Friday, April 09, 2010

Vaccines: Are they safe for our child?


Batrisyia demam sejurus selepas mendapat suntikan vaksin terakhir di usia 18 bulan iaitu suntikan DTP (Difteria, Tetanus, Pertussis). Sebelum suntikan, ceria je dia main-main dlm klinik. Sampai rumah, terus monyok sebab suhu badan dah naik. Malam, taknak mkn apa-apa. Terus masuk tidur.

Rasanya ramai dah terbaca di suratkhabar, majalah dan Internet tentang komplikasi vaksin. I'm not saying about fever. Mmg ada sesetengah vaksin akan menyebabkan anak demam. Tapi tak semua kanak-kanak akan demam. Bergantung pada tahap imun badan anak juga rasanya.

Pernah baca artikel tentang suntikan MMR boleh menyebabkan autisme di kalangan kanak-kanak? Dlm byk-byk kisah hitam di sebalik vaksin, autisme paling mendapat perhatian orang ramai.

Malah, seringkali juga kisah MMR dan autisme ni dijadikan cerita di skrin. Even Private Practice pun pernah buat satu episod tentang campak yang tercetus di klinik mereka. Seorang ibu bertindak tidak mendapatkan MMR utk anak kedua dan ketiganya setelah anak pertama dia mendapat autisme selepas mendapat suntikan MMR. Setelah campak tercetus, anak kedua dia mati disebabkan campak yg serius. Dia masih enggan memvaksinkan anak ketiga. Di mana akhirnya her personal doctor bertindak memberi anak ketiga itu suntikan MMR walaupun dibantah oleh si ibu.

Aku pernah tanya seorang kwn, dlm byk-byk vaksin, kenapa MMR yg ditakuti? Katanya, takut anak tiba-tiba jadi autisme. My next question to her, "Autisme tu apa ye?" (Sekadar nak menguji tahap pemahaman dia). Jawabnya, "Entah la. Tapi boleh buat anak aku cacat la".

So, what is autism?

"Autism is a disorder of neural development characterized by impaired social interaction and communication, and by restricted and repetitive behavior." (Click here for more)

Secara umumnya, kontroversi di sebalik MMR & Autism adalah disebabkan kehadiran mercury dlm vaksin tersebut. Ini kerana terdapat teori yg mengatakan mercury yg berlebihan dlm sistem badan kanak-kanak tersebut menyebabkan kecacatan pada otak si anak. Sepatutnya, sistem badan berupaya mengumuhkan mercury tetapi jika sistem badan lemah dan terlalu byk mercury dlm badan anak (mungkin disebabkan pencemaran/terdedah pada mercury/terlalu byk mendapat suntikan vaksin yg mengandungi mercury hingga menyebabkan build-up), ia akan mendatangkan bahaya.

Itulah kontroversi nya. Ni bukan aku ckp, bkn teori aku. Aku bukan doktor. Aku baca je. Now, mari kita discuss.

Mana yg korang nak percaya? Ada pihak tertentu mengatakan suntikan vaksin ni hanya propaganda syarikat pharmaceutical utk dptkan keuntungan. Ye la, vaksin bknnye murah kan? Ada yg kata, disebabkan vaksin la makin byk penyakit pelik-pelik timbul sekarang nie.

Ada juga yg tak kesah sgt. Sbb vaksin-vaksin ni diluluskan dan disarankan oleh WHO. Takkan WHO nak tipu pulak kan? Lagipun, kita yg dpt suntikan ni pun masih selamat dan sihat hingga sekarang.

Ada ibu bapa yg berani tak dptkan suntikan vaksin utk anak. Ada yang ikut je jadual imunisasi yg diberikan oleh pihak hospital dan klinik.

For me, ada la juga fikir-fikir tentang hal nie. Tapi tu la, nak ambil risiko (dgn tidak mendapatkan suntikan utk anak) terasa takut. Kalau jadi apa-apa kat anak aku, aku juga yg tanggung.

Selalunya apa yg aku buat ialah berdoa bila anak nak dptkan suntikan. Betul nie.. mmg tu yg aku buat. Aku minta, jika betul la vaksin nie ada komplikasi sebegitu, minta dijauhkan dari anak aku. Semoga semuanya selamat. Itu je la yg aku mampu lakukan.

So mommies, apa pendapat korang tentang hal nie ye? Adakah korang mcm aku (beri je suntikan kat anak) atau korang skip? Kalau la ada mommies yg skip tu tgh baca nie, I nak dgr ur opinion. Thanks!

10 scribble(s):

MarDiah said...

Bagi aku, aku tetap amik vaksin anak aku walaupun FIL aku object mende2 nie. Better take precaution than jadi apa2 later kan.. yang xnak amik n confident anak dia blh build up antibody sendiri, it's up to them laa..

