Friday, May 07, 2010

Banyak cakap pulak


ENTRY 1
Entry ni bukan nak bandingkan Batrisyia dengan sepupu dia. Tak elok bandingkan sesama diorg.

Ramai juga yg concern bila tgk Danish masih bercakap bahasa Jerman sedangkan Batrisyia dah pandai sebut beberapa patah perkataan.

Mcm aku ckp, tak elok bandingkan. Setiap kanak-kanak akan mengalami perkembangan yang berbeza. Takde satu buku pun yg memberitahu bila kanak-kanak sepatutnya mula pandai bercakap.

So, jgn la risau sgt dgn Danish tu. Cuma mungkin boleh ransang perkembangan dia dgn bykkan bercakap bahasa yang betul dengan dia. Doktor ckp, kalau nak ajar anak sebut perkataan dengan betul, kita as parents jgn la ckp pelat/kurang betul dengan anak. Jgn marah anak kalau dia ckp pelat/kurang betul. Betulkan dia dengan cara yg lain.

Daripada bercakap begini:
Batrisyia: Yoyon
Umi/abi: Salah tu.. belon!
Batrisyia: Yoyon!
Umi / abi: Dgr betul-betul.. Belon. Bukan yoyon.

Atau begini:
Batrisyia: Yoyon
Umi / abi: Owh, nak yoyon ke?
Batrisyia: Yoyon
Umi / abi: Ye la, nanti kita pegi beli yoyon.

Bertukar la kepada begini:
Batrisyia: Yoyon
Umi / abi: Owh, nak belon ke?
Batrisyia: Yoyon
Umi / abi: Ye la, nanti kita pegi beli belon.

Ada nampak tak apa perbezaannya?

Menurut artikel yg aku baca dlm Pa&Ma, sebolehnya jgn la dimarah anak yg berckp pelat kerana anak yg dimarahi akan berasa tertekan dan takut utk berckp. Dia takut jika dia silap ckp, menyebabkan dia akan membuat kesalahan secara berterusan. Tapi kena la tgk umur anak jugak ye. Kalau dah masuk sekolah pun dia masih berckp pelat, kena la buat sesuatu. Jgn dibiarkan.

Bila Batrisyia sebut 'Yoyon', bukanlah bermaksud dia salah sebut tp dia sebenarnya masih belum berupaya sebut 'bel'. Anak-anak tidak mampu mempunyai semua huruf serentak. Ada beberapa huruf hanya mampu disebut setelah mencapai umur beberapa bulan dan tahun. Maaf, lupa pula huruf-huruf apa. Jadi, aku berfikiran positif. Batrisyia cuba sebut 'belon' berdasarkan kemampuan dia ketika nie. Jadi perlu ke aku ckp yg dia salah sebut?

Tapi kalau risau juga, dptkan nasihat doktor. Biar doktor evaluate. Hanya doktor yg dpt kesan samada anak anda mempunyai masalah atau tak.

Dari Batrisyia berumur satu hari, kami bahasakan diri kami Umi dan Abi. Ketika umur dia berapa bulan entah, dia dah tau sebut papa dan mama. Cuma mungkin dia cuma saja-saja ckp tanpa maksudkan apa-apa. Puas ajar dia sebut umi dan abi. Tapi dia tak dpt sebut jugak.

Kalau diikutkan, byk jugak perkataan yg dia tak boleh sebut walaupun kami dah ajar berkali-kali.

Ball, belon, atok, nenek, paklang, satu (everytime suruh sebut ‘satu’, dia sebut ‘dua’),

Masa tu terfikir, bila la dia nak dpt sebut semua ni. Asyik keluar bunyi lain je. Takde bunyi yg sama langsung.

Tetapi, dia berikan kami kejutan sejak beberapa minggu lepas. Yg dlm bracket tu, yg dia sebut sblm nie. Yg takde bracket tu, maknanya sblm nie mmg ckp bahasa Jerman.

Sampai masa yg sesuai, tiba-tiba dia sebut:

Belon = Yoyon (uuu.. sambil tunjuk pada belon)
Atok = Atok
Nenek = Nenek
Paklang = Palang
Kak Zeti = Tak Teti
Kak Farah = Tak Lalla
Basah = Acah
Abi = Bi
Umi = Mi
Lagi = Agi (gi)
Sakit = Akit
Taknak = Nanak
Dah = Dah
Sedap = Cedap (dap)
Kasut = Chus utk shoes (Achut) ~ dulu ajar dia sebut shoes, dia lg reti sebut kasut. Skrg dah terbalik.

Daripada kurang faham apa dia ckp, tiba-tiba kitorang jadi faham dgn apa yg dia cakap. Amazing!

Tak sabar nak tunggu dia pot pet tanya mcm-mcm soalan.

ENTRY 2
BLOG-LOG (For my future reference)

Date: 06 May 2010

11.29am - Dpt panggilan dari nursery. Sejak Batrisyia duduk di nursery tu, ni kali pertama aku dpt panggilan kecemasan. Seriously, hati mmg dup dap bila tgk nama yg tertera kat skrin cellphone.

Kak Reena ckp, Batrisyia dah muntah sebanyak 3 kali sejak pagi tadi. Dlm 3 kali tu, sekali muntah lepas mkn, sekali lagi muntah lepas minum susu.

