Tuesday, May 11, 2010

Lemah badan

Sebenarnya, sudah 5 hari badan ni lemah. Ditambah pula dengan batuk dan selesema sejak lebih seminggu yg lepas.

Bermula dengan hari Jumaat lepas. Kepala terasa seakan berpusing. Bukan pening kepala ye tapi kepala yg terasa berpusing. Hmm, susah nak explain.

Sabtu masih gagahkan diri pegi Jusco utk beli brg-brg. Tapi balik dari sana, badan dah mula rasa bisa sana sini. Malam tu hanya mampu terbaring saja selepas selesaikan semua kerja rumah tangga. Terasa nak selesaikan semuanya sbb dpt rasa yg hari esok, aku akan makin lemah.

Ahad, sakit satu badan. Orang lain rasa segar lps bangun pagi. Aku pulak terus takde tenaga nak buat apa-apa. Nasib baik Batrisyia pun tidur sampai 9 pagi. Kepala pusing, badan bisa.. complete set aku dpt.

Hubby beli sarapan kat luar dan minta lauk yg senang-senang utk dimasak mkn tgh hari. Masih mampu telan sarapan tp menjelang tgh hari, dah takleh masuk apa-apa dlm mulut nie. Lepas masak, aku baring.. baring.. baring.. sampai badan yg bisa dah jd lenguh. Dah la lapar.

Sudahnya ptg tu aku mkn toast aje. Malam pun toast. Pagi esoknya tu pun toast. Muka pun dah jadi muka toast.

Sebab sakit, hubby dpt tunjukkan skill dia buat foot reflexology 2 malam berturut-turut. Giler sakit! Mcm kena toreh dengan pisau padahal dia buat perlahan je. Mmg bagus betul la tok guru dia nie. Kenapa la ko ajar laki aku benda ni. Nampak sgt aku sakit satu badan sbb byk sgt point yg sakit bila ditekan.

Masih takde selera nak mkn nasi. Mmg tak boleh nak mkn berat-berat lagi. Lunch smalam mkn sushi 4 ketul aje. Kepala masih lg rasa pusing. Badan dah kurang bisa tp masih ada rasa sakit di beberapa tempat.

Aku ckp dgn hubby, aku rasa mcm ada benda tak betul berlaku dlm badan nie. Aku rasa semacam tp x reti nak explain.

Hari ni tak tau mcm mana...

4 scribble(s):

CHeeSYaNa said...

ada isi kot, Liz? ehehhehe

Liz Rohaizat said...

yana> ahaha.. tak kot. baru lps period.

kalau la ye, habis la. dah la siap mkn sushi, buat refloxology lagi. haha.. tp mmg x pregnant la. tunggu batrisyia 2 y.o. dulu

WanYgBest said...

hmm...kepala pusing....klu dlm audiology, ade term nyer...vertigo...either ko nmpk bilik berpusing atau ko rasa diri sendiri yg mcm berpusing. Tapi harap2 ko xde la sampai tahap vertigo tu. Amiinn... get well soon.

Liz Rohaizat said...

wan> aku rasa mcm aku yg berpusing. vertigo kah itu? sekarang dah ok sikit

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.