Saturday, May 01, 2010

The First Cry

Sempena Hari Ibu yang bakal menjelma Alice Wonders. com dengan kerjasama dari Mombloggers Planet sedang menganjurkan The First Cry Contest. Apa yg anda perlu buat hanyalah berkongsi pengalaman anda dlm menghadapi proses kelahiran anak pertama anda.

Hadiahnya pun sgt menarik:



1. Grand Prize Winner x 1 – FREE Designer Inspired bag of the winner’s choice (any bag available on the website)
2. Consolation Prizes (Unlimited) – All submissions gets 15% Mother’s Day Cash Voucher To Shop At AliceWonders.com


It’s easy to enter. Just follow these steps.

* Make a new post on your blog, titled THE FIRST CRY and share your first baby birth experience.

* Must link AliceWonders.com and MomBloggersPlanet’s contest giveaway post

* Must put the contest banner and link back to this contest page.

* Leave the URL to your entry in the comment box below.


Terms & Condition

* This contest is opened to Malaysian only.
* Contest starts from 26th April and ends on 7th May 09. HURRY!!
* By participating, you expressly consent for your particulars to be posted on MomBloggersPlanet.com and AliceWonders.com
* MomBloggersPlanet.com will select the winners
* AliceWonders.com will handle the prizes delivery.
* Judge’s decision is final and no correspondence will be entered into.
* Winners will be announced on MomBloggersPlanet.com and also will be contacted via email.
* MomBloggersPlanet.com and AliceWonders.com reserves the rights to change, amend, delete or add on to these Terms and Conditions without prior notice to you and shall become effective on such date as determine by us. You agree to be bound by such amendments.
* MomBloggersPlanet.com and Alice Wonders.com reserves the right to cancel the contest at any stage, if deemed necessary in our opinion, and if circumstances arise outside of our control.


This is my story: The First Cry of Humaira Batrisyia Rohaizat

Date: 2 Oktober 2008

Hari nie merupakan hari kedua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Aku dan hubby bangun untuk sembahyang subuh. Masa nie, dah mula terasa sengal kat bahagian ari-ari. Hati kecil mengatakan yg masanya hampir tiba. Tapi aku masih menunggu kehadiran tanda-tanda awal untuk bersalin.

Dlm pukul 10 pagi, aku ke tandas dan mendapati mcm ada darah yg keluar. Dek kerana terlalu sedikit, aku menunggu agar tanda yg lebih jelas muncul.

Aku habiskan masa dengan mengemas dapur. Hanay tinggal aku dan hubby di rumah. Pinggan yg penuh satu sinki, aku cuci. Kain kotor sempat aku basuh. Masa ni, aku checked sekali lagi. Ada darah lagi. Sah, aku akan bersalin. Tapi aku rileks je. Bloody show boleh berlaku seawal 72 jam sebelum bersalin. Sempat lagi membereskan semua kerja rumah yg tak selesai. Kiranya bersiap sedia la kalau betul-betul aku bersalin. Sempat lagi menukar cadar katil. Sempat kemas ruang tamu. Sempat itu.. sempat ini. Sempat pergi beraya ke rumah jiran. Sempat minta hubby potongkan kuku kaki. Hehehe. Malah sempat habiskan masa menonton tv dgn hubby sambil melantak kuih raya. Dlm masa yg sama, aku checked kontraksi yg dtg. Kontraksi hanya dtg secara regular menjelang pkul 5 ptg. Kontraksi selang 30 minit hinggalah ke saat air ketuban aku pecah.

Masa tu aku dgn hubby berehat kat dlm bilik sementara menunggu azan Isyak, kontraksi masih lagi selang 30 minit. Sakit pun sama mcm pagi tu. Taklahterlalu sakit. 7.30pm, kontraksi datang. Aku habiskan masa dgn memejam mata. Hubby melayan vcd kat sebelah aku. Kemudian, aku terasa sakit lagi. Belum sempat aku tgk jam utk mengetahui selang kontraksi, aku terasa mcm ada benda meletup dlm perut diikuti dgn rasa seperti ada ‘empangan pecah’. Yes, aku ketuban aku dah pecah pada pukul 8pm. Aku yg tgh baring masa tu terus bangun dan menjerit. Bukan menjerit ketakutan dan panik. Sebaliknya menjerit kegelian sbb seluar dah basah dengan air ketuban. Hubby terperanjat dan agak panic bila aku bgtau yg air ketuban dah pecah. Mujur semua barang telah aku sediakan.

