Wednesday, April 14, 2010

Sila bekerja dengan baik. Kalau tak...

Pagi-pagi dah pening kepala.

Kenapa?

Batrisyia dpt cikgu baru. Dia baru start kerja Isnin lepas. Aku hanya tahu masa nak ambil Batrisyia petang tu sbb masa hantar pagi, Cikgu Nor yg sambut dia.

My first impression is "Alamak, kenapa dia ni nampak tak terurus?". Rambut dia agak serabai la jugak. Dia tak nampak kemas mcm cikgu-cikgu yang lain.

Dlm perjalanan balik, aku dok fikir je. Pastu siap buat spot check kejap kat Batrisyia. Kot-kot ada masalah. Masa tu.. nada. Alhamdulillah.

On that time, aku rasa dia ok la kot.

Pagi semalam, Batrisyia nangis masa dia sambut. Aku rasa, maybe sbb tak biasa lagi kot. Budak lelaki yg dia sambut sebelum tu pun nangis. Dlm hati dah bimbang la jugak. Menangis tu merupakan salah satu tanda anak tak suka. Takpe la, mungkin dia x biasa dgn cikgu baru dia lagi.

Bila ambil Batrisyia ptg semalam, dari jauh aku dah bermuka terkejut. Anak aku pakai baju siang. Sleeveless shirt. Aik, nape tak pakai baju tidur. Aku tanya cikgu Reena. Dia pun mcm serba salah je bila aku tanya.

Aku tanya cikgu baru (yg aku masih belum tanya nama dia sape) kenapa dia tak pakaikan baju tidur. Dia diam. Pastu rambut Batrisyia serabai habis la. Mcm tak bersikat ke. Pastu takde rupa mcm dah mandi. Aku cium, bau bedak pun takde.

"Ni dia dah mandi petang belum?"
"Dah, kak"

Ko siapkan dia cincai-cincai ke? Tapi tanya dlm hati je la.

Aku ngadu kat hubby. Dia pun agak concern dgn cikgu baru nie. Dah la malam tadi kitorang perasan cikgu tak cuci bersih bontot anak aku. Siap ada kesan najis lak tu. Malam tadi, kitorang berbincang. Ok la, kami bagi dia masa seminggu. Tgk dia macam mana. Lepas seminggu, kalau tak ok gak.. terpaksa la buat aduan kat owner taska. Sorry la ye, kitorang takde kompromi dlm hal nie sbb ianya melibatkan anak.

Semalam, dia tak pulangkan bekas susu. Pagi tadi aku tanya psl bekas susu. Aku minta sbb nak tgk. Tak tau la kenapa tp bagus jugak aku minta. Rupanya anak aku minum susu sekali je semalam! Sekali! Aku tanya dia, brp kali Batrisyia minum susu. Dia ckp "2 kali". "Kalau 2 kali, apsal ada baki 1?". Masa tu mmg rasa nak marah tp tahan lagi. Aku tanya baik-baik sambil pandang dia. Pastu lain lak jawabnya, "Dia minum sekali je kak. Pagi semalam dia tidur". Tadi kata 2, skrg 1 pulak.

Mmg anak aku dah terbiasa tido pagi. Pastu dia akan bgn dlm pkul 9, mandi, main, mkn and tidur balik. Pastu bgn, mandi petang pulak. Dia mkn 3 kali sehari dan susu 2 kali sehari. Apa anak aku tidur dari pagi sampai waktu mkn ke? Tak penah dia buat camtu.

So aku bg gently warning kat dia. "Tak kisah la dia tidur pun. Dia bgn tidur, buatkan susu".

Kesian anak aku minum sekali je semalam. Patut la mlm td laju je dia mkn spagheti. Lapar ke? :(

Ada 3 hari lagi. Kita tgk camne.

Aku jenis taknak berkira dgn nursery. Setakat benda kecik2 (mcm anak kena gigit ke, anak jatuh ke), mmg aku tak ambil pusing sbb benda tu boleh berlaku kalau aku jaga anak aku sendiri jugak. Tapi kalau mcm benda-benda yg kurang normal dan tak sepatutnya berlaku nie, mmg aku akan pantau. Kalau makin teruk, I'll go straight to the owner.

Tiada kompromi ye. Cikgu mesti kemas. Kalau tak kemas, camne nak jaga budak?

13 scribble(s):

p!nkerton said...

oh benda2 camni mmg buat kita runsing kan!
ada few days lagi ko nak monitor, if tak ok sila report plis, bab2 ni mmg aku pon takleh kompromi huhu..

Liz Rohaizat said...

yup. risau kalau dia x bg anak aku mkn. anak aku dah la suka mkn. kalau dia jenis xnak layan budak mkn, lapar la batrisyia nanti.

dulu, ambil anak rasa nak mkn pipi dia sbb ada bau strawberi la.. bau peach la..

smalam? bau peluh.

mita said...

cian..

Ely Hasrul said...

oit lama nye nk kasik masa 2 minggu??? aku jarang ngadu kat owner.. tapi ape tak kena aritu gak teacher dia akan kena.. tp xdek le aku marah2 ke ape.. cikgu serabai? tak suka2.. seb beik teacher sami santek2 ..

