Tuesday, May 11, 2010

Menulis untuk hubby

"Kalau abang ada blog, abang tulis psl benda nie"

Ok la abang. I tuliskan utk you.

Semalam, hubby terpaksa balik dari tempat kerja dengan menaiki bas kerana takde teksi yg nak berhenti di Jalan Yap Kwan Seng tu. Perkidmatan monorel tergendala semalam. Sebab tu kena naik pengangkutan awam yg lain. Disebabkan aku sendiri tak berapa sihat, dia tak benarkan aku ambil dia.

"Eii, rasanya dah 5 tahun abang tak naik bas kot" katanya melaluinya telefon sebelum dia naik bas. Dia maksudkan ni bas kat bandar, bkn bas ekspres.

Dia naik bas ape ntah. Tapi bas tu lalu Pudu, pastu lalu tempat lain dan akhirnya sampai ke tempat aku tunggu dia.

Ayat pertama yg dia sebut bila aku tanya pengalaman dia naik bas tu ialah...

"Huishh, takde orang lain dah. Bas tu penuh dengan Bangla!".

Tu la kejutan utk org yg dah lama tak baik bas. Bas merupakan pengangkutan awam pilihan bagi warga asing kerana tambangnya jauh lebih murah berbanding teksi dan LRT. Aku sendiri dah lama tak naik bas kat KL nie. Lagi selesa naik LRT.

Paling tak tahan, hubby bercerita tentang pemandunya.

"Dah la driver tu pasang lagu dangdut! Bukan dangdut yg biasa tu. Ni remix dangdut"

Kuikuikui.

4 scribble(s):

CIK NANA said...

ngeh ngeh ngeh.
nampak sgt lama x naik bas.
bukan bas jek, dlm train pun dah mcm kita lak yang ada kat overseas.
Indon ada, vietnamese ada, bangla jgn ckp, pendek kata : mcm2 ada!!

Liz Rohaizat said...

Na> betul tu! i'm looking forward to ride the pink couch. setakat ni masih belum available utk route Sban-KL kan? Kalau dah ada, mmg nak cuba. Terasa mcm special pulak.

Kalau tak tu, mmg berhimpit la dgn warga asing. x suka sbb ada antara diorg nie suka ambil kesempatan menghimpit. belum yg jenis penyeluk saku, meraba org. lg x suka bila pandang mcm nak buat benda jahat.

WanYgBest said...

ade kwn aku ni wat lawak liz....dia kata ...skrg ni gerabak wanita...esok2...gerabak warga asing...kui2..

Liz Rohaizat said...

wan> hahah.. good idea. tp kalau yg muka ala2 warga asing, camne? kang kena suruh pegi gerabak tu, sian pulak. hehehe..

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.