Wednesday, May 26, 2010

Hassle free online shopping

2 bulan lebih je lagi, kita akan mula berpuasa. Dah ramai juga orang yg mula buat persiapan raya. Paling kurang pun, dah beli kain ela utk buat tempah baju kurung, betul tak? Ada orang suka beli baju siap jahit. Ada pulak yg suka jenis ukur-baju-di-badan-sendiri.

Kalau masa aku kecik-kecik dulu, hari pegi shopping baju raya ialah hari yg memenatkan utk semua orang. Hehehe. Kira penat la sbb nak kena tunggu kelima-lima adik beradik dptkan baju yg sesuai. Jika masa tu kami dlm usia sekolah rendah, senang sikit kot. Yg perempuan, tunggu je mama carikan kain utk buat baju kurung. Yg lelaki, semua pegi ke brand Cute Marie dan beli je baju berpasang-pasang. Senang je nak pilih baju diorg tu.

Tapi bila masing-masing dah ada gaya-mutu-keunggulan ikut definisi sendiri, proses membeli baju raya yg dahulunya amat mudah menjadi semakin sukar. Masing-masing ada pilihan sendiri. Pening kepala. Ada baju lawa, tp tak berkenan. Lebih-lebih lagi kalau beli baju adik-adik lelaki. Adoi, aku sampai tak tau diorg ni suka design yg mcm mana (kecuali si Nazdri yg boleh dikatakan gaya dia simple tp smart.. so aku pun boleh tlg carikan). Kalau dpt Hasif yg sezaman dgn gaya Irwansyah, jenuh. Boleh patah kaki pusing satu mall!

Pengalaman ni dirasa setahun sekali je kan?

Trend sekarang, orang beli secara online. Kasut, beg, baju, seluar, topi.. cloth pad pun online tau. Maju gitu!

Adakah trend membeli secara online ni akan membuatkan pengusaha shopping complex pokai? Tidak kan?

Adakah trend membeli secara online membuatkan kerja kita semakin mudah tetapi kita dah x rasa keterujaan berebut dengan org ramai ketika memilih pakaian di hari raya?

Honestly, aku tiada jawapan.

Cuma ye la. Aku sendiri suka beli di talian sebab tak perlu bersesak, tak perlu drive. Dpt pulak hubby yg x suka tempat yg sesak. Dia lagi la suka aku beli kat online aje. Terus dihantar ke depan pintu office. Tapi mcm dah tak terasa buat persiapan raya je kan?

Apa tujuan entry nie?

Sebenarnya, aku tgh browsing baju utk Batrisyia. Hehehe. So kalau korang ada website yg best-best utk buat online shopping tu, sila la beritahu.

Online shopping ternyata mudah. Cuma pastikan anda buat urusan dengan orang yg dipercayai sahaja. Mcm mana nak tahu samada orang tu boleh dipercayai atau tak? Dan mcm mana nak pastikan kita takde masalah dlm urusan pembelian?

1) Lihat sejarah dia. Kalau dia dah berniaga sekurang-kurangnya selama setahun dan tiada komen negative (seperti baju koyak ke, lambat hantar ke) dari pembeli, insya Allah dia boleh dipercayai.
2) Lebih bagus jika penjual mempunyai showroom/outlet. Sekurang-kurangnya kita tahu mana nak cari dia.
3) Jika membeli pakaian, pastikan ukuran sesuai dengan si pemakai. Jika anak memakai M size, jgn terus beli M size kerana saiz setiap brand tidak sama ukurannya. Tanya ukuran baju dari penjual (seperti panjang baju, panjang bidang dada). Kemudian, buat ukuran pada anak. Usually, penjual tak kisah jika kita minta ukuran baju.
4) Sebelum membuat pembayaran, dapatkan no telefon penjual. Make sure anda pernah call/sms ke no tersebut utk memastikan no tu valid.
5) Pastikan no akaun utk membuat pembayaran tu sama dengan nama penjual. Jika dia beri akaun org lain, request utk dapatkan no akaun dia sendiri. Ini utk mengelak daripada penjual menafikan yg kita telah membuat pembayaran.
6) Jika was-was dengan produk, jgn beli atau buat penempahan. Jgn menyusahkan penjual deal dengan anda. Kalau anda jadi penjual, anda pun tak suka kan? Jadi baca tu T&C yg ditetapkan oleh penjual.

Kalau tgk sejarah, byk juga barang yg aku beli secara online. Kalau la ada orang buat service hantar sayur ke rumah (tinggal browse kat website dia dan pilih nak sayur apa) mcm kat oversea, rasanya mau je aku buat. Haha.. dasar semua nak senang. Tapi mmg ada la. Aku pernah tgk dokumentari. Tapi orang yg buat servis tu mmg dipercayai la sbb dia hanya bekalkan sayur yang bagus, berkualiti dan tak busuk aje.

6 scribble(s):

imee said...

Liz, blog ni dia tak jual baju baby, tapi dia review online baby shops. So ko bleh browse kat sini la kot, kalo malas nk check satu2 online shop. Dah le skrg byk gile org jual baju baby online.

http://babyshopaholics.blogspot.com/

p!nkerton said...

yezzza kan best kalo ada online shopping utk sayur ikan2 sume. tau2 sampai dpn rumah je *verangans*
online shopping sgt convenient kan, esp dgn pihak2 yg dah established. tau2 barang sampai je (tau2 duit akaun pun susut)

Liz Rohaizat said...

imee> sgt membantu url yg ko bg. aku dah rambang mata. tp ada blog yg aku selalu masuk, mmg ada review kat situ. kira ok la kot.

fatih> eh, jgn tatau. ada tau online shopping sayur, ikan, ayam, daging. aku penah tgk dokumentari tu. tp sudah lupa negara apa. ko just perlu masuk website and pilih apa yg ko nak beli. tp yg pasti, penjual tu mmg sgt bagus sbb dia hanya jual yg segar-segar aje. so xde la dpt sayur layu ke, bawang berulat ke, ayam busuk ke. aku ternganga tgk time tu.

WanYgBest said...

aku mmg beli sayur, ikan & barang dapur online!!! hehehe..kat sini big supermarket mcm Tesco, Asda, Sainsbury sume tu wat groceries shopping online, kita set date & time bile kita nak dia anta...ade la jadual dia utk kita pick... pastu, katakan sayur ikan or ape2 la yg dia anta tu kita x bekenan, kita leh ckp xnak amik, nnti dia tulis2 ape ntah kat hand-held machine dia, pastu nnti dia refund duit...sgt mudah la utk student yg x bekereta cam aku...

Liz Rohaizat said...

wan> oh, kat UK pun ada gak eh? aku pk2 mlm td. tp aku x ingat yg aku tgk tu kat negara mana. mmg sesuai utk mereka yg tak berkereta dan mereka yg bekerja.

WanYgBest said...

tu pasal la org uk ni gemuks2...hahaha....sume shopping online..ckp je nak ape, sume ade delivery. lgipun kedai2 sini tutup kul 5pm. ade certain je la smpai 9pm. Weekend lg la, bukak lambat, tutup awal. So, diorg mmg perlu online shopping nih, klu x, yg bekerja tu x smpat nak beli brg2 dapur.

btw, hr tu aku nampak ade advert kat ebay nih, dia jual husband dia...hehehe...mcm2 la diorg nih

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.