Wednesday, April 28, 2010

South Africa Freedom Day

Kami mendapat jemputan dari pihak Suruhanjaya Tinggi Afrika Selatan untuk ke majlis koktel di Shangri-La Hotel bersempena South Africa Freedom Day. Freedom Day ni sama la dgn National Day. Cuma mereka gunakan istilah Freedom Day sebagai tanda negara mereka bebas dari jajahan.

Majlis bermula pada pukul 7 malam. Kami sampai sebelum 7 malam sbb taknak tersekat dlm kesesakan lalulintas. Itu pun dah jammed. Hubby ckp, "Kalau pindah tempat lain, panjang umur kita". KL ni sesak sgt la. Rasa mcm nak pindah je dari sini.

Masa kami sampai, masih belum ramai tetamu yg hadir. Ballroom agak lengang la jugak. Sempat la aku ambil beberapa gambar yg gerenti org lain tak ambil. Sampaikan sorang pekerja tanya aku, "Akak ni reporter ke?". Adoi dik, kalau akak reporter.. akak bwk DSLR tau. Hehehe. Tak main la compact camera nie.

Strawberry mountain?

Ice carving yg bertemakan World Cup

Sugar high!

Sepatutnya, semua org kena berpakaian formal. Tapi sempena World Cup nie, tetamu dibenarkan berpakaian informal. Nak ikut tema World Cup pun takpe. At first, kitorang ingat nak pakai jersey je. Tapi sbb tak boleh pakai jeans, tak jadi la plan nak pakai jersey tu.

Sekali kan.. ramai pulak yg pakai jersey.. tp jersey negara South Africa la.

2 thn lepas, majlis dibuat di Nikko Hotel. Tahun lepas, dibuat di rumah High Commissioner. Tahun nie Shangri-La Hotel. Tahun nie, makanan dia tak berapa byk mcm kat Nikko Hotel. So mcm sekejap je mkn, lepas tu tatau nak mkn ape :D

Lepas tu bawak Batrisyia pulak. Lagi la tak boleh mkn byk sbb kena tgk-tgk dia yg sibuk nak tawaf satu ballroom.

From left: Kumar, Ismail, Batrisyia and hubby

Malam tadi, ada persembahan dari pihak pelajar. Best tau kalau dpt tgk sbb lagu-lagu diorg nie jenis rancak. Mmg susah nak tgk persembahan yg berentak perlahan sbb diorg suka menari. Pastu tarian pulak jenis yg energetic. Ternganga org tgk.

Salah satu persembahan dari pihak pelajar

Antara crowd yg tepuk tgn.. hehe

Batrisyia was so energetic too. Tak larat nak kejar dia. Kalau korang tgh mkn, suapkan anak mkn.. suddenly dia terus baring and golek-golek sambil gelak-gelak. What will you do? *Pengsan mode*


Masa hubby kat bhgn dessert, dia terserempak dgn seseorang. Dia panggil aku. Ingatkan sapa. Sekali...



Dah tema World Cup, mesti la ada piala nya kan? It's fake cup. Tapi berebut org nak bergambar. Acccording to reliable source, even our PM took photo with this fake cup. Huhuhu. Susah sgt nak minta cup ni dari org, hubby ajak Colonel bergambar sekali. Terus Colonel ambil cup tu. Heheh.

Muka siapa yg lebih teruja? Mestilah peminat bola.

Jom tgk sebahagian kek yg pihak Suruhanjaya Tinggi dapat. Ni cake yg aku minat je la eh.

From Shangri-La Hotel.
Ambik ko, mana nak dpt org main bola atas kek?

From Lanson Place. Rasa nak mkn je!

From Equatorial Hotel.
Ni pulak rasa mcm taknak potong je sbb cantik.

By 10pm, kami beredar sebab Batrisyia pun dah penat. Umi dia pun dah penat sgt dah. Sampai rumah, terus buat kerja yg wajib aje. Lepas tu, semua pengsan.

Eh, saya dah potong rambut!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.