Friday, April 02, 2010

What is Nuffnang?

Oleh kerana Nuffnang baik hati beri satu lagi CPM Campaign, terasa terpanggil utk bercerita tentang Nuffnang di sini. Aku pernah ckp yg aku xnak bercerita tentang cheque Nuffnang kan? Hehe.. xpe sbb aku takkan sentuh ttg cheque Nuffnang dlm entry nie. Cuma nak berkongsi maklumat tentang Nuffnang sebab ada beberapa orang dah bertanyakan soalan kepada aku termasuk la my hubby. Like I said before, dia rasa otak pengasas Nuffnang tu sgt bergeliga sbb hasilkan idea ini.

Hmm, where should I start? I think I should answer the below question first.

What is Nuffnang?

Jika anda seorang blogger, mesti dah tau apa itu Nuffnang. Kalau tak tau byk, mesti tau sikit. Generally, Nuffnang merupakan salah satu advertising company. Yang membezakan Nuffnang dgn advertising companies yang lain ialah ia menggunakan blog sebagai platform pengiklanan.

As we know, blog is a trend right now. 10 years ago, boleh kira dgn jari berapa ramai org yg ber blogging. Sekarang? Budak darjah 3 pun ada blog! It is a trend.

Disebabkan itu, blog merupakan medium terbaik utk sesebuah syarikat mengiklankan produk mereka. Kenapa? Dgn kos yg berpatutan, iklan mereka boleh dipampangkan dlm beribu-ribu blog di seluruh dunia.

We as a blogger boleh mencari pendapatan sampingan melalui Nuffnang. Apa yg anda perlu buat hanyalah mendaftar di bawah Nuffnang. Kemudian, anda hanya perlu memasukkan kod HTML Nuffnang ke dalam blog.

Sekarang anda dah dpt general view tentang Nuffnang. Next question is "What types of advertisement I can get for my blog?"

Terdapat 2 jenis kempen yg anda boleh dapat. Satu ialah CPC Campaign (Cost-Per-Click) dan satu lagi ialah CPM Campaign (Cost-Per-Impression). Apakah beza antara dua kempen ini?

Utk CPC Campaign, kempen akan berlangsung atas request pihak advertiser. Utk iklan under CPC, iklan itu akan ditayangkan di semua blog yg berada dlm Nuffnang network. Kenapa ia dipanggil Cost Per Click? Advertiser akan allocate sejumlah click utk iklan itu. Sebaik sahaja jumlah click telah dipenuhi, iklan tu akan stop dan bayaran akan dimasukkan dlm akaun Nuffnangers.

Berapakah bayarannya bergantung kepada berapa ramai pembaca blog anda click iklan itu. Jika pembaca anda berjumlah seratus tetapi yg click iklan tu hanyalah 50 pembaca, anda akan dibayar berdasarkan 50 clicks.

Tetapi harus diingat. Anda tidak boleh click iklan dlm blog anda sendiri atau terlibat dengan Geng Klik. Sila jujur.

Apa pula CPM Campaign atau lebih dikenali sebagai Buffered Earnings? Berlainan dgn CPC, ia tidak akan dipaparkan di semua blogs. Sebaliknya, advertiser akan memilih blog yg sesuai, menarik dan boleh memperkenalkan produk mereka dengan jayanya. Kerana mereka terpaksa membayar harga yg lebih utk CPM Campaign, mereka mesti memastikan blog yg dipilih boleh memasarkan produk mereka dgn berkesan.

Contoh, jika advertiser tu nak iklankan produk kecantikan utk wanita, dia takkan pilih blog yg berkaitan tentang hal lelaki =)

Utk CPM, anda tidak akan dibayar berdasarkan berapa byk click yg terhasil dari blog anda. Sebaliknya anda akan dibayar mengikut jumlah unique visitor. Unique visitor ialah berapa banyak genuine visitor yg masuk dlm blog anda. Let me give you an example for this.

Katakanlah si A masuk blog anda sebanyak 4 kali pada hari ni.
Si B masuk blog anda sebanyak 2 kali.
Si C masuk sebanyak 10 kali.

Maknanya visitor anda utk hari itu ialah 16 tetapi unique visitor anda hanyalah 3. Dah faham?

Anda akan dibayar mengikut jumlah unique visitor. Ianya lebih menguntungkan jika anda dpt CPM sbb kalau CPC, nak kena bergantung pd berapa ramai yg click pulak kan? CPM Campaign akan berlangsung seberapa lama yg advertiser mahu.

Utk mendapatkan CPM, kena la cari ilmu bagaimana nak pastikan advertiser 'nampak' blog anda sebagai blog yg boleh diharapkan dlm memberi pulangan kepada mereka.

Masa mula-mula join Nuffnang, aku tak berapa faham tentang CPC dan CPM. Lepas tu tgk earning pun, rasa mcm x untung je. Hahaha.. Masa tu pelik camne org lain leh buat duit.

Sekarang baru la aku tau yg aku dpt masa tu ialah CPC! Padan la. Hahaha.. Even masa dpt CPM campaign pun, aku tak teruja sbb time tu x tau apa-apa. Kalau orang lain, 1st CPM tu dah buat lompat bintang dah.

My blog pernah advertised 41 CPC dlm tempoh Dec '08 hingga Oct' 09. Dari Aug '09 pula, blog mula dpt CPM hingga sekarang. Orang lain dah dpt berpuluh-puluh CPM. Setakat ni aku baru dpt 17 CPM. Alhamdulillah la utk blog yg tak seberapa ni kan? Rezeki juga tu.

Melalui Nuffnang, anda berpeluang utk attend events yg dianjurkan oleh advertiser. Ada yg terbuka kepada semua Nuffnangers, ada yg open to invitation. Jika bernasib baik, dengan hanya menghadiri event tersebut, anda akan dibayar oleh pihak advertiser. Talking about being paid for having fun? Definitely!

Utk bloggers yg mempunyai teknik penulisan yg bagus dan aura yg kuat, mereka akan diberi satu lagi cabang pendapatan oleh Nuffnang iaitu melalui penulisan advertorial. Kalau dpt nie, lagi la lumayan.

Byk sgt peluang yg Nuffnang beri. Apa lagi, sign up Nuffnang, put the code inside ur blog and see how your blog can generate extra income for you.

Happy blogging!

3 scribble(s):

nieda said...

salam kenal,
thank for the sharing info, suka dgn gaya penulisan blog ni..

MarDiah said...

Sila amik award anda yek...

Liz Rohaizat said...

nieda> salam. thanks for dropping by. kalau suka, singgah la lagi.

mardiah> sabar noks! tunggu saya blk dari cuti, ku ambik award tu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.