Hubby is on leave. Sebab kereta kat dia, terus called dia dan minta dia tgk Batrisyia kat nursery. Aku minta dia tanya soalan-soalan di bawah:

1) Dia muntah banyak atau sikit?
2) Muntah warna apa?
3) Adakah dia batuk teruk sebelum dia muntah?
4) Adakah dia nampak lesu dan sakit?

12.00pm - Called hubby. Dia dlm perjalanan balik dengan Batrisyia. 2 daripada 3 pasang baju yg aku hantar ke nursery dah kotor sebab muntah. Cuba dptkan maklumat dari hubby. Dlm 4 soalan yg aku minta tanya, hanya soalan No. 2 je yg dia ingat. Jawapannya, muntah warna putih.

Hubby ckp aku tak perlu balik. Dia akan tgk keadaan Batrisyia mcm mana dulu. So aku bg instruction kat hubby:

1) Kalau tiba-tiba dia nampak sakit, call me (sepatutnya terus bwk anak pegi jumpa doktor kan? tapi aku tetap minta dia call aku dulu).
2) Jgn bg susu. Kalau nak susu, dtg office. Aku direct-feed.
3) Jgn bg makanan dan minuman manis.
4) Bykkan minum plain water.

1.00pm - Tried to call hubby but there was no answer. Called so many times.. then, I gave up!

1.50pm - Hubby called. Dia tak sedar phone dia vibrate. Sabar je la. Dia kata, Batrisyia ok. Siap dengar minah tu gelak kat blkg. Hubby kata, Batrisyia mkn nasi dengan byknya.

3.00pm - Hubby called again. Aiyoo, aku dah terbayang benda tak baik sbb my hubby takkan call kalau takde urgent thing. Rupanya dia nak bgtau yg dia bwk Batrisyia pegi playground kat Bndr. Sri Permaisuri. Dgr Batrisyia gelak-gelak. So mmg lega. Rasa mcm dia tak sakit.

4.09pm - Hubby called again. Ok, ni sebab apa pulak? Hubby bgtau yg Batrisyia muntah byk. Habis nasi semuanya keluar balik. Damn! Aku tanya, Batrisyia batuk ke sblm muntah tu? Hubby ckp, ada batuk sikit.

Then, hubby bgtau yg dia bg Batrisyia minum air soya.

He forgot my instruction. Hmm..

4.40pm - Hish, risau la. Tak boleh nak fikir apa dah. Tapi bukannya boleh balik sbb takde transport.

4.45pm - Called hubby. Minta dia jemput aku awal sikit. Fuh, nasib baik aku tergerak hati nak call. Dia masih lg di playground. Dia tak sedar yg jam dah hampir ke pukul 5 ptg. Dia ingat baru nak dekat pukul 4. Aiyoo...

5.45pm - Hubby sampai office. Batrisyia dah tido kepenatan. Jalan sesak. Lambat betul nak sampai rumah. Hubby ckp, Batrisyia muntah 2 kali. Maknanya total dah muntah 5 kali.

Tido dlm kepenatan

6.30pm - Sampai di klinik. Batrisyia ni penakut dgn doktor. Disebabkan dia tidur, mmg kalau boleh xnak kejut dia bgn. Kalau dia terjaga, lagi dia meronta-ronta bila doktor nak check dia nanti. So doktor keluar dari klinik dan buat pemeriksaan di dalam kereta.

Hasil pemeriksaan, Batrisyia tak demam, tak lemah dan tiada jangkitan kuman yg serius. Hanya ada kahak. Mungkin sbb dia over sgt batuk, cuba nak keluarkan kahak menyebabkan dia muntah. So doktor bg ubat utk cairkan kahak, ubat angin (sbb dah muntah byk kali so perut kosong) dan ubat muntah yg dimasukkan melalui punggung utk mengelakkan dia muntahkan semula ubat.

Alhamdulillah, Batrisyia tak muntah-muntah lagi hingga ke saat kami hantar dia ke nursery pagi tadi.

6 scribble(s):

Jiji said...

Liz kalo perasan kaan budak budak akan ikot turutan bunyi alif ba taa saa..

Liz Rohaizat said...

Jiji> Please explain. ikut turutan tu maknanya dia akan mula pandai berckp perkataan yg berbunyi mcm alif.. then ba.. then ta.. ke?

tak penah dgr lagi teori nie. kalau jiji dpt explain, lg bagus.

:cahya schatz: said...

salam...mai amek banner muttertag yer...

sya_firwan said...

ha ah liz..its take some time utk baby kurangkan pelat..cm qistina dlu dia sebut tak boleh - "tak toyeh"..skrg da ok da..

CHeeSYaNa said...

Liz - aku pon turut cuak baca cerita pasal batrisya muntah tu... mesti ko tak keruan duk kat opis kan... huhuuhuh.. nasib baik everything is OK.. tp naper takleh minum susu erk?

Liz Rohaizat said...

liza> muttertag? ni first time dgr. hehe.. thanks. selamat hari ibu jugak!

sya> betul. bg masa dulu. kdg2 bunyi pelat tu cam comei. tu yg rasa nak ckp pelat dgn anak sekali. tp lebih elok kalau kita ckp mcm biasa kan?

yana> skrg boleh la gelak. tp bila pk masa tu, mmg cuak. even doktor yg selalu periksa dia tu, keluar dr klinik dgn muka yg sgt concert. berkerut muka dia. aku pulak yg takut.

boleh je bg susu. tp sbb aku hantar frozen, aku ala2 pk frozen x sesedap fresh. so baik aku bg fresh di saat dia x sedap tekak nie. itu je.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.