Saturday, May 22, 2010

Entry June 12, 2006

Saja jenguk yg old blog yg telah di private kan. Terjumpa entries tentang World Cup 2006. Byk rupanya entry aku tentang WC time tu. Ni salah satu yg aku suka sbb ada YM kwn-kwn.

***********************
ENTRY JUNE 12, 2006


Ni antara status kawan-kawan aku di YM a day before World Cup.

Azad - germany vs costa rica 12am tonite
azni - for footy freak..a few hours left
sari intan -world cup kick off kol bape wahai org oz?
wan - confirm..esok start "DEMAM"

Seperti mereka, aku juga excited menantikan perlawanan perbukaan, Germany vs Costa Rica tepat pukul 12 tgh malam. Tambahan pula, one of my fave team bermain iaitu Germany. Dari first time aku tgk World Cup, aku sentiasa sokong Germany and England. Perlawanan pertama World Cup yg aku tgk masa tu melibatkan Brazil. Tak ingat Brazil lawan siapa. Tu masa kat sek men. Budak lelaki dpt tgk kat kantin sekolah. Budak perempuan, tidak dibenarkan tgk kat bilik TV eventhough kitorang minta kebenaran from warden. Nak tgk punya pasal, kitorang 'pinjam' extension from musolla! Tgk bola tanpa suara sebab xnak org lain perasan kitorang kat bilik TV. Hahaha... xde la jahat sgt tp tu dah kira melanggar peraturan tu.

World Cup schedule yg terpampang di peti ais rumah aku.

So rasanya semua org dah tau Germany menang masa lawan Costa Rica. 4-2! Agak best jugak la perlawanan tu sbb 2-2 pasukan bermain hebat.Ingatkan Costa Rica x terer. Terer juga rupanya diorg. Ballack x main sbb sakit belakang so aku ingatkan Kahn yg masuk. Rupanya org lain. Tapi takpe la, menang juga Germany! :) Eventhough jarak perlawanan nie dgn perlawanan selepas tu hanya sejam, aku ambil keputusan utk tidur. Huhu, x larat nak tgk bola je.

Mlm tu pulak, pergi rumah makcik utk sama-sama tgk perlawanan England vs Paraguay. Saja je pegi tgk kat sana sbb family diorg suka England. Perlawanan x seperti yg aku harapkan. I mean, aku harapkan diorg boleh jaring byk gol since ramai yg terer kat team tu. Michael Owen, Steven Gerrard, Frank Lampard and David Beckham.. tu semua terer. Tapi Paraguay pun boleh tahan 'ganas'nya juga. Sedap-sedap je diorg tackle bebudak England nie. Frank Lampard byk kali kena tackle. Kesian dia, dah ler baru dpt main dlm World Cup. Kalau x tu, dok manjang injured je before World Cup. Pemain yg mencuri tumpuan on that game is Peter Crouch. Mak aii, tinggi menggalah betul mamat tu. 2 meter kan? Kesian tgk dia sbb byk kali faul.. kalau x silap, 7 kali.Nak buat camne, dah dia tinggi. Kalau dia melompat pun kena org, kalau x melompat pun org kena dia. Pada pandangan kitorang, referee yg sorang tu agak strict sikit. Orang tackle, kdg-kdg dia buat-buat tak nampak. Lagi satu, pemain England yg kena himpit dgn dua pemain Paraguay tp Paraguay dpt free kick. Apehal ntah referee tu.. x paham aku. Tapi x kesah la, England menang eventhough tu jaringan ketua pasukan Paraguay sendiri. Tapi kena paham juga la, kalau Beckham x bg free kick yg cantik mcm tu, mustahil bola tu masuk gol. Malam tu, bila tgk cara Beckham main, baru la aku tau betapa dia ada byk skill masa main bola sepak!
Sweden vs Trinidad & Tobago.. aku x tgk sbb adik aku x kejutkan aku bgn dr tidur! Huwaaa... tapi xpe la, diorg seri 0-0. Ok la tu.. at least Sweden x dpt 3 mata penuh. Kira terer juga la Trinidad & Tobago nie. Diorg boleh 'tahan' Sweden sampai x dpt jaringkan gol langsung. Nampaknya England kena main dgn bersungguh-sungguh Jumaat nie. Perlawanan yg lain pun aku x tgk sbb ada hal sikit.

Bila tgk kedai-kedai tepi jalan yg ada big screen and kedai tu penuh dgn org yg nak tgk perlawanan bola, aku terfikir alangkah baiknya kalau aku ada kwn-kwn perempuan yg suka tgk bola juga. Boleh lepak kat kedai sambil tgk bola. Boleh bersorak dgn org lain. Takpe la, tgk kat rumah je la gamaknya.. hahaha.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.