Thursday, May 06, 2010

Hujan Pagi

Aku mula dihantar ke pusat tuisyen ketiga di darjah 5. Pusat Tuisyen Atirah di TTJ. 1st floor, di atas BSN. Wah, mmg ingat sgt time tu. Kelas tuisyen dibuka utk pejar darjah 5 dan 6. Agak ramai juga pelajar yg masuk ke pusat tuisyen nie pada masa tu.

Masih ingat beberapa nama pelajar masa tu.. Aisyah, Rafidah, Mohd Izzudin, Nor Izzudin, Zulhelmy.. erk, sape lagi? Dah tak ingat.

Cikgu pulak.. aku ingat cikgu Maths dan cikgu Bahasa Melayu. Cikgu lain, dah lupa. Aku masih ingat cikgu Maths sbb rumah dia selang 2 blok je dari rumah aku. Cikgu Bahasa Melayu pulak mmg ingat sampai skrg sbb dia seorang albino.

Hari yg paling aku dan Rafidah suka ialah kelas hari Jumaat. Rafidah nie jiran masa kecik-kecik. Mmg kitorang akan pegi balik berdua. Kenapa kitorang suka hari Jumaat? Sebab hari tu boleh pegi ke perpustakaan bergerak. Perpustakaan bergerak akan park di balai raya. Masa ni mmg kena datang awal utk masuk awal ke dlm perpustakaan yg sempit tu. Kalau lambat, alamatnya tak dpt nak pinjam buku yg best-best.

Pernah kitorang terleka kat sana sbb time tu ada byk buku baru. Sudahnya lupa nak masuk kelas. Sampai ke kelas 15 minit lewat. Dah la math class. Aku masih ingat 2-2 Izzudin pandang kitorang dgn pandangan yg tajam seolah-olah berkata, "Apa korang nie taknak belajar ke? Nak main-main ke?".

Aku rasa minat membaca dlm diri ni dah ada sejak dulu. Sejak sekolah. Kalau time rehat, orang lain sibuk main, aku akan ambil buku cerita kat belakang kelas dan duduk baca kat meja. Malah, ada satu buku tu aku baca berulang kali hanya kerana ia menceritakan tentang pengembaraan seorang budak perempuan ke angkasa lepas!

Masa belek buku kat perpustakaan bergerak, aku terjumpa sebuah buku. Hujan Pagi yg ditulis oleh A. Samad Said. Masa tu mmg aku tau A. Samad Said tu merupakan seorang penulis yang bagus. Time tu, tak tau kot dia Sasterawan Negara. So aku pinjam. Dan aku baca.

Budak darjah 5 baca buku A. Samad Said yg tebal itu! Book worm? Or a geek?

Sumpah buku tu sangat best! Budak darjah 5 merasakan buku tu sgt best. My God, adakah aku tidak normal?

Sehingga sekarang, aku cuba cari buku ni di kedai-kedai buku tetapi masih belum ketemu. Jadi, jika korang ada nampak buku nie, tolong la beritahu ye. Teringin sgt nak baca buku tu lagi.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.