Monday, April 26, 2010

Batrisyia in the house


Hello aunties dan uncles,

Haritu, Batrisyia balik kampung. Masa tu tinggal tokwan dengan paksu je. Paklang tido dlm bilik sbb dia baru balik pukul 4 pagi. Nekwan pulak pegi sekolah.

Lepas main kejap, Batrisyia rasa mcm nak mengunyah. Batrisyia ajak tokwan pegi dapur. Batrisyia tau kat mana ada biskut. Tokwan tolong ambilkan biskut tu. Batrisyia ambil satu je. Pastu, tokwan suruh pegi depan.

Lepas kunyah-kunyah kan, biskut tu tinggal separuh je. Batrisyia minta lagi kat tokwan. Tokwan ckp, "Habiskan tu dulu. Nanti ambil lagi".

Jadi, Batrisyia pun teruslah polok-polok masuk semua dlm mulut sbb nak dpt biskut baru. Tokwan terperanjat. Tokwan tak tau yg Batrisyia tak boleh dgr ayat camtu.

Bila org ckp camtu, maknanya Batrisyia kena la cepat-cepat habiskan makanan tu. Kalau tak, x dpt la biskut baru, ye tak?

Apa la tokwan nie.

Lepas tu, umi pecahkan rahsia kat semua orang. Umi pesan, jgn ckp camtu depan Batrisyia. Kalau tak, alamatnya Batrisyia mkn gelojoh sbb nak cepat abes.

Umi ni.. kantoikan kita pulak.

Petang tu, nekwan ada buat salad. Batrisyia kecek tomato sbb Batrisyia suka mkn tomato. Tak mcm paksu, tak suka makan sayur. Apa la paksu nie. Elok tau mkn tomato. Nanti kulit muka licin!

Paksu tak sedar yg Batrisyia dah tau ckp sikit-sikit. Bila Batrisyia ckp dan orang lain paham, paksu kerutkan muka. Paksu nie, lain kali dgr betul-betul.

Okay la.. esok Batrisyia tulis lagi ye. Umi ckp dia malas nak tulis. Jadi dia suruh Batrisyia tulis.

-Batrisyia yg suka makan manyak-

3 scribble(s):

nieda said...

hehe pandai batrisyia. nk biskut baru mkn gelojoh yer..

Liz Rohaizat said...

nieda> aah. mula-mula mmg x sedar. tp dah nmpk dia hari-hari, boleh baca sikap dia.

Faizah said...

ahhaha, bijaknya..lawak btul

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.