Monday, May 10, 2010

Don't talk rubbish about rubbish!

Aku nak berkongsi satu kejadian yg berlaku di Jusco AU2 pada hari Sabtu lepas. Cerita ni bukan utk condemn orang yg tak menyokong usaha orang lain utk mengurangkan penggunaan beg plastik. Kalau anda tidak mahu menyokong kempen ini, tidak mengapa. Tetapi jgn jadi bodoh seperti orang yg aku jumpa Sabtu lepas.

Kami ke Jusco AU2 utk beli groceries setelah meneliti senarai barang yg perlu diberi. Kiranya, byk boleh dpt kat sana. Jucso AU2 mmg tempat la sesuai utk shopping especially kalau korang bawa anak kecil kerana ia quite spacey jika nak dibandingkan dengan Jusco Maluri ke, Balakong ke, Mahkota Cheras ke. Biar la jauh sikit asalkan selesa.

Lagipun, Jusco mmg OKU dan baby friendly. Di information counter, korang boleh pinjam wheel chair, kiddie car dan stroller. Hanya perlu daftar nama. Bila ada anak mcm Batrisyia, mmg boleh distract dia dari mengganggu proses beli barang melalui kiddie car.

Senang. Masukkan je dlm nie. Terus dia senyap. Ala-ala main kereta mainan.



Bila tiba masa utk bayar, kami pilih satu lane nie. Ada sorang customer je. Tu pun barang2 dia dah nak habis kira dah. Jadi, mmg ingat kejap je la nak kena tunggu. Then, tersedar yg terlupa nak ambil tisu. Jadi, hubby dan anak pegi ambil tisu sementara aku menunggu di kaunter. Pakcik kat depan tu tak abes lagi.

Aku dgr perbualan dia dgn cashier. Mmg la aku tak ingat sepatah-sepatah ayat pakcik tu. Tapi lebih kurang camni la jalan ceritanya.

Sabtu ialah hari tanpa plastik. Jadi, Jusco mmg tak bg plastik kepada pelanggan. Kalau pelanggan insist nakkan plastik, satu plastik akan dikenakan bayaran sebanyak 20 sen.

Jadi, pakcik ni bertanya kenapa dia tak diberi plastik. Cashier ckp, Sabtu ialah hari tanpa beg plastik. Pelanggan disaran bwk shopping bag sendiri.

Pakcik tu tanya, mcm mana kalau dia nak jugak beg plastik? Cashier jwb, kalau nak beg plastik, diorg akan charge 20 sen utk setiap plastik.

Kemudian, pakcik tu mula speaking London. Dia tak puas hati. Dia kata, kalau dah namanya kempen, kenapa nak kena jual? Ni namanya dah ambil kesempatan atas pengguna. Bla.. bla..bla..

Lepas tu pakcik tu ternampak seorang officer yg kebetulan lalu di kaunter. Dia panggil officer tu. Dia tanya, ni apehal hari Sabtu takde plastik?

Officer tu menjawab, Jusco ikut kempen kerajaan yg cuba nak reduce penggunaan plastik. Jadi, hari Sabtu mmg takde plastik. Kalau nak jugak, kena charge 20 sen.

Pakcik tu marah. Dia kata, Jusco ambil kesempatan mkn duit pengguna. Ini tidak betul! Mana boleh buat mcm nie!

Officer tu menerangkan sekali lagi tetapi pakcik tu masih tidak menerima penjelasan mereka.

Mana Mr. XXX? tanya pakcik tu. Wah, pakcik kenal ke org kuat tempat nie? Aku tertanya-tanya jugak. Siap suruh officer tu panggil org kuat tu turun sbb dia nak argue dgn org tu pulak.

You tak boleh buat mcm ni, katanya. I nak perjuangkan hak pengguna. Panggil dia sekarang.

Mcm ni ke you berkempen? Berkempen tp mkn duit pengguna. Ni kalau I panggil press, I boleh buat press conference.

Ewah, besarnya ko pakcik oii! Sape ko eh? Kenapa aku tak cam muka ko? Sbb kalau ko famous, mesti aku kenal kan? Berckp mcm press tu pekerja ko pulak.

Believe it or not, dia membebel nak dekat 5 minit. Masa ni aku heran gak, mane hubby aku. Cari tisu sampai 5 minit. Hahaha..

Pakcik tu marah2 depan counter sampai taknak byr brg2 dia dulu. Dia nak plastik dan taknak byr 20 sen tu!

Satu keluarga Cina di lane sebelah hanya mampu pandang aku, geleng kepala sambil tersenyum sinis. Family ni beli brg lagi banyak dari pakcik ni tapi diorg sanggup bwk 5 shopping bags!

Aku kan tak suka kalau org tak sayangkan Bumi. Lebih-lebih lagi orang 'pandai' mcm pakcik ni yg ckp berapi-api tapi tak faham kenapa kempen ni perlu diadakan. Dah la aku tercongok je tunggu dia bayar brg dia. Sudahnya..

