Monday, April 05, 2010

My Favourite Sport

Walaupun aku ni berbadan kecil (lebih kepada rendah sebenarnya.. ahaks), aku seorang yg meminati sukan. Masa sekolah rendah, aku byk habiskan masa dengan bermain bola jaring dan badminton. Tapi hanya sekadar suka-suka. Tak mewakili sekolah pun sebab masa tu, aku lebih sibuk dengan hal akademik.

Then, bila masuk sekolah menengah, kena la berpersatuan. Aku tak berapa ingat sukan apa yg aku ceburi semasa di tingkatan satu. Ketika di tingkatan 2, aku mula main volleyball dan badminton. Masa tu, nak masuk olahraga seperti 4 x 100m ke, mmg takde chance sebab ramai senior yg hebat-hebat.

Aku benar-benar serious dengan badminton ketika awal tingkatan 3. Dah la masa tu nak PMR. Bila dah mewakili sekolah dan mewakili daerah Seremban Barat, mula la asyik kena keluar sekolah, hadiri pertandingan kat luar. Masa ni la ada sesetengah cikgu agak concern dgn jadual aku di sekolah. Ada yg risau aku x dpt tumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Setelah berjaya mendapat tempat kedua dlm pertandingan daerah, aku berhenti main badminton utk seketika agar dpt tumpukan perhatian terhadap peperiksaan PMR.

Aku mmg sukakan badminton. Mungkin kerana ia susah sebati dlm diri sejak kecil. Kecil-kecil dah ada raket badminton yg murah. Walaupun x reti main, kitorang main sampai raket tu calar balar sebab kena jalan tar.

Salah satu perkara yang diingini oleh setiap ahli sukan ialah ingin merasa segar sepanjang masa. Ini kerana apabila bersukan, badan anda akan berpeluh dan tana penjagaan badan yang sempurna dengan menggunakan produk yang betul, anda pasti tidak akan selesa dengan tubuh badan anda sendiri setelah pernat bersukan.

Sudah terlambat utk aku mencuba tapi rasanya tidak salah jika aku syorkan produk penjagaan badan dari Adidas yang sememangnya terkenal dalam menghasilkan produk-produk bermutu untuk anda yang gemar bersukan.

Rangkaian penjagaan badan di dlm gambar di atas merangkumi perjagaan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Face cream pun ada tau. Aaa.. jgn tak tau. Anda boleh dptkan pek Action 3 ni di kedai Adidas berhampiran anda.




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.