Thursday, April 08, 2010

All I Ever Wanted

Before Taylor Swift, I was a huge fan of Kelly Clarkson. Now terpaksa la bahagikan kasih dengan Taylor Swift sekali. But between these two female singers, I love Kelly Clarkson's music more.

Boleh dikatakan la telah menjadi peminat dia sejak dia dlm American Idol lagi. Punya la lama kan? Masa tu, tgk dia perform lagu A Moment Like This pun boleh terkesan di hati.



Sesapa yg mengikuti my old blog mesti ingat byk kali jugak la aku melahirkan perasaan geram sbb Kelly Clarkson tak buat konsert kat Malaysia walaupun peminat dia sgt ramai kat sini.

Guess what? She's coming to KL this month! Masa mula-mula aku nampak banner kat Jalan Bukit Bintang minggu lepas, aku siap baca betul-betul. Iye ke? Mcm tak caye sbb radio station tak kecoh apa-apa pun. Rasanya hujung minggu lepas, baru la Hitz.FM sibuk warwarkan.

Konsert ni bersempena All I Ever Wanted World Tour Concert. Malaysia tersenarai sebagai salah satu destinasi pilihan. Here go the details of it:

Date: 25th April 2010
Time: 8pm
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
Ticket Price: RM 358 (free standing / rock zone), RM 338, RM 288, RM 198, RM 138, RM98 (free seating)
Booking Hotline: 03-7711 5000

For more info, feel free to go here.

SADLY, I CAN'T GO. Me... peminat Kelly Clarkson, terpaksa lepaskan peluang ni. Why?

1) 25th April 2010 ialah hari Ahad. Isnin tu nak kerja la, babe. Aku nak rehat kat rumah.
2) Kanak-kanak di bawah umur 3 thn tidak dibenarkan masuk. Batrisyia baru berumur 18 bulan.
3) Ticket price for rock zone sgt mahal.

Kalau la dia dtg buat concert time aku masih single di mana tidak perlu fikirkan apa-apa, sekarang jugak aku pegi beli tiket tu! Actually, aku tak berapa kisah ttg hari Ahad. Entah bila lagi dia nak dtg sini kan? Peluang ni tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Tapi sbb tak boleh bwk Batrisyia, terpaksa let go the chance.

Suara dia mmg sedap didengar. Nak bawa lagu rock mcm Walk Away pun best, bawa lagu mendayu mcm Because of You pun boleh buat kita tersentuh. Ok, aku je la yg tersentuh di hati. Dasar perempuan semuanya ko nak terasa kan? Hahaha..

Boleh dikatakan lagu-lagu dia byk menemani hidup aku.. byk beri semangat.

A Moment Like This, Behind These Hazel Eyes, I Do Not Hook Up, My Life Would Suck Without You, Since You Been Gone, Walk Away, You Found Me, Because of You, Where is Your Heart?

Ni baru sikit. Nak buat list, byk sgt pulak nanti sebab aku layan semua lagu dia. Cuma ada beberapa lagu di atas mmg sgt memberi inspirasi satu tika dulu.

Kepada peminat Kelly Clarkson yg mmg ternanti-nanti konsert dia, here is your chance to see her perform live! Jgn lepaskan peluang. Entah bila lagi dia nak datang sini.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.