(Perbualan di bawah berlangsung dlm Bahasa Inggeris sbb pakcik tu kan speaking London. Aku ni pulak, kalau marah, mmg in English la jawabnya)

Aku minta pakcik tu bayar brg dia dulu. Dia taknak.

Pakcik: No. You have to wait. I want to speak for you, people.
Me: (Ada aku kesah?) No. can you please pay first? Because I don't give a damn about this "plastic thing". I don't mind at all. Seriously. (Sambil pegang my shopping bag depan mata dia)

Mungkin dia sedar yg aku perli dia. Atau dia sedar orang sekeliling pandang dia. So dia terus bayar. Tapi lepas tu, dia sambung kemarahan dia kat tepi counter. Dia kan nak tunggu Mr. XXX tu.

Masa turn brg aku, another officer tlg cashier tu kat counter.

Officer: Maaf ye dik. Tak tau nak ckp apa.
Me: Eh, takpe. Saya tak salahkan orang lain. Dia je. Tak faham kenapa dia ni tak faham. Susah kalau ada orang mcm nie.

Pakcik ni baru blk dari oversea ke? Rasanya, ramai yg dah tau bahawa hari Sabtu ialah hari tanpa plastik beg. Tapi rasanya orang kat luar negara tu lagi galak berkempen utk tak gunakan plastik beg.

Sungguh, aku kecewa dgn pakcik nie sebab dia memandang usaha orang ramai utk mengurangkan penggunaan plastik ni ialah sesuatu yg sia-sia. Katanya, byk cara lain boleh digunakan utk educate people. Bukan dgn cara tak bg plastik beg pada hari Sabtu.

Mmg betul. Ada banyak cara utk educate people. Tapi kempen ni pun boleh dijadikan sebagai langkah awal. Pada awalnya, orang mungkin akan merungut. Tapi bila dah terbiasa, dia mungkin ada tukar habit pakai shopping bag pada hari Sabtu kepada pakai shopping bag hari-hari. It takes time to train yourself, to change you perception, to educate your mind!

Kalau parents sokong kempen ni, anak-anak akan nampak. Mereka akan diajar sejak kecil. Insya Allah, perangai tu akan dibawa hingga dia dewasa. Impaknya mungkin tidak akan nampak sekarang.

Pakcik, kalau nak jugak plastik tu, apa kata pegi shopping pada hari lain? Tak payah buang masa argue depan counter dan buang masa orang lain.

Note: Aku bukan anti dgn org yg guna beg plastik sbb aku pun guna. Bukanlah tak guna langsung kan? Kalau plastik dah nak abes kat rumah tu, aku cari peluang jugak nak dptkan plastik masa pegi beli brg. Bagi aku, itu hak individu. Kalau ko nak pakai, ko pakai. Kalau ko taknak pakai, tak payah pakai. Cuma jgn la argue ttg hal 20 sen tu atau hal mkn duit pengguna ke apa. Sbb korang diberi pilihan. Benda ni bkn dijalankan setiap hari. Cuma hari Sabtu. Jadi nak juga guna plastik, pegi la shopping hari-hari lain.

Jadi jgn salah anggap dgn entry aku kali nie. Tak pasal-pasal lak ada orang nak marah kat aku nanti

18 scribble(s):

imee said...

kalau kat jusco 1 utama (kalau tak silap aku la) diorg mmg takkan bagi plastic bag kalau hari sabtu. tapi yg klakarnye, diorg bagi 'paper bag'. bukan paper bag yg biasa ada tali etc.. ni mmg kertas besar yg dilipat or envelope besar, depends on barang2 ko. tp tu kt dlm jusco nye la, not the supermarket.. aku tak sure whether diorg still buat lagi camtu tak, tapi mmg klakar gile tgk.. diorg takkan tanya nk plastik ke tak, terus sumbat kat dlm envelope. sib baik time tu aku dah ada reusable shopping bag yg kiut dan muat dlm handbag :D

Liz Rohaizat said...

imee> x penah pulak nmpk 'paper bag' yg ko maksudkan nie. ni groceries paperbag yg mcm kat overseas tu atau mmg sebijik mcm envelope? hehhe..

terpulang pd masing2 la kan. ada yg nak ikut, ada yg taknak. yg taknak tu, pegi la shopping hari lain.

Ely Hasrul said...

dia kata nk panggil press? hai mcm tau sgt la informasi terkini.. lps aje kempen ini dijalankn mmg kerajaan berura menimbang semula sbb ade yg pertikai kempen ini menguntungkan pasaraya sbb dpt charge plastic.. bagi aku senang aje. kalu tak mnyokong xyah soping ari sbtu atau beli aje plastik bag. kalu menyokong bwk bag sdr. kalu tak tahu kempen yg dijalankn yg aku rasa dh lama gak neh mmg susah la ko nk panggil press.. sure press bolayan..

Ely Hasrul said...

oh yea lupe plak. kalu kat giant umah aku terus dorg sumbat brg dlm kotak hahahaha xyah nk byk cite

fiza said...

Eeeiii...geramlah liz bila baca pasal pakcik ni, tak faham bahasa.