Di luar, hujan turun dgn lebatnya. Sakit yg aku rasa masih di tahap yg sama. Cuma terasa air ketuban tu mengalir dgn laju. Tu yg buat aku agak panik. Takut air ketuban habis dan baby lemas. Perjalan ke hospital yg sepatutnya hanya mengambil masa 5 minit seakan lama. Hujan lebat, kenderaan semuanya bergerak dgn perlahan. Hospital Ampang menjadi pilihan kami kerana kemudahan dan servis dari mereka tidaklah kurang dari hospital swasta.

Setelah mendaftar di Emergency, aku dimasukkan ke Admission Room dlm pukul 8.20 malam. Hubby tak dibenarkan masuk ke Admission Room. Kat dlm tu, nurses memeriksa tahap kesihatan aku. perut dipasang wayar. Jantung anak mula di monitor melalui bacaan. Tak lama selepas tu, Doktor Rossa masuk utk memeriksa bukaan.

Dr: Confirm, 8cm!
Nurse: So, boleh pegi Labour Room terus la?
Dr: Boleh
Me: 8cm? (Dlm hati.. biar betul doctor nie. Takkan dah 8cm?)
Dr: Awak tak rasa sakit langsung ke? (Sambil muka dia mmg pandang ‘heran giler’ kat aku)
Me: Sakit biasa-biasa je. Baru selang 30 minit.
Dr: 30 minit? Awak ni betul ke? Mcm nie maknanya senang la awak nak beranak.

Then, dia minta aku tahan sakit sbb dia nak seluk lagi and besarkan sikit bukaan supaya aku tak perlu tunggu lama. Fuyoo, sakit sgt masa dia nak besarkan tu. Selamba sungguh doctor nie.

Aku ditolak masuk ke Labour Room. Bila dah masuk Labour Room, hubby dibenarkan utk masuk. Masa nurses tinggalkan aku utk menunggu saat sakit bersalin, jam menunjukkan pukul 9 malam. Tak lama je lepas tu, aku dah mula rasa sakit yg amat kat bahagian ari-ari. Mula-mula aku tahan gak. Aku genggam kuat tgn hubby. Hubby keluarkan hankerchief utk lap peluh aku. Bilik sejuk tp aku berpeluh! Bila dah terasa mcm nak bersalin, hubby panggil nurses. Nurses checked and ckp yg aku dah nak bersalin. Head nurse siap suruh hubby tgk kepala baby yg dah mula nampak. Hubby tgk sekali imbas dan mula beristigfar. Dia terus pegang tgn aku and minta aku kuat semangat.

Sementara nak tunggu right timing utk meneran (make sure anda hanya meneran ketika kontraksi), nurse ajar aku utk push. Selepas 3 kali push, akhirnya our baby selamat dilahirkan ke dunia. Hubby terus terdiam tatkala melihat nurse menarik baby keluar. Aku hanya mampu menghela nafas lega.

Nyaring suara baby yg keluar. Dia hanya menangis sekejap sahaja. Head nurse bawa baby ke depan mata aku dan bertanya, "Anak awak lelaki ke perempuan?". Aku jawab, "Perempuan". Badan baby bersalut darah dan tisu dari dlm rahim. Baby hanya pandang sekeliling seketika. Kemudian, dia menutup mata dia kembali. Dia yg terbiasa bergelap dlm rahim. Mungkin rasa silau dengan cahaya dari labour room.

Alhamdulillah, aku hanya terasa sakit ketika kontraksi selang 5 minit. Hanya sakit di bahagian ari-ari. Bila meneran tu, tak sakit. Cuma terasa la pergerakan baby tu. Terasa sedikit demi sedikit, bukaan tu terbuka.

Baby ni sudah bernama sejak umurnya 7 bulan di dalam rahim.

Namanya Humaira Batrisyia dan selamat dilahirkan pada 2 Oktober 2008, pkul 2111.

15 jam selepas dilahirkan


1 tahun, 7 bulan

She's a big girl now!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.