Wednesday, April 28, 2010

Diinsafkan melalui mimpi


Batrisyia akan genap 2 tahun bulan Oktober nie. Masih ada 6 bulan utk fikirkan tentang her birthday party. I'd contacted a few people and friends utk dptkan feedback dari mereka. Setakat ni, masih belum buat keputusan. Hubby and I dah buat keputusan yg kami hanya akan buat birthday party yg melibatkan kwn-kwn dia hanya apabila dia berumur 7 tahun. Or maybe 6? Hehe..

Small party tp dah fikirkan sekarang? Blame me; Queen of List.

I was giving my full attention to this party. Tiba-tiba je kan? Tgh hari, baru la teringat ttg mimpi mlm tadi. Suddenly, terasa semacam. Kenapa beriya-iya sgt?

It was supposed to be a bad dream or a nightmare.. but it haunts me until now! Boleh pulak rasa nak menangis bila sms hubby tentang perkara nie. Mesti ada pelanggan kat restoran nampak aku kesat air mata.

Orang ckp kalau mimpi buruk, jgn cerita kat sesapa. Nanti betul-betul jadi. Taktau la di mana kesahihannya. Tapi aku pernah cuba beritahu org akan mimpi buruk aku. Tak jadi apa-apa pun. Semuanya ketentuan Allah.

Ianya bukan mimpi yg sekejap mcm ko mimpi satu perkara.. lepas tu melompat ke mimpi yg lain.

It was a long bad dream.

Started with we as a happy family.

Batrisyia dlm usia sekarang. Dia aktif. Sibuk main. Semuanya seperti biasa.

Hingga one day, dia sakit (tidak diperincikan dlm mimpi). Kami bawa di ke hospital. Doktor buat a few tests.

Then, doktor beritahu yg Batrisyia menghidap sejenis penyakit. Namanya agak panjang tp kedengaran agak bahaya. (Kenapa la ko x ingat nama penyakit tu. Kalau tak, boleh google utk tgk samada ia benar-benar wujud atau tak).

Suddenly, Batrisyia terbaring atas katil hospital dengan wayar penuh di badan. Doktor ckp takde apa-apa yg boleh dibuat utk selamatkan dia. Malah, masa tu kami memujuk hati sendiri.. Takpe la, Batrisyia boleh terus masuk syurga.

Mimpi berakhir dengan kami yg menangis tgk Batrisyia terbaring lesu atas katil..

And I woke up at 5.30 am. Bgn dlm keadaan terkejut dan terduduk! Then, I saw her sleeping peacefully beside me. Tanpa wayar! By then, I knew that I was just having a bad dream.

Thank God it was just a dream!

Mimpi tu mainan tidur.. mainan syaitan.. atau mungkin petunjuk dan peringatan dari Allah. Terpulang pada kita nak anggap dia apa. Bagi aku, anggap sahaja ia merupakan peringatan dari Allah bahawa anak tu jgn sesekali diabaikan, jgn sesekali disesalkan kehadirannya, jgn sesekali berharap kita tidak melahirkan dia.

Diakui, kdg2 kita merasakan hidup kita sedikit susah disebabkan kehadiran anak. Simple example is tak boleh nak enjoy mcm dulu, tak boleh nak keluar dgn kwn-kwn mcm dulu, tak boleh nak bersosial mcm dulu. Kita rasa mcm keseronokan yg kita pernah alami di zaman single tu telah ditarik balik.

Tapi bila anak yg Allah beri tu ditarik balik? Kembali menemui PenciptaNya?

Allah memberi aku rasa akan kehilangan tu melalui mimpi.

Lepas nie, aku akan ingat. Walaupun Batrisyia seperti ini..


Dan ini..


Sekurang-kurangnya Allah masih memberi masa utk kami bersamanya.

7 scribble(s):

fiza said...

Huhuhu...menakutkanlah mimpi ko liz. Mainan tido jer tu, jgn fikir sangat.

imee said...

dulu aku penah mimpi aafiyah jatuh balcony.. sgt horror ok.

sya_firwan said...

mintak jauh..banyak2 berdoa agar Allah lindungi dr perkara2 yang tidak elok..

jannahrais said...

orang tua tua jugak kate, mimpi tu terbalik sbenarnye...kalo dalam mimpi kite mimpi orang sakit, maksudnye orang tu panjang umur... ;)
insya allah takde ape ape..saje DIA nak suh liz top up sayang liz pade batrisyia tu lebih lagi;)

Liz Rohaizat said...

fiza> takde la fikir apa pun. ok je. terkejut masa bgn dr tido je.

imee> owh, mimpi jatuh balcony rumah ke? adoi, minta dijauhkan!

sya> peringatan dari Tuhan tu. insya Allah.

kak jannah> ahaks, mmg kena top up!

izzahazfar said...

oh...mimpi buruk kan..

zah tak pernah mimpi pasal akmal lagi buat masa ni..tp mimpi pasal suami pernah lah..huhuhu...

nak jd cerita..s.setiap mimpi itu betul2 terjadi...oh..sejak itu zahh pulak takut dgn mimpi..mmg siap warning hubby banyak kali la..heheheh

btw...jika mimpi liz benar...kita kena bersediakan...zah pun takut jugak...

malam2 berdoa tepi anak..biar dia sihat...demam sikitpun buat zah susah hati..kalau sakit teruk mcm mimpi liz tu..mesti buat hidup zah huru hara..

itulah naluri ibu!

Liz Rohaizat said...

zah> insya Allah xde apa2 buruk berlaku

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.