Liz Rohaizat said...

mardiah> ur FIL ada bg reason x knp dia bantah?

setakat nie org sekeliling xde pula nak object. aku je yg pk sendiri. hehe.. biasa la. suka mende2 medic nie. semua nak ambil tahu

Intan Saleh said...

no mommy's input from me but professional view for your perusal:

http://immunise.health.gov.au/internet/immunise/publishing.nsf/Content/uci-myths-guideprov

ATT: Myths and Concerns about Immunisation

WanYgBest said...

aku baru je amik 2nd shot MMR injection 2 hari lepas. Masa nak amik the 1st shot, nurse soh dtg masa tgh period, sbb klu mengandung, the vaccine can harm the baby. And I've been strongly warned that I cant get pregnant for the next 6 months after my 2nd shot.

Semalam demam sket..hari ni masih lg cam rasa x best, harap2 esok ok. Memang nurse tu ckp, pas amik injection ni akan ade side effect sket, sbb vaksin kan live viruses, so dia nak adapt dlm bdn, bdn plak cam baru terima 'tetamu' so suhu akan naik sket.

InsyaAllah xde ape2 pada Batrisyia. Smoga cepat sembuh ok!

sya_firwan said...

vaksin iffah and qistina ikut schedule..sya add 2 additional vaksin utk pneumaccocal ngan chicken pox

mancet said...

ade officemate aku sorang nh..after first jab yg disarankan tu anak die dmam..then..tak sedarkan diri..hurmm aku lupe ape complications tp masuk nicu..then kene amik air tulang belakang ..nk tau sakit ape semua..takde pape pon actually..since tat day die mmg tak amik pape jab tuk anak die..smpai aritu aku kasi brochure psl pnemococus..kn musim h1n1...die takut la jadi pape..so yg tu die nak amiklah...hurmmm
de ckp kt aku actually..semua vaccine yg ade nih..takde test kt sesape pon...tahla
aku tak buat pape research..die buatlah...tp aku takut gak klo tak amik...so aku amik jelaa...

Liz Rohaizat said...

intan> thanks for the link. byknye pages nak baca. hehe.. tp saya baca jugak. thanks a lot! mommies, pegi tgk link yg doktor Intan nie bg.

Wan> MMR mmg bahaya utk kandungan. nanti cacat anak tu. ada certain vaksin x menaikkan suhu badan tp mmg MMR and DTP kuat sikit. masa MMR dulu, Batrisyia tak demam. ni pun dia demam sehari je. alhamdulillah.

sya> sbb sy ambil dgn klinik kerajaan, mmg diorg pantau sgt la sape yg terlewat dtg klinik. kalau x dtg, dia akan call. hehe.. mcm buat kesalahan pulak bila x bwk anak gi ambil vaksin

mancet> kita kalau buat research pun, thru Internet kan? byk benda yg boleh diragui kat Internet tu. kita xtau betul ke x research dan report tu. aku xnak ambil risiko.

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

issue MMR & autism ni i read, mmg the kid dah ada autism sebelum tu lg..but commonly the symptoms kick in after the 1st birthday or after that immunization jabs. dunno la maybe ada something around that time yg trigger for it to happen kan?

whatever it is, prior to any vaccination, the parents should read about the side effects & check with experts if anak kita ok dgn taking the jabs. example some pead believe MMR jabs tokleh bg to kids with egg allergies until budak tu dah outgrown the allergies. so adviced taking the jabs later on in life. but some pead, bedal aje suh jab but prefer in a ward so that if the kids is coding, ada crashcart near them.

cam kat australia, sebelum jab, parents & the nurse yg akan jab budak tu akan go thru a checklist of concerns for the jab. example check temperature, demam atau tidak. ada certain penyakit keturunan atau tak. anak tu budak fullterm ke tak. what medication anak taking before or on the day kena jab tu. if all ok, then they will proceed. if not, kena make another appointment for another day. if they cant handle it at all, dia refer to children's hospital immunization centre.

so, if u have concerns takut2 on the jabs, maybe u can just keep on asking safety question to the pead b4 the next step kan?

Liz Rohaizat said...

mama miya> ttg checklist tu, ada juga la dibuat kat sini. i'm not sure about private clinic. tp kalau I pegi klinik kerajaan, mmg dia tgk anak sakit ke tak, demam ke x, ade alergi ke tak. kalau semuanya ok, baru proceed.

batrisyia dah habis dah jadual imunisasi dia. darjah 1 nanti baru kena jab blk.

Intan Saleh said...

memang banyak.. but at least you know it's from very reliable source.

sbb tu letak situ baca la bab ni dulu: Myths and Concerns about Immunisation

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.