Ely Hasrul said...

oit lama nye nk kasik masa 2 minggu??? aku jarang ngadu kat owner.. tapi ape tak kena aritu gak teacher dia akan kena.. tp xdek le aku marah2 ke ape.. cikgu serabai? tak suka2.. seb beik teacher sami santek2 ..

Ely Hasrul said...

satu lagik. aku selalu musykil. baju sami 3-4 psg musti guna sume. diaper 3-4 sure abis pakai. susu mmg xabis. balik umah dia xmo makan. ropenye2.. kat nurseri dia xmo susu lgsg sbb dlm botol. patu mkn dia la paling kuat, dorg ade bekfas, minum pagi, mkn tghari, minum ptg (jgn xtau selamba gak aku masuk dapur tgk menu hahahaha) patu sehari 3 kali mandi ok! ahhaha kat umah xdek le smpai 3 kali aku nk mandikan ponn.. patut laaaaa.. patut la penat2 aku masak sedap2 menarik2 dia makan cuit2 aje patu nk susu yg byk.... patu skang paling besh hampir tiap ari dlm beg dia ade keje sekolah dia buat.. suka dia aku letak lukisan dia dlm album.. hahahah part2 nih alhamdulillah lah.. ade gak part2 aku xkenan tp kire ok la..

oh yea, aku tiap kali ade teacher baru aku direct tnya owner.. adekah partime atau permenen.. kalu permenen ade cert ke idak.. etc.. aku rasa walaupon aku cam cool2 ntah2 aku la yg kuat tnya itu ini.. sampai ari kamis ade kelas swimming pon aku tnya sapa yg jaga.. ye ah.. kalu 3 org jaga pon kalu ramai budak nye mana nk nmpak si kecik tu..

huish baru aku tau ropenye aku nih pon tiada kompromi bab2 nurseri nih hahahahhaa

CHeeSYaNa said...

aku cukup cuak biler ada kakak nursery baru.. yerla, kadang2 diorang ni takat nak keje sementara.. so, tak amik pusing sangat pasal jaga anak2 kiter nie..

WanYgBest said...

ayyyooo...tetibe aku baca ni, darah aku menyirap plak. tak patut betul. bdk2 kena jaga elok2...nak2 kat taska mcm tuh...kang mcm2 penyakit bdk2 ni dpt. cam sesetengah taska kan ade bdk2 kena jangkitan la ape la. aku paling xleh kompromi part basuh bontot tuh. kalau xleh handle benda2 tu, jgn jd cikgu kat taska. klu budak berak pagi...smpai ke petang bernajis. lama2...takke mengundang penyakit tuh...hisshhh...aku yg xde anak ni lg ni plak yg hangin sama...

Liz Rohaizat said...

mita> ye la, sian.

ely> babe, aku ckp nak bg masa seminggu la. ni pun tinggal 2 hari je. hehe.. nursery sammy mmg bagus. aku tgk harga dia pun 'bagus'. haha.. tp xpe, janji service bagus kan?

yana> ye betul. aku mmg cuak setiap kali tgk ada cikgu baru masuk. lebih2 lagi kalau nmpk yg muda dan boleh tgk la diorg ni jenis nak dpt gaji je. for me, cikgu2 tu mesti ada sifat penyayang. baru boleh jaga budak dgn baik. so far, cikgu2 yg dah ada anak je masih kekal. yg jenis bujang, x lama pun keje.

wan> bkn ko je, hubby aku pun marah. huhuh. membebel dia kat rumah. siap suruh aku direct bg warning kat budak tu. tp xde la aku buat camtu. dia org baru so aku bg dia peluang utk belajar dulu.

MarDiah said...

org baru jaga anak kita mmg ada kurang dr yg biasa jaga. tp jgn terlebih2 kurangnya..

Faktor yg buat ku rasa berat nak pindah rumah semata2 kerana faktor baby sitter Aiman gak.. x caya kat org lain. anakku mcm2 peel.. makcik aku dah jaga dari lepas pantang, dia jek yg paham ragam anak aku tuh... pindha kena cari area yg dekat2 situ gak.. tapi area bandar mahal lak rumah2 nya...

Liz Rohaizat said...

mardiah> betul3. psl tu kena bg dia masa utk sesuaikan diri dan belajar. tp kalau still x ok lps seminggu, kena la tegur.

this morning, cikgu lama batrisyia ada blk. rasanya cikgu baru tu akan jd her assistant kot. cikgu lama ckp, hari ni dia akan ajar cikgu baru tu.

batrisyia mmg sayang kat cikgu2 lama dia

Farah said...

hmm..first impression pon dah failed..diri sendiri pon tak terurus macam mane die nak urus budak2..i think u should complaint straight to the owner la liz.

Liz Rohaizat said...

farah> thank God cikgu baru tu rupanya assistant cikgu lama. cikgu lama cuti 2 hari aritu dan cikgu baru masuk pd hari cikgu lama cuti. semalam cikgu baru tu dah kembali. balik smalam, anakku kembali wangi dan cantik. haha..

so x report la kot. plus, entah knp terasa mcm cikgu baru tu takkan stay lama kat sana. nak jd pengasuh kena ada kesabaran dan kasih sayang. dia mcm lack dr segi tu je.

wah wah, berani nye aku judge orang. harapnya dia boleh belajar dgn cikgu lama so dia boleh improve her performance

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.