ialah orang yg tidak mencuba langsung!

Bila masuk forum yg aku selalu jenguk satu tika dulu, aku baca thread yg org lain buka. Terasa mcm simple je masalah mereka. Sedangkan satu masa dulu, aku pun menghadapi masalah yg serupa. Betullah kata orang, bila kita berjaya mengharungi sesuatu masalah, kita akan rasa diri kita kerdil. Rasa mcm tak percaya yg kita telah berjaya mengatasi kesusahan tu.

Percayalah bila aku ckp, masalah penyusuan yg anda alami skrg mungkin akan dipandang seperti masalah kecil apabila anda telah berjaya menyusukan anak hingga ke tahap yg anda inginkan.

Kecoh sekejap bila new member marah sebab thread yg dia buka telah dipadam oleh moderator. Katanya, tak semua org ada masa nak jenguk old threads. So cara senang ialah dengan membuka thread baru. For me, kalau kita nak cari ilmu, rajin-rajinkanlah diri jenguk thread lama. Kalau benda yg sama diulang-ulang kat forum tu, orang pun naik muak nak masuk. Susah-susah, search aje. Kan ada search box. Tak perlu nak melenting bila thread anda dikunci.

Anyway, ni antara thread yg aku ada jenguk:

MENAMBAHKAN SUSU BADAN
- Rata-rata, ramai ibu yg cuba tambah susu badan terutamanya bila tgk jumlah susu kita makin kurang. Cara yg berkesan utk aku ialah dengan mengamalkan Pil ASI (rasanya setahun aku mkn pil nie), minum air longan dan soya, mkn kekacang, wajib mkn nasi, mkn pucuk manis dan peria. Paling penting, pumping /perah / direct feed susu mestilah antara 8 ke 12 kali sehari.

SIMPAN SUSU
- Masa mula-mula, mmg blur sbb tak tau camne nak simpan susu. Lepas belajar dari forum dan LC, baru la rasa benda ni senang je. Kalau dulu simpan pakai storage bottle dan bekas dadih, sekarang aku dah cuba guna liner.

SUSU SIKIT
- Susu sikit? Kalau masa berpantang, insya Allah susu anda akan melimpah ruah jika anda feed on demand, minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan mkn nasi berlauk yg boleh menambahkan susu seperti ikan dan sayur sawi. Masa pantang dulu, tiap-tiap hari aku mkn ikan cencaru goreng dan sayur sawi masak air letak black pepper. Punya la mkn sedap masa pantang. Haa, sampai bengkak susu melampau-lampau. Mau nangis kalau kenang sakitnya.

Even my doctor nasihatkan, kalau betul2 nak menyusukan anak, tak boleh skip mkn. Kena mkn makanan yg berkhasiat dan air mmg kena minum byk. Kalau tak, badan tak dpt bekalkan bahan mentah utk produce susu. Jadilah "susu sikit".

ANAK TAKNAK SUSU BADAN
- Alhamdulillah. Batrisyia suka susu badan. Jgn sesekali kacau time dia nyusu. Nanti dia bg jelingan maut.

MCM MANA NAK BG BABY INGAT BLK SUSU KITA
- Memandangkan aku takde isu relaktasi, aku hanay perlu ingatkan balik Batrisyia sejurus lepas balik dari kerja. Apa yg aku buat, sebelum pegi kerja, aku akan menyusukan dia. Then, sejurus lepas sampai rumah, aku susukan dia semula. Ni utk create semula bonding between mommy and baby.

Sampai la sekarang nie. Dia baru masuk car seat, dah ckp "Nak susu.. nak susu" sampai la kitorang sampai rumah. Kdg2 nak gelak sbb dia buat-buat nangis dgn harapan aku berhentikan kereta dan susukan dia dulu.

APA PERBEZAAN SUKATAN FM DAN SI
- FM dan SI adalah dua benda yg sama tapi tak serupa. 2-2 ialah susu tapi FM lebih mengenyangkan kerana ia sedikit sukar dihadam oleh perut anak. SI pula lebih mudah dihadam. Kerana tu poop baby yg minum SI mmg nampak lembik dan kekuningan. Bukan bermaksud dia cirit birit tp poop dia lembut.

Kalau anak minum SI, kita nampak mcm dia cepat lapar. Orang akan anggap susu tak cukup sedangkan SI yg anak minum tu sebenarnya cepat terhadam. Kerana tu anak asyik minta susu. Disebabkan itu ibu disaran bf on demand.

Baby yg minum FM mungkin memerlukan susu sebanyak 16oz sewaktu dia di taska. Batrisyia pula, memerlukan sekitar 24oz di waktu yg sama.

Kelmarin, Faiz tanya mcm mana nak buat air longan. Senyum je bila baca sms dia. Dulu, aku pun mcm dia. Bukanlah nak kata tak reti buat air longan tp sbb desperate nak tambah susu, terasa mcm ada resipi tersendiri utk air longan khas utk ibu yg menyusukan anak. Haha.. I know, very silly!

Air Longan Versiku

Sepaket longan kering (beli kat kedai sinseh)
Gula / gula batu
Air

Cara: Basuh longan kering tu. Then, masukkan dlm periuk. Masukkan air. Ikut suka nak letak air byk mana. Kalau nak cair, letak byk. Kalau nak pekat, letak la air ngam-ngam. Tambah gula. Tak perlu byk. Biar manis buah. Jgn manis gula. Rebus hingga longan kembang.

Tuang dlm jag. Rasa manisnya. Kalau perlu, tambah air. Sedia utk diminum.


Air longan memberi reaksi yg berbeza pada setiap ibu. Ada yg panas badan, ada yg batuk, ada yg anak kena kembung perut. Jadi tgk reaksi dulu ye. Mana la tau tak serasi.

Dan jgn la fikir yg air longan mmg gerenti boleh tambah susu badan. Ini pun ikut badan masing-masing. It works for me.

2 scribble(s):

faizah said...

aku memang tgh mengalami masalah. ebm is zero, esok mungkin kena jugak bg fm(semalam dah bekalkan fm, tp sib baik ebm aku bg tu cukup2 utk amir minum, sib baik amir dah mkn, so dia kurang minum)

mcm ari nih, td tgh ari pam 5 oz je, tak sempat nak pam every 3 hours, kekangan masa di pejabat, yg sempat time lunch je

pagi2 b4 kuar umah sekali pam, balik kje pam sekali

skang ni nak pam malam tak terbgn2 kekekek

adehhh

btw, aku tak try lg minum longan, ari nih baru laki aku nak beli mentang tu hikhikhik

lobak putih mmg seswai utk aku nak tambah susu, skang balik2 laki aku dah rebuskan lobak putih tu utk aku makan huhuhu

Liz Rohaizat said...

faiz, ada try Pil ASI tak? ramai dah cuba. katanya berkesan. aku mkn setahun.

tp aku rasa susu ko merudum sbb x cukup pumping/feeding.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.