Aku pon baru tau pasal nih last month, sbb jarang shopping brg hari sabtu (^_^).

IHSAN KHAIRIR said...

kalau aku, aku kasi 20 sen kat pakcik tu, nah amik duit ni buat belanja plastik, kemut sgt.

Liz Rohaizat said...

ely> mmg org pertikaikan bab untung 20 sen jual plastik tu. tp tu la, aku anggap 20 sen tu mcm denda. kalau ko nak plastik, ko kena denda. gitu je la. tp x semua shopping complex tu ambil duit tu utk untung.

ada certain kedai (mcm 7E) gunakan 20 sen yg dia kutip tu utk program alam sekitar.

fiza> kalau jarang shopping, mmg tak tau kan? hehe.. agaknya kalau pakcik tu pegi McD kat Penang, lagi la dia nak argue kot sbb McD kat Penang peruntukkan 3 hari dlm seminggu tak guna plastik beg. (tak ingat hari apa)

Liz Rohaizat said...

ihsan> hahaha.. mantap sungguh idea ko! tp time tu aku tak terfikir sbb khusyuk sgt dgr bebelan dia yg merapu tu.

p!nkerton said...

haih org mcm ni mmg 'menyesakkan'. kdg2 drg ni nampak mcm pandai. argue pun mcm 'pandai' sgt, tp ntahapahapa la benda yg di'argue'nye tu. non sense & no point arguing pun! tskk!

kenwooi said...

so nonsense la.. if he doesnt wanna pay for the plastic then just leave la. just follow rules.. tsk tsk tsk..

Faizah said...

pakcik, kalo nak argue, pergi la argue dengan minister yg cadangkan mcam ni, dorang nih ikut apa yg kjaan cadangkan

pakcik nih tak baca paper ke ape

ayat aku kekeke

p/s dah p jusco nih jumaat lepas, 1st time, i ike, byk kedai mkn

Hasif said...

sian acik tuwh l0ng...ish3...

Liz Rohaizat said...

fatih> ye la, kalau argue benda yg betul, tak la kesah sgt. bila argue dan cuba sokong dgn hujah2 yg x brp betul, boleh buat aku gelakkan dia je.

kenwooi> i don't think he'll shop on Saturday ever again. tehee..

faizah> betul! situ mmg byk kedai mkn. aku suka sbb mmg luas sgt! anak aku nak main lari2 pun senang.

eh, pakcik tu baca paper la tp maybe section politik ke, business ke.. xde masa nak follow kempen2 selamatkan alam sekitar nie. x bawa untung pd dia pun.

aku x kesah. itu hak individu la kan samada nak guna plastik atau tak. sesekali, bila dah xde plastik kat rumah, aku pun cari plastik gak. tp jgn la sampai argue seperti pakcik tu. nmpk x prihatin langsung

Liz Rohaizat said...

hasif> apekah? haha.. ala, kalau ko tgk dia, x jd nak kesian. bkn pakcik biasa. ni pakcik korporat. takde masa aku nak kesian. ape kes suh aku tunggu dia bayar pulak.

MarDiah said...

pakcik tu sebenarnya kedequutt nak mampus nak bayar 20sen tu.. bodoh berbakul2... mcm besar sgt duit 20sen dia tu... layak ko kenakan dia macam tu.

Liz Rohaizat said...

nadia> sbnrnya tak terlintas nak kenakan dia. sbb kalau nak kenakan dia, boleh je aku tiba2 mencelah time dia berhujah.

tp bila aku suruh dia byr tp dia suruh tunggu atas alasan dia nak perjuangkan hak aku as pengguna, tu yg terkeluar ayat begitu.

serious, brg org lain lg byk dr brg yg dia beli tp dia yg buat bunyi paling kuat.

WanYgBest said...

blagak betul pakcik tuh...tak mungkin baru balik oversea, tu mesti jenis x aware ngan isu semasa, tak pun baru pas kuar dr gua...

kat US mostly pakai paper bag, kat UK hari2 adalah hari tnpa beg plastic...klu nak, kena byr tp ade jugak yg bg free. Dan byk jugak kedai x tak sediakan langsung plastic bag..so, pandai2 sendiri la nak kendong barang2

tu la org yg becakap tnp akal, ckp ikut emosi, teserlahlah kebodohannya...hak pengguna ape ntah yg nak diperjuangkan...klu masuk court pun kompem kalah. sebab kos buat beg plastic ditanggung oleh pekedai, so x salah kalau Jusco nak charge 20sen...kira cam jual la...

tetibe cam nak wat entry psl nih...kui2

Liz Rohaizat said...

wan> xtau la tp cara dia ckp mmg ala2 tokoh korporat yg dah lama xtau ttg hal ehwal kat mesia ni. kuikuikui. kalau la hubby aku menyaksikan kejadian nie, mesti dia nak mencelah.

nak diikutkan hati, aku pindah ke counter lain tp sbb semua brg2 aku dah susun atas counter, xde la maknanya aku nak punggah blk masuk troli.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.