Thursday, April 22, 2010

Apabila lelaki membeli buku masakan...

Bulan March dan April nie, mmg kami busy sungguh. Sometimes, hubby kena kerja overtime. Hujung minggu pun kena kerja sbb ada guest datang. Makin nak dekat dengan World Cup, makin byk la acara yg melibatkan High Commission.

Hubby mengomel yg dia dah terlepas byk sesi kat gym gara-gara kerja / penat sgt. Aku pulak mengomel sbb asyik tapau kat kedai. Ye la, dah lambat sgt nak sampai rumah. Tapau aje la. Sungguh la tak bagus sbb makanan kat kedai nie byk penambah perisanya. Pasal tu orang ckp, kalau asyik tapau dari kedai, senang nak gemuk. Cuba masak makanan yg sama kat rumah, tak pulak naik berat tu.

I was like, “Iye ke? Takkan la sampai camtu. Makan benda yg sama je”.

Hahaha.. padan muka. Terkena kat diri sendiri. Gara-gara byk sesi menapau sejak akhir-akhir nie, berat naik 3 kilo tau. Sakit je mata bila tgk angka kat digital scale. Dah 50 kilo dah nie.

Hubby, we have to get back to our right track! Starting from tonight.

Hubby nie mcm tau2 je tau. Semalam, dia belikan buku masakan. Tapi kan, buku ni bukanlah buku Jamie Oliver ke, Nigella Lawson ke… tapi…



Perghh, 'manly' nye buku masakan nie! Siap ada gambar badan lelaki berketak-ketak. Kitorang mmg suka baca Men's Health. Magazine tu bkn khas utk lelaki. Perempuan pun boleh baca. Ada byk info tentang kesihatan kat dlm tu. Resipi pun byk.

Bila that magazine keluarkan Nutrition Guide, hubby beli la. Malam nie nak cuba satu resipi dlm tu: Thai Beef Stew. Tunggu resipinya esok. Tu pun kalau jadi masak malam nie.

This morning, aku bawa bekal setelah sekian lama berhenti membawa bekal.

Ahaks, bwk paper bag Isetan tu. Suka la this paper bag. Cantik!

Kat dlm beg yg besar ni ada Sardine Mayo Sandwich for breakfast, Anlene milk powder, Anlene mug dan a pink tupperware. Pink tupperware tu kosong. Mmg standby kalau nak tapau makanan. Daripada membazir guna polisterin dan kertas, baik bwk tupperware sendiri. Boleh selamatkan alam sekitar.

Singgah gerai fave utk tapau makanan di bawah:

Nasi lemak sambal kerang

Yummy.. meleleh air liur. Kedai nie mmg ramai pelanggan. Mungkin sebab sambal dia cukup pedas dan lauk2 dia pun sedap. Memandangkan aku mmg suka mkn sambal kerang tp susah sgt nak cari lauk sambal kerang yg sedap kat KL nie, aku tapau kat gerai nie je la. Nasi lemak utk mkn time lunch. Tak kesah la. Janji dpt mkn sambal kerang. Kalau sambal kerang tu sedap, setengah kilo pun aku boleh ratah sorang-sorang. Pasal tu kalau mak aku masak lauk sambal kerang, kitorang kena beli 1 1/2 kilo kerang. Kalau ikut hati, mau beli 2 kilo. Tp sbb malas nak kopek dan bersihkan, terpaksa la kurangkan setengah kilo.

Anyway, kalau korang jenis suka menapau makanan time lunch hour ke, breakfast ke.. rasanya tak salah bawa bekas sendiri. Langkah nie mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak tp kalau ramai dah tersedar, insya Allah sikap tu boleh diturunkan pada anak-anak. Jadi, generasi akan datang akan lebih peka terhadap alam sekitar.

7 scribble(s):

WanYgBest said...

ahakss...aku pun bru je beli buku mskn..dah bosan ngan menu sama hari2...nak cube something different plak..

btw, aku sgt suke pesanan alam sekitar ko tuh...sgt sesuai ngan tema earth day hr nih..aku klu p supermarket, mesti bwk beg sendiri. tp bile aku blk mesia hr tuh, masuk satu supermarket kt ampang park, aku kena halau kluar, sbb xleh bwk masuk beg.. hmmm

Liz Rohaizat said...

wan, buku Jamie at Home murah tak kat sana? supermarket kat ampang park? wah, apa nama dia? dia takut org mencuri la tu. ape laa..

aku kalau setakat benda kecil2 boleh pegang dgn tgn, mmg aku x minta plastic bag. aritu aku beli bubur lambuk kat pasar malam. dia letak dlm bekas bulat. aku bwk gitu je tanpa plastik bag. sekali bila aku nak pegi beli bwg, budak kedai tu siap bg aku extra plastic bag utk letak bubur. aku ckp aku xnak plastik. muka dia heran. hahaha.. ape la.

Ely Hasrul said...

ko 50? ko buat magic ke ape? nmpakcm 45 aje.

aku mmg suka bwk bekal!.. kecik2 dulu mak mmg akan bg kitorg bekal. huwaaa sedapnye bekal makkk kalu telo mata ngan kicap aje pon dh sedap... ermmm tkenang bau sedap itu.. papi dulu xpandai mkn bekalan sbb dia xsuka mkn leftover. keje aku msk mlm2 esoknye tapau utk lunch. xkan la aku nk masak pepagi ayam masak merah kan.. tp aku train dia smpai skang mlm2 sure dia tnya'esok bekal ape b?' hehehehehe

Liz Rohaizat said...

ler.. magic ape nye? 45 tu ko, bkn aku. aku ni byk lemak tersembunyi. hahaha..sblm ni berat aku 47.

hubby ku x kesah leftover. dia lg suka aku masak byk sikit so that dia boleh buat bekal utk hari esok.

telor mata dgn kicap mmg terbaek. tp aku lg suka buat telur masak kicap. goreng telur mata kerbau. pastu potong bwg besar dan cili api. pastu tumis sekejap, masukkan kicap sikit. nak cair, masuk air sikit. pastu masuk telur. blk2 sikit. mkn dgn nasi panas. adoii, meleleh! lauk simple tp sedap.

PixiePwincess said...

kak lizz,,

mnn pun selalu beli men's health tu dan tak sudah2 tunjuk resipi kat saya. saya pun masih x dapat aura sbb ingredients dia banyak yang pelik2 aaa. terlalu healthy mano nak carik. cam pasta yg apa mende tahh [hehe sorry. sumpah tak ingat]

anyway kalau cuba resipi dalam tu, tolonglahhhhhh buat review dan letak sekali resipinya. lepas ni kalau saya masak, saya bukak blog akak jee. hehe sbb lakiku itu mmg suka makan yg sempoi2. roti, pasta, sandwich.. nasi berlauk x layan

Liz Rohaizat said...

ayu, ingredients cuba cari kat cold storage. insya Allah jumpa.

isk, akak dah cuba byk gak resipi dlm tu. ni contohnya:

http://charming-umi.blogspot.com/2010/01/korean-style-pepper-steak.html

http://charming-umi.blogspot.com/2009/12/moroccon-stewed-chicken.html

yg lain belum cuba lg

WanYgBest said...

jamie at home...klu buku baru dlm £16, used dlm £12...DVD pun ade...dlm £6...tp DVD ni byk jenis la plak...ade jamie at home...ade jamie at home winter recipes, ade summer recipes..klu ko rajin, ko tgk kat amazon.co.uk...nnti bgtau la mane2 yg ko nak, aku blikan la..

tp klu ko nak cepat, ko try thebookdepository.co.uk....dia free shipping worldwide...so leh save